Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(2006-2010)
• Dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Dato’ Seri
Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
• Tujuan: melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan
yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010)
• Menggariskan ENAM TERAS:

Membina negara bangsa

Membangunkan modal insan

Memperkasakan sekolah kebangsaan

Merapatkan jurang pendidikan

Memartabatkan profesion keguruan

Melonjak kecemerlangan institusi pendidikan


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010)
• Teras 1: Membina Negara Bangsa
Bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme,
lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi.
Fokus:
Memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan,
integrasi nasional dan bahasa ilmu.
Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.
Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari
dalam membentuk pemikiran kehidupan.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010)
• Teras 1: Membina Negara Bangsa
Strategi:
Menggerakkan gelombang baharu gerakan memperkasakan bahasa
kebangsaan.
Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.
Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti
kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan
penerbitan.
Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha
memperkasakan bahasa kebangsaan.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010)
• Teras 2: Membangunkan Modal Insan
Tujuan: memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu
pengetahuan serta kepakaran tinggi dalam pelbagai jenis pekerjaan.
Pelajar dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan
menggunakan TMK dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan
kritis.
Fokus: Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010)
• Teras 2: Membangunkan Modal Insan
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
Memantapkan program kokurikulum dan sukan.
Memperkukuh disiplin pelajar.
Memantapkan kurikulum.
Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010)
• Teras 3: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
 Sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari
peringkat awal persekolahan.
Ciri-ciri sekolah kebangsaan perkasa:
Infrastruktur lengkap dan berkualiti.
Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M.
Beraspirasi nasional.
Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Pencapaian akademik cemerlang.
Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.
Iklim dan budaya sekolah yang sihat.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010)
• Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan
Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di
seluruh negara.
Memfokuskan peningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko
keciciran pelajar.
Memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan
menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, makmal komputer.
Meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis & mengira).
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010)
• Teras 5: Memartabatkan Profesion Keguruan
KPM menambah baik intensif dan mewujudkan skim insurans khusus
kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah
guru dan kemudahan asas yang sempurna.
Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal
bagi memberi penekanan kepada elemen baharu dalam kurikulum
pendidikan guru.
Memberi fokus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat
Maklumat Latihan Keguruan, rangkaian TMK, Portal Pendidikan Guru.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010)
• Teras 6: Melonjak Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Dasar KPM mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang
lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi
pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus masing-masing.
Institusi-institusi model yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan
supaya dapat dijadikan showcase di peringkat antarabangsa.
Sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang cemerlang dalam kluster
institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih.
Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) Pendidikan
• NKRA Pendidikan iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti
dan berkemampuan.
• Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin
telah mengenal pasti 4 sub NKRA:
Prasekolah
LINUS
Sekolah Berprestasi Tinggi
Tawaran Baru kepada Pengetua/Guru Besar
Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) Pendidikan
• Sub-NKRA 1: Prasekolah
Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan
Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM).
Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan bandar, luar bandar
dan pedalaman yang miskin.
Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan.
Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru.
Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) Pendidikan
• Sub-NKRA 2: LINUS (Literasi & Numerasi)
Program LINUS diperkenalkan supaya masalah murid yang tidak
menguasai 3M (membaca, menulis, mengira) akan dapat diatasi.
Saringan yang dijalankan dalam program ini adalah untuk mengenal
pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh seseorang murid sama ada
mempunyai masalah pembelajaran atau murid berkeperluan khas.
Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) Pendidikan
• Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi
Diadakan untuk memastikan sekolah-sekolah yang telah cemerlang
serta mempunyai etos dan watak diberikan pengiktirafan yang
sewajarnya.
Pengiktirafan ini yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang telah
sedia cemerlang dijadikan sebagai pemangkin dan benchmark kepada
sekolah-sekolah lain untuk melonjakkan kecemerlangan ke peringkat
yang paling tinggi di peringkat dalam dan luar negara.
Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) Pendidikan
• Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pengetua dan Guru Besar
Diperkenalkan sebagai perangsang kepada Pengetua dan Guru Besar
untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah masing-masing
(peningkatan prestasi murid-murid).
Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai
Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang
menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB
yang lemah.
Ganjaran kewangan dan bukan kewangan diberikan sebagai
menghargai usaha yang telah dilaksanakan oleh mereka.
Rujukan
• Asyikin Hashim. (2010). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Jangka
Panjang 2006-2010. Dimuat turun: https://
www.slideshare.net/shahrulasyikin/pelan-induk-pembangunan-pendi
dikan-jangka-panjang-2006-2010
• Safinah. (2011). Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Pendidikan. Dimuat turun: https://
finnshahairi.blogspot.com/2011/05/bidang-keberhasilan-utama-negar
a-nkra.html

You might also like