Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PERANAN DAN

TANGGUNGJAWAB

SEKOLAH
Pengetua/ Guru Besar

 Merancang, menubuhkan dan mempengerusikan JPKS.


 Mengurus PCG bagi kegunaan MBK yang mengikuti PPI secara inklusif
separa / inklusif penuh mengikut perubahan peraturan dan kelulusan
kewangan semasa.
Penolong Kanan Pendidikan Khas/
Penyelaras PPKI (sekolah yang ada
PPKI)
Bekerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah dalam melaksanakan PPI di sekolah.
Membantu pihak pentadbiran menubuhkan dan menguruskan mesyuarat Jawatankuasa
Pendidikan Khas Sekolah (JPKS).
Mengenal pasti MBK yang berpotensi untuk mengikuti PPI.
Memantau perkembangan pencapaian MBK di PPI.
Mengenal pasti guru pendidikan khas yang boleh diberikan peranan sebagai guru
pendamping.
Penolong Kanan Pendidikan Khas/
Penyelaras PPKI (sekolah yang ada PPKI)

Bekerjasama dengan PK Pentadbiran dalam merancang dan menyelaras LDP kepada


guru arus perdana dan guru pendidikan khas.
Menetapkan jadual waktu bagi guru pendidikan khas (guru pendamping) tanpa
menambah bilangan waktu pengajaran sedia ada.
Menyediakan data MBK di PPI yang berkaitan dengan PPI untuk keperluan JPN/ PPD.
Membentangkan cadangan nama dan maklumat murid serta kelas yang terlibat dalam
Mesyuarat JPKS.
Penolong Kanan Pendidikan Khas/
Penyelaras PPKI (sekolah yang ada PPKI)

Memastikan keperluan murid di kelas inklusif disediakan.


Melaksanakan proses transisi dengan memperkenalkan murid ke kelas inklusif.
Menyediakan Laporan Tempoh Percubaan Tiga (3) Bulan dengan kerjasama guru arus
perdana.
Menyediakan analisis pencapaian MBK di PPI.
PKPK/ Penyelaras PPKI memastikan semua aktiviti berkaitan pelaksanaan PPI di
sekolah didokumentasikan.
Setiausaha PPI
Bagi sekolah yang mempunyai PPKI, setiausaha PPI perlu dilantik dalam
kalangan guru pendidikan khas terutamanya kepada guru yang telah
menghadiri kursus PPI.
Menyediakan urusan surat menyurat JPKS.
Membantu melaksanakan PPI dan mendokumentasi pelaksanaan PPI.
Guru Pendidikan Khas
Berperanan sebagai guru pendamping kepada MBK di kelas inklusif dan dilantik oleh pentadbir sekolah.
Peranan guru pendamping:
Mengenal pasti MBK untuk diinklusifkan;
Mentadbir dan melengkapkan borang pencapaian murid berdasarkan Senarai Semak Kesediaan Inklusif
(SSKI) dan menyediakan senarai nama MBK untuk dinklusifkan;
Melaksanakan pentaksiran akademik kepada MBK yang “bersedia” dan MBK ‘kurang bersedia’ dirujuk
kepada pasukan pelbagai disiplin;
Melengkapkan borang cadangan penempatan ke kelas inklusif bagi setiap MBK yang layak; dan
Melengkapkan surat penempatan MBK di PPI dan menetapkan perjumpaan bersama ibu bapa/ penjaga;
Guru Pendidikan Khas
Peranan guru pendidikan khas sebagai guru pendamping:
 Mempunyai pengetahuan dalam mata pelajaran yang diikuti oleh MBK.
 Membimbing dan membantu MBK semasa PdP.
 Menyediakan RPI dan pelaporan kepada MBK mengikut keperluan.
 Membantu guru mata pelajaran merancang RPH dan bekerjasama
menjayakan PdP.
 Memantau perkembangan pencapaian MBK di PPI.
Guru Arus Perdana
 Guru Mata Pelajaran yang mengajar kelas inklusif
 Menjadi ahli JPKS;
 Menerima kehadiran MBK di kelas inklusif;
 Bekerjasama dengan guru pendamping dalam merancang RPH berpandukan kurikulum
kebangsaan dan menjaga kebajikan MBK
 Melaporkan perkembangan dan pencapaian akademik MBK;
 Meningkatkan pengetahuan dengan menghadiri latihan; dan
 Bekerjasama dengan guru kelas dan guru pendidikan khas bagi membuat pemilihan rakan
inklusif untuk MBK di PPI.
Guru Kelas
 Menjadi ahli JPKS;
 Mengemas kini data dan profil MBK dalam APDM seperti elaun MBK dan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT);
 Merekod kehadiran MBK di PPI;
 Memastikan kebajikan MBK dijaga;
 Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan bagi mebantu MBK didaftarkan sebagai calon
berkeperluan khas (CBK);
 Menyediakan laporan prestasi MBK; dan
 Bekerjasama dengan guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas bagi membuat pemilihan rakan
inklusif untuk MBK di PPI.
Guru Bimbingan dan Kaunseling
 Memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada MBK dan ibu
bapa/ penjaga mereka;
 Menyediakan laporan tentang khidmat kaunseling untuk MBK;
 Bekerjasama dengan guru arus perdana/ guru pendidikan khas untuk
menjaga kebajikan MBK;
 Merancang dan melaksanakan program bersama-asama guru arus
perdana / guru pendidikan khas untuk MBK.
Guru Disiplin

