Alatan Pengukuran Dan Pengujian

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

ALATAN PENGUKURAN

DAN PENGUJIAN
KESELAMATAN DIRI DAN ALATAN

TAKRIFAN KESELAMATAN
• Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan selamat ataupun terhindar
daripada bahaya serta bencana.
• Keselamatan bengkel boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
1. Keselamatan diri sendiri
2. Keselamatan alatan dan bahan
3. Keselamatan tempat kerja
KESELAMATAN DIRI SENDIRI
• Perlindugan mata perlulah dijaga semasa berada di tempat merbahaya ,maka
kita perlulah memakai alat perlindugan mata.
• Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja , iaitu lengan baju yang panjang
mesti digulung hingga ke atas siku.
• Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak getah semasa bekerja di dalam
bengkel.
• Gunakan pakaian pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung tangan
apabila bekerja dengan bahan kimia.
• Elakkan berambut panjang , jika berambut panjang maka mestilah diikat atau
disepit supaya tidak menganggu sewaktu bekerja.
• Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam seperti
jam,rantai emas, loket , cincin dan lain-lain lagi.
• Sentiasa patuhi peraturan bengkel.
• Pastikan pakaian sentiasa kemas dan sesuai semasa bekerja di dalam
bengkel.
• Lengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas.
• Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel.
• Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli
kumpulan.
• Laporkan sebarang kemalangan kepada pensyarah dengan segera.
KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN

• Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru


sebelum murid boleh menggunakannya.
• Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara
peralatan daripada cepat rosak.
• Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum
memulakan sesuatu projek.
• Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai
penggunaannya.
• Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu
menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru.
• Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel.
• Pastikan alatan dalam keadaan yang selamat untuk digunakan.
• Pastikan alatan yang digunakan sesuai dengan kerja yang hendak dibuat.
• Tangan mestilah tidak bergris, berminyak atau basah semasa memegang
alat-alat tangan.
• Bersihkan alatan setelah digunakan dan simpan di tempat yang dikhaskan.
• Laporkan alatan yang rosak, hilang dan berbahaya kepada pensyarah
dengan segera.
KESELAMATAN TEMPAT BEKERJA

• Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah


pengawasan pensyarah sepenuhnya.
• Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur.
• Sentiasa mematuhi arahan pensyarah dan berhati-hati dalam setiap kerja dibengkel.
• Jangan biarkan peralatan bersepah di kawasan kerja dan lantai.
• Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel.
• Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.
• Sentiasa bekerja di tempat sendiri dan tidak bertukar ke tempat lain sesuka hati.
• Jalankan kerja-kerja khusus seperti mengasah dan menyapu bahan ditempat yang
disediakan.
• Tempat kerja mestilah kemas semasa dan setelah selesai kerja.
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI

• Peralatan perlindungan diri adalah kelengkapan yang diperlukan untuk


memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya yang
sedang ditanganinya.
• Antara peralatan perlindungan diri yang digunakan ialah :
• Pakaian dan sarung tangan keselamatan
• Penutup telinga keselamatan
• Gogle dan topeng keselamatan
• Kasut keselamatan
• Topi Keselamatan
ALAT PEMADAM API

• Alat pemadam api merupakan alatan yang penting yang perlu ada didalam
sesebuah bengkel.
• Tujuannya adalah untuk mencegah kebakaran diperingkat awal.
• Kebakaran mungkin terjadi akibat beberapa sebab yang tidak dapat
dielakkan seperti :
• Kelalaian dan kurang pengetahuan tentang bahaya api seperti penyambungan palam
yang banyak pada satu soket dan meletakkan bahan yang mudah terbakar dekat
dengan api.
• Cuaca yang terlalu panas.
• Kebocoran pendawaian.
• Litar pintas.
KELAS API PENERANGAN
A Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan
mudah bakar.
B Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish,plastik dan lain-lain.

C Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian


elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.

D Memadam kebakaran logam seperti logam potassium,logam sodium, logam


kalsium dan logam magnesium.

E Memadam kebakaran minyak masak yang digunakansecara komersial.


