Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

BATIK

NURAINA BINTI AYOB


IPG Kampus Kota Bharu
8PSMP PENDIDIKAN PEMULIHAN
Tugasan
• Buat catatan ringkas (shortnote) tentang
• Pemilihan karya seni
1. Unsur seni
2. Prinsip rekaan

Batik merupakan salah satu kraf tradisional yang unik.


Unsur batik terdiri daripada garisan,rupa bentuk,
jalinan,ruang dan warna, manakala prinsip pula terdiri
daripada harmoni, imbangan, irama dan pergerakan,
kesatuan dan kepelbagaian.
UNSUR BATIK
GARISAN
Garis :
Bentuk daun

• Garisan merupakan cantuman titik-titik yang


bersambungan atau yang mempunyai jarak
tertentu.
• Garisan memainkan peranan yang amat
penting dalam menwujudkan rupa, bentuk,
jalinan, pergerakan, ton dan corak.
RUPA
Rupa :
Geometri

• Rupa merupakan sambungan penghujung


garisan ke titik permulaannya. Rupa tiada jisim
dan hanya mempunyai satu permukaan
sahaja.
BENTUK

• Bentuk ialah merupakan objek yang


mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan
mempunyai permukaan yang lebih daripada
satu.
JALINAN

Jalinan Sentuh

• Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam


seseuatu permukaan objek.
RUANG

Ruang

• Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat


dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada
pada di antara kedua-dua objek dalam
sesebuah karya seni.
WARNA

• Warna memainkan peranan yang penting


dalam menwujudkan suasana yang tidak bosan.
• Warna dapat menunjukan perasaan seseorang
pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna
dalam penghasilan batik.
PRINSIP REKAAN
HARMONI
• Harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak
unsur seni yang sesuai dan seimbang.
• Aplikasi warna dari kumpulan yang sama
dapat menimbulkan gambaran harmoni dalam
sesuatu gubahan.
IMBANGAN
• Imbangan bermaksud keadaan yang
berpadanan dari segi berat , tarikan dan
tumpuan perhatian.
• Aplikasi prinsip ini akan memberikan tumpuan
yang sekata pada batik dengan tidak
membiarkan ruang kosong yang ketara.
IRAMA DAN PERGERAKAN
• Irama dan pergerakan  ialah satu kesan ilusi
yang wujud daripada perulangan susunan satu
atau  lebih objek secara berterusan untuk
menimbulkan harmoni.
• Objek yang tersusun itu adalah objek utama
dan berbeza dengan latar.
• Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk
memberi kesan lebih hidup dan realistik
terhadap sesuatu gubahan.
KESATUAN
• Kesatuan ialah penggabunggan prinsip rekaan
dan unsur seni dalam usaha melahirkan
sesuatu rekaan seni visual yang sempurna lagi
baik.
• Fungsi Kesatuan ialah menghasilkan batik yang
lebih lengkap, teratur dan sempurna,
menjadikan batik lebih menarik dan
menjadikan batik penuh dengan unsur-unsur
seni
KEPELBAGAIAN
• Kepelbagaian ialah hasil karya yang
mempunyai penggabungan pelbagai gaya,nilai
dan idea,yang berbeza dalam sesuatu
gubahan.
• Kepelbagaian merujuk kepada keadaan yang
mempunyai penggabungan pelbagai gaya,nilai
dan idea yang berbeza dalam suatu gubahan.

You might also like