Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

BMMB 3123

SEMANTIK BAHASA MELAYU

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU


SEMANTIK DALAM BAHASA
MELAYU
PN ROZEHA BINTI HARUN
JPM, IPGKBM
SEMANTIK
DAN SEJARAH
DEFINISI SEMANTIK
• Berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos
yang bermaksud penting atau bermakna.
• Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada kajian makna
dalam bidang linguistik.
• Istilah ini juga membawa maksud ilmu tentang makna atau
erti.
• Semantik ialah bidang kajian tentang makna sama ada pada
peringkat perkataan atau ayat dengan mempertimbangkan
juga aspek-aspek bukan linguistik seperti konteks apabila
perkataan atau ayat itu digunakan,kebudayaan sesuatu
bangsa, unsur-unsur pilihan dan sebagainya
SEJARAH SEMANTIK
Bermula sebelum tahun Masehi. Antaranya Socrates (469-399
S.M) dan salah seorang muridnya ialah Plato (425-348S.M).

Plato telah menggunakan perkataan “semainein” dalam bukunya


yang bertajuk Cratytus. Kata dasarnya ialah “sama” yang
bermaksud
“syarat”atau“tanda” dan “semainein” sebagai kata terbitan
yang bermaksud memperlihatkan atau menyatakan.

Salah seorang anak murid Plato pula iaitu Aristotle (384-


322 S.M) menekankan terhadap bahasa terutamanya perkataan,
melahirkan takrifan bahawa ialah satuan bunyi atau huruf yang
terkecil yang mengandungi makna.
Istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada
perkembangan dan perubahan makna dalam
bahasa.

Ferdinard de Saussure dalam bukunya Cours de Linguis
tique Generate (1916) mengemukakan pendapat
bahawa pada dasarnya bahasa memiliki dua aspek iaitu
langue dan parole. Langue ialah bahasa sebagai bentuk
yang berperaturan yang ada dalam otak manusia
manakala parole ialah bahasa yang diujarkan oleh
seseorang pada masa tertentu. Beliau juga
menegaskan bahawa semantik merupakan bahasa
yang diucapkan untuk menyampaikan makna.
SEBELUM 1930 – kajian semantik
memberi fokus kepada aspek
kajian tradisional , iaitu
perubahan makna.

SELEPAS 1930 – semantik mula


melihat masalah deskriptif dan
struktur dalam semantik.
1931 – detik bersejarah dalam sejarah semantik- Gustaf Stren
menulis buku bertajuk Meaning and Change of Meaning with
Special Reference to English Language

SELEPAS 1950 – tidak lagi memberi perhatian terhadap


perubahan makna dan sebab-sebabnya dan beralih kepada
aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada
prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu.

Noam Chomsky dalam bukunya Aspects of the Theory of Syntax
(1965), berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat 
ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat
digunakan.

You might also like