Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 37

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 6)

__________________________________________________________________________________________________________________________________

PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK

(BMMB3103)

__________________________________________________________________________________________________________________________________

NAMA MUHAMAD SYARAFUDDIN BIN MOHD ZIAN NUR AFIQAH HADIRAH BINTI SUHALIL
NO KAD PENGENALAN 980117-06-5761 980416-08-5498
ANGKA GILIRAN 2017192340078 2017192340085
KUMPULAN PISMP C5 AMBILAN JUN 2017 BAHASA MELAYU(SK)
TUGASAN TUGASAN 3 : PEMBENTANGAN KUMPULAN
NAMA PENSYARAH ENCIK BADRUL HISHAM BIN GHAZALI
TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS  
Mengenal Pasti Proses
Kreatif Intrinsik Dan
Ekstrinsik Dalam Puisi
Tradisional

GURINDAM JIWA
Hamzah Hussein
PENGENALAN
PUISI TRADISIONAL

Kesusasteraan Melayu tradisional adalah hasil sastera


yang telah dicipta sebelum tahun 1800 Masihi. Puisi
tradisional dibahagikan kepada beberapa kelompok,
antaranya ialah pantun, syair, nazam, gurindam,
seloka, teka-teki, teromba, talibun, mantera, dan dikir
atau zikir. Bahan-bahan kesusasteraan ini yang menjadi
panduan dan teladan dalam kehidupan serta ia
mencerminkan pemikiran masyarakat silam.
GURINDAM JIWA
Tuai padi antara masak Bercerai kasih bertalak tidak
Esok jangan layu-layuan Seribu tahun kembali juga
Intai kami antara nampak Burung merpati terbang seribu
Esok jangan rindu-rinduan Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Anak cina pasang lukah Hendak berkubur di tapak tangan
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa Kalau tuan mudik ke hulu
Sebagai rambut bersimpul mati Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Batang selasih permainan budak Nantikan saya di pintu syurga
Daun sehelai dimakan kuda
PROSES
KREATIF
PROSES KREATIF
Proses kreatif bermaksud seseorang individu
berkemampuan mencipta atau menghasilkan sesuatu
(Kamus Dewan Edisi Keempat). Hasil kreatif itu
mencerminkan usaha seseorang dalam penciptaan
sesuatu sama ada hasil sastera atau hasil bukan sastera.
Peranan yang ditampilkan oleh proses kreatif ini dapat
diteliti menerusi pembacaan mendalam terhadap karya-
karya yang dihasilkan lebih awal. Peranan proses kreatif
terbahagi kepada dua bahagian, iaitu peranan secara
intrinsik (dalaman) dan peranan secara ekstrinsik (luaran).
PROSES
INTRINSIK
PENGERTIAN PROSES INTRINSIK

01 Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan proses intrinsik sebagai


sebahagian daripada sifat, ciri seseorang atau sesuatu.

Intrinsik melibatkan sesuatu yang tersirat dan tidak dapat dilihat


02 dengan mata kasar. Bentuk ini bersifat peribadi dan melibatkan
perasaan pengarang dan perlu diteliti secara mendalam.

03 Unsur intrinsik puisi adalah unsur-unsur yang berasal dari dalam naskah
puisi tersebut.

Nurgiyantoro (1995) menyatakan unsur ini yang membangunkan


04 karya. Unsur ini secara langsung muncul dalam sebuah karya
dan membangunkan karya secara dalaman.
1) TEMA
TEMA

Tema yang ingin dipaparkan menerusi gurindam


ini ialah dunia percintaan dan berkasih-kasihan.
Gurindam ini menyampaikan nasihat kepada
pasangan kekasih tentang nilai kesetiaan,
kejujuran dan pengorbanan dalam perhubungan.
2) PERSOALAN
PERSOALAN

Kasih sayang yang mendalam antara suami dan isteri

Kepentingan kesetiaan dan kejujuran dalam perhubungan

Perasaan cinta hingga ke akhir hayat terhadap pasangan

Tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga


3) CIRI-CIRI GURINDAM
CIRI-CIRI GURINDAM
Tergolong dalam golongan puisi bebas kerana jumlah baris,
01 perkataan, dan juga suku kata dalam setiap baris tidak
ditetapkan.

