Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

ASPEK TATABAHASA

MOHAMAD FARIS ASYRAF BIN MOHD REDZUAN


KATA PENEGAS
 Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan
atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh
 1. Itulah rumah saya.
 2. Pernahkah awak makan sup daging arnab.
 3. Apatah dayaku untuk menolongnya.
 4. Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
 5. Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
 6. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.
KATA NAFI
1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu
pernyataan.
2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa
sendi nama.

Contoh
a) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.
KATA NAFI
4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa
adjektif.
Contoh
a) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang
faedah.
b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

5. Kata nafi TIDAK boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif
jika ayat itu tidak setara.
Contoh
Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
KATA PEMERI
1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan
frasa-frasa utama dalam prediket.

2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa
nama.

4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa


sendi nama.
Contoh
a) Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b) Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c) Dalaman kereta Proton Exora adalah luas dan selesa
KATA BILANGAN
 Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.

 Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

JENIS KATA BILANGAN CONTOH

kata bilangan tentu satu, dua, tiga, dan seterusnya

kata bilangan tak tentu beberapa, segala, seluruh,


sekalian, setengah- setengah, dan
sebagainya
kata bilangan pecahan suku, setengah, separuh, tiga suku,
dan
sebagainya
kata bilangan pisahan setiap dan tiap-tiap
KATA BILANGAN
JENIS KATA BILANGAN CONTOH

kata bilangan himpunan kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-


puluh, berminggu-minggu,
berbulan- bulan, ribuan, dan
sebagainya

kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga, dan


seterusnya

kata bilangan tanya berapa


KATA SENDI
 Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama
dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
 Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.
LATIHAN

You might also like