 Bekerjasama dengan guru pendidikan khas berkaitan masalah tingkah laku MBK;
 Menyediakan laporan atau maklumat berkaitan disiplin bagi murid yang terlibat.

Guru Pemulihan Khas


 Mengenal pasti MBK yang berada di kelas arus perdana direkodkan
sebagai murid inklusif.
Guru Penyelaras SPBT Sekolah

 Mengurus pesanan, pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT MBK.

Pembantu Pengurusan Murid


 Menghantar dan mengambil MBK yang mengikuti inklusif separa;
 Membantu menyediakan keperluan MBK.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
 YDP PIBG menjadi ahli JPKS;
 Meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak yang
berkepentingan dengan sekolah dalam pelaksanaan PPI;
 Menyebar luas maklumat berkaitan PPI kepada masyarakat setempat;
 Meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam PPI;
Melaksanakan Sukarelawan dalam Kelas (SdK)” khususnya untuk membantu
MBK di PPI.
Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS)

 Ditubuhkan di semua sekolah yang melaksanakan pendidikan khas.


 Fungsi JPKS :
 mengurus dan menyediakan sokongan kepada MBK;
 merancang dan menyelaras pelaksanaan PPI;
 mencadangkan kelas yang sesuai mengikut tahap pencapaian
murid;
 melaksanakan sesi taklimat kepada ibu bapa dan guru yang terlibat.
Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS)

 Melaksanakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun


 Pengerusi jawatankuasa ialah PGB sekolah. Pentadbir sekolah dan Penyelaras PPI perlu hadir bersama dan sekurang-
kurangnya lima (5) daripada ahli-ahli yang lain seperti : -
 Pentadbir Sekolah
 Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras PPKI
 Penyelaras/ setiausaha PPI
 Guru Pemulihan Khas (bagi sekolah rendah)
 Wakil Guru Arus Perdana
 Guru Resos/ Guru Pendamping
 Pembantu Pengurusan Murid (jika ada)
 Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (YDP PIBG)
JAWATANKUASA PENDIDIKAN
KHAS SEKOLAH (JPKS)
(SEKOLAH RENDAH)
JAWATANKUASA PENDIDIKAN
KHAS SEKOLAH (JPKS)
(SEKOLAH MENENGAH)

You might also like