Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Proses

Penerbitan Ayat Majmuk


BMM 1064 : TUGASAN 3

NORALIMAH KHAIRINA BINTI NORKHIRULNIZAM


SIOW FANG FANG
Isi Kandungan
1. Proses Penerbitan Ayat Majmuk
2. Perbandingan Proses Penerbitan
Ayat Majmuk
3. Penilaian Terhadap Proses
Penerbitan Ayat Majmuk
Proses Penerbitan Ayat Majmuk
Penguguran Peluasan
Terdapat 4 proses penguguran :
Terbahagi kepada 4 jenis proses
1. Penguguran frasa nama sebagai
peluasan :
subjek
2. Penguguran frasa predikat
1. Frasa nama sebagai subjek
3. Penguguran frasa nama yang 2. Frasa Predikat
mendahului frasa relatif 3. Peluasan dengan kata
4. Penguguran kata nama yang hubung
berfungsi sebagai inti dalam frasa 4. Peluasan melalui proses
nama komplimentasi
Proses Pengguguran

Proses menerbitkan ayat dengan cara


melakukan penguguran atau penghilangan
sesuatu unsur dalam ayat yang terlibat
Proses pengguguran: Frasa nama sebagai
Contoh 1 : subjek
Datuk Arief kaya. + Datuk Arief dermawan.

Datuk Arief kaya dan dermawan.

Contoh tersebut merupakan ayat majmuk gabungan


menggunakan kata hubung setara dan.
Contoh 2:

Shafika suka makan. + Shafika tidak suka memasak.

Shafika suka makan tetapi tidak suka memasak.

Contoh ayat merupakan ayat majmuk gabungan yang


menggunakan kata hubung tentangan, tetapi.
Proses pengguguran: Predikat

Proses pengguguran predikat terbahagi kepada dua;

A. Pengguguran seluruh predikat


B. Pengguguran bahagian - bahagian predikat
A. Pengguguran seluruh predikat

Contoh ayat:

Buah tembikai besar. + Buah nangka besar.

Buah tembikai dan buah nangka besar.

Contoh tersebut merupakan ayat majmuk gabungan


menggunakan kata hubung setara dan.
B. Pengguguran bahagian - bahagian predikat

Contoh 1:

Baju itu masih cantik. + Baju itu masih boleh dipakai.

Baju itu masih cantik dan boleh dipakai.

Pengguguran kata bantu yang sama.


Contoh 2:

Ketua kampung menemui keluarga miskin itu.

Ketua kampung membantu keluarga miskin itu.

Ketua kampung menemui dan membantu keluarga miskin


itu.

Contoh di atas ialah pengguguran frasa nama objek.


Proses pengguguran: Penguguran kata
nama yang berfungsi sebagai inti dalam
frasa nama
Amalan berjimat cermat dan amalan menabung perlu diajarkan kepada
kanak – kanak.

Berjimat cermat dan menabung perlu diajarkan kepada kanak – kanak.

Dalam contoh ayat tersebut, kata kerja berfungsi sebagai subjek.


Proses penguguran : frasa nama yang
mendahului frasa relatif
● Apabila dua ayat digabungkan, dengan satu ayat
dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa
relatif, frasa nama yang mendahuluinya boleh digugurkan.

Contoh:

Lelaki itu bapa saya. Lelaki itu berbaju biru.

Lelaki yang berbaju biru itu bapa saya.

Yang berbaju biru itu bapa saya.


Proses Peluasan

Satu cara untuk meluaskan ayat dengan memberikan


maklumat tambahan kepada bahagian - bahagian ayat,
iaitu sama ada bahagian subjek atau predikat.

Ayat yang terhasil daripada peluasan itu ialah ayat


majmuk.
Proses peluasan: peluasan frasa nama
sebagai subjek

Contoh 1:

Gadis itu sudah bertunang. Gadis itu hitam manis.

Gadis yang hitam manis itu sudah bertunang.


Contoh 2:

Air parit itu mengalir deras. Air parit itu bersih.

Air parit yang bersih itu mengalir deras.

● Subjek ayat yang dipancangkan itu mestilah sama


atau serupa dengan subjek ayat yang pertama, iaitu
ayat yang menjadi induk atau klausa bebas.
Proses peluasan: peluasan frasa predikat
Contoh 1:

Adi membaca buku. Buku itu amat tebal.

Adi membaca buku yang amat tebal itu.


Contoh 2;

Kami melawat ke kampung itu. Kampung itu terindah di


Johor Bahru.

Kami melawat ke kampung yang terindah di Johor Bahru


itu.

● Frasa nama yang mengalami relativasi dalam ayat yang


dipancangkan itu mestilah berfungsi sebagai subjek.
Jika tidak ayat itu perlu dipasifkan dahulu.
Contoh :

Anak saya menggunakan komputer itu.

Saya membeli komputer itu. (Pasifkan ayat ini) =


Komputer itu saya beli.

Pancangkan pada predikat ayat pertama:

Anak saya menggunakan komputer yang saya beli itu.


Proses peluasan : peluasan dengan kata
hubung
● Berlaku melalui percantuman ayat - ayat dengan
menggunakan kata hubung.
● Contohnya; kata hubung setara, kata hubung tentangan dan
kata hubung keterangan.

Contoh :

1. Rumah Fang Fang dan rumah saya berdekatan dengan


kedai.
2. Adik berbaring-baring di sofa lalu tertidur.
3. Kami ke rumahnya untuk menziarahi ibunya.
Proses peluasan: peluasan melalui
komplementasi
● Berlaku melalui proses komplementasi, iaitu cantuman sesuatu ayat
dengan ayat lain dengan menggunakan kata hubung komplemen.
● Kata hubung komplemen ialah bahawa dan untuk. Walau
bagaimanapun, kata hubung keterangan agar dan supaya juga
boleh berfungsi sebagai kata hubung komplemen.

Contoh:

1. Menteri memaklumkan bahawa bantuan itu akan diteruskan.


2. Untuk dia menerima kenyataan itu amat sukar.
3. Mereka merayu agar anak mereka dibebaskan.
4. Pengetua meminta guru - guru supaya memberikan perhatian
kepada pelajar yang lemah.
Perbandingan Proses Penerbitan Ayat
Proses PengguguranMajmuk Proses Peluasan

Bukan semua ayat yang Semua ayat yang dihasilkan


dihasilkan ialah ayat majmuk. adalah ayat majmuk.
Penilaian Terhadap Proses Penerbitan
Ayat
Secara keseluruhannya, satu ayat majmuk boleh
mengalami lebih daripada satu proses penerbitan ayat.
Contohnya, proses pengguguran dan proses peluasan
boleh berlaku secara serentak dalam menghasilkan satu
ayat majmuk yang gramatis.
RUJUKAN
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid

(2015). Tatabahasa Dewan : Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka

Sulaiman Masri & Ahmad Khair. (2002). Tatabahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn


Bhd
Sulaiman Masri & Ahmad Khair. (2002). Tatabahasa

Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors


Sdn Bhd

You might also like