PERALATAN PENGUJIAN

• Alat-alat pengukuran dan pengujian ini boleh diperolehi dalam dua jenis
iaitu:-
• Jenis analog.
• Jenis digital

• Jangka jenis analog mempunyai jarum penunjuk yang bergerak diatas


paparan berskala. Manakala jangka jenis digital mempunyai paparan
berdigit.
• Diantara jenis-jenis alat pengukuran dan pengujian pepasangan elektrik
yang selalu digunakan dalam adalah:-
• Jangka Ohm (Ohmeter)
 Jangka Ohm digunakan untuk mengukur nilai rintangan sesuatu bahan elektrik. Ia juga
digunakan untuk menguji keterusan (continuity) sesuatu litar atau komponen elektrik.
• Jangka Ampiar (Ammeter)
 Jangka Ampiar digunakan untuk mengukur nilai arus yang mengalir didalam sesuatu litar
elektrik.
• Jangka Voltan (Voltmeter)
 Jangka Voltan digunakan untuk mengukur nilai beza-upaya atau daya gerak-elektrik sesuatu
litar elektrik.
• Jangka Watt (Wattmeter)
 Jangka Watt digunakan untuk mengukur nilai kuasa dalam litar elektrik.
• Jangka Ligat (Tachometer)
 Jangka Ligat digunakan untuk mengukur nilai kelajuan putaran sesuatu mesin elektrik.
• Jangka Galvano (Galvanometer)
 Jangka Galvano digunakan untuk menentukan adanya pengaliran arus elektrik didalam sesuatu
litar.
• Penguji Penebatan Megger (Insulation Megger Tester)
 Penguji Penebatan Megger digunakan untuk menentukan nilai penebatan sesuatu pengalir
elektrik.
• Jangka Pelbagai (Multimeter)
 Jangka Pelbagai digunakan untuk mengukur nilai arus, beza-upaya, daya gerak-elektrik,
rintangan dan keterusan litar elektrik.
Pena Ujian ( Test Pen)
FUNGSI/KEGUNAAN PENA UJIAN
• Digunakan sebagai alat ujian bagi mengesan kehadiran arus elektrik yang
mengalir melalui suatu litar hidup.
• Iaitu dengan menyentuh hujung logam penguji pada litar dan jari kita pada
hujung penutup logam.

CARA MENGGUNAKAN PENA UJIAN


MULTIMETER ( METER PELBAGAI)

Jenis analog Jenis digital


BAHAGIAN-BAHAGIAN MULTIMETER
PENGGUNAAN MULTIMETER
Formula kuasa
Kuasa = Arus (ampere) x Voltan (volts)
P (watts) = I (ampere) x V (volts)
P = IV
• Maksud Kuasa Elektrik – kuasa adalah kadar kerja yang dihasilkan oleh arus
elektrik.Kerja yang dihasilkan adalah dalam bentuk cahaya, haba, bunyi dan
gerakan. Kuasa diukur dalam unit watt (W)
• formula kuasa adalah :
• 1 watt = 1 joule/saat (J/S) Kuasa (W) = Kerja yang dilakukan(J)
• 1 kilowatt = 1000 watt Masa (s)
• 1 mega watt = 1 000 000 watt
Contoh soalan kuasa:
1) Kerja = 200J 2) Kerja = 200J
masa = 10s Masa = 20s

Kuasa (W) = 200J/10s Kuasa (W) = 200J/20s


= 20W = 10W
Formula Arus dan Voltan
Contoh soalan: Arus

• Kirakan nilai arus yang mengalir melalui perintang 20Ω jika voltan yang
susut pada perintang tersebut adalah 10V?

I =V÷R
= 10V × 20Ω
= 0.5A
Contoh soalan: Voltan
Latihan

1. Kirakan kuasa yang dilakukan oleh kipas sekiranya ia melakukan kerja


5000J dalam masa 25 saat.

Kerja =5000J
Masa = 25 saat

Kuasa (W)= 5000J


25s
= 200W
2) Berapakah kuasa yang dilakukan oleh mesin basuh jika ia berupaya
melakukan kerja 120KJ dalam masa 2 minit.

Kerja =120KJ = 120000J


Masa =2 minit = 120 saat

Kuasa (W) = 120000J


120s
= 1000W
Terima kasih


You might also like