02 Gurindam terikat kerana mempunyai dua baris berima serabgkap a-a


dan rima akhirnya seperti pantun.

03 Baris pertama sebagai syarat dan baris kedua sebagai jawab.

04 Merupakan gurindam berlapis berbentuk pantun kerana mempunyai


empat baris pada setiap rangkap.

05 Berisi nasihat, pedoman dan panduan hidup.


4) GAYA BAHASA
GAYA BAHASA
Diksi
• Fadzri Aris et al., (2013) menyatakan diksi ialah pemilihan
dan penggunaan kata dalam sesebuah karya. Pengarang
menggunakan kata yang munasabah yang dapat
memberikan gambaran peristiwa yang jelas. Pemilihan dan
penggunaan kata tersebut menghidupkan dan
menerangkan watak serta perwatakannya dalam karya.

Metafora
• Keseluruhan karya ini menggunakan perbandingan atau
kiasan yang mengandungi dua perkataan iaitu konrit dan
abstrak. Hal ini bertujuan untuk menyatakan maksud yang
mendalam dan menarik perhatian pembaca. Contohnya :
Makna di sebalik rangkap pertama.

Personafikasi
• Pengarang memberi sifat manusia dari segi perasaan,
perwatakan atau tingkah laku kepada benda yang lain.
Contohnya sebagai rambut tersimpul mati & hendak mati di
hujung kuku.
5) NILAI MURNI
NILAI MURNI
 Kasih Sayang

 Kejujuran

 Bertanggungjawab

 Berbudi bahasa

 Hormat-menghormati
6) PENGAJARAN
PENGAJARAN
Sebagai suami kita hendaklah menjalankan
tanggungjawab dengan sempurna terhadap isteri dan
anak-anak.

Kita mestilah jujur dan setia antara satu sama lain terhadap
pasangan
Kita hendaklah bersabar menerima dugaan daripada Yang
Maha Esa.

Kita haruslah sayang-menyayangi terhadap isteri mahupun


suami.
PROSES
EKSTRINSIK
PENGERTIAN PROSES EKSTRINSIK

Proses kreatif yang dilalui dalam proses luaran melibatkan


01 perkara-perkara yang berlaku di luar dan di sekeliling
pengarang.

Merupakan unsur-unsur yang membangunkan suatu


02 karya dari luar seperti latar belakang proses karya, latar
belakang penulis dan keadaan sosial budaya.

Peranan proses kreatif secara luaran ialah peranan yang


03 melibatkan sesuatu yang tersurat dan dapat dilihat jelas
dengan mata kasar.
1) LATAR BELAKANG
PENGARANG
Karya ini dihasilkan oleh Disusun oleh
Almarhum Hamzah Almarhum Wandly
Hussein Yazid
LATAR BELAKANG PENGARANG
 Gurindam Jiwa merupakan karya sastera yang telah ditulis oleh Hamzah Hussein atau
lebih mesra dipanggilan Pak Hamzah.
 Beliau dilahirkan pada 27 Julai 1927, di Singapura.
 Mendapat perndidikan awal di sekolah Arab/Agama dan Inggeris di Singapura.
 Merupakan anak kedua dalam 13 orang adik-beradik,
 Pada awalnya, Pak Hamzah merupakan penulis dalam pelbagai majalah seperti Filem
Malaya, Puteri Melayu, Bulan Melayu, Utusan Melayu, Utusan Zaman dan Mustika. Beliau
turut aktif menulis novel antara 1950-1960. Antara novel karyanya ialah Tarikh Berlari Liar,
Di Mana Terbitnya Matahari, Rumah Itu Duniaku dan banyak lagi.
 Beliau kemudiannya menyertai Cathay Keris (1954) sebagai Pegawai Penerangan, Penulis
Skrip dan Pengeluar Bersekutu.
 Pada 1958, beliau terbabit dalam menerbitkan filem Mahsuri, yang skripnya ditulis oleh
Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dan dibeli oleh Cathay Keris dengan
harga RM10,000. Hamzah Hussin bertindak sebagai penulis lakon layar filem itu.
NADA DAN SUASANA
 Nada yang digunakan oleh pengarang untuk menulis gurindam ini adalah nada
nasihati.
 Pengarang telah memasukkan melodi dan harmoni dalam menyampaikan nasihat
ini kerana melodi mampu melahirkan rasa dan perasaan yang mendalam terhadap
puisi.
 Pengarang menganggap rata-rata masyarakat sering alpa dalam menjalankan
tanggungjawab berkeluarga. Oleh itu, beliau hadirkan karya yang bernada nasihat
sebagai panduan kepada masyarakat.
 Kesannya, ia melahirkan perasaan dan suasana insaf dalam diri pendengar.
2) UNSUR NILAI
RANGKAP 1
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Rangkap pertama dalam gurindam ini menekankan supaya sentiasalah menjenguk yang satu
kepada yang lain. “Mengintai”, dalam rangkap ini bermaksud selalu menjenguk dan melihat
keadaannya. Ini juga membawa maksud mengambil berat untuk memastikan orang yang
dijenguk itu masih ada ditempatnya dan berada dalam keadaan yang baik. Rangkap ini
membawa pesanan supaya jangan sesekali mengambil ringan bahawa hubungan yang
sedang berjalan dengan baik itu akan terus kekal baik.
RANGKAP 2
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Rangkap kedua dalam gurindam ini mengingatkan kita supaya tidak mudah lupa akan asal
usul dan keluarga seperti ibu bapa, isteri dan anak-anak di kampung walaupun sudah hidup
merantau dan berjauhan. Sentiasalah ingat akan orang yang tersayang di samping hubungan
yang telah dibina.
RANGKAP 3
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Burung merpati terbang seribu

Rangkap ketiga dalam gurindam ini menggambarkan perasaan cinta dan kasih sayang yang
sangat erat kepada pasangan dan perasaan rindu yang mendalam kepada seseorang. Terselit
juga pengajaran tentang melebihkan orang lain atau orang yang lebih tua daripada kita dalam
sesuatu hal.
RANGKAP 4

Burung merpati terbang seribu


Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Rangkap ketiga dalam gurindam ini  menggambarkan kesetiaan seseorang yang sanggup
mengorbankan segalanya demi orang yang tersayang. Kesetiaan ini diharapakan berterusan
pada dan berkesudahan dengan orang yang sama sehingga akhir hayat.
RANGKAP 5

Kalau tuan mudik ke hulu


Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Rangkap ketiga dalam gurindam ini  menggambarkan perasaan cinta hingga ke akhir hayat
terhadap pasangan.
3) UNSUR
KEMASYARAKATAN
UNSUR KEMASYARAKATAN
Berdasarkan gurindam ini, pengarang
menonjolkan keadaan kehidupan pasangan
suami isteri yang telah berumah tangga.
Pengarang mungkin dipengaruhi oleh
kehidupan masyarakat yang hidup
berkeluarga. Oleh itu, gurindam ini terhasil
bertujuan untuk menyampaikan pesanan
kepada pasangan suami isteri atau kekasih
dalam mengharungi kehidupan bersama
walaupun usia sesebuah hubungan itu telah
lama, jika tidak dijaga dan disemai dengan
rasa cinta dan kasih pasti lama-kelamaan
rasa itu akan mati.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengarang telah mengalami
pelbagai proses kreatif dalam menghasilkan
Gurindam Jiwa ini. Proses intrinsik (luaran) dan
proses ekstrinsik (dalaman) amat mempengaruhi
cara penyampaian dan penulisan pengarang.
Proses intrinsik adalah unsur-unsur yang berasal
dari dalam naskah puisi tersebut misalnya tema,
latar belakang dan gaya bahasa. Manakala,
proses ekstrinsik pula adalah unsur yang berada
di luar naskah puisi. Ia berasal dari dalam diri
penulis atau lingkungan tempat penulis mencipta
puisi.
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like