Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

PENGURUSAN KONFLIK (PPPK5143)

TAJUK : HAKAM
Disediakan oleh;
SHAKINAH BINTI MUSTAPHA (P91771)
NUR HIDAYAH BINTI MUHAMAD ZA (P91773)
SITI FARAH WAHEEDA BINTI MAZLAN (P91781)
DZULAIKHA AINAA BINTI MUSTAAFFA KAMAL (P91786)
NABILAH HUDA BINTI MUSTAKIM (P91791)
SITI HADZANARIAH BINTI HASHIM (P91917)
NOR HAYATI BINTI MAT YUSOF (P92094)
NAUWAL BINTI AZHARI (P92229)
SITI NURHAFIZAH BINTI MOHD SHARIF (P92228)
Takrif Hakam

 Hakam atau Muhakkam adalah orang yang dilantik untuk mengadili orang
yang bertikai.
 Tahkim dari segi bahasa membawa erti memberi kuasa menjatuhkan hukuman
kepada seseorang.
 Tahkim menurut istilah adalah hampir sama dengan pengertian bahasa, kerana
ia bermaksud sesuatu proses di mana pihak-pihak yang bertikai melantik
seseorang untuk menjadi hakam bagi menyelesaikan pertikaian yang timbul di
antara mereka berlandaskan
 Hukum Syarak. Orang yang dilantik untuk mengadili mereka yang bertikai
itu dinamakan sebagai ‘hakam’ atau ‘muhakkam’. Kedudukan tahkim ini
adalah lebih rendah berbanding dengan al-Qadha ataupun kehakiman.
 Menurut Abdul Karim Zaidan, hakam ialah orang yang dilantik untuk
menjadi pendamai bagi pihak – pihak yang bertingkai dan akan memutuskan
hukuman untuk mereka.
Sandaran Hukum Syarak Perlaksanaan Hakam

 Surah an-Nisa’, ayat 35


“Maksudnya: Sesiapa yang menghukum diantara dua pihak yang bertikai (secara tahkim)
kepadanya dan kedua-duanya redha dengannya, sedangkan dia (hakam itu) tidak berlaku adil
diantara kedua-duanya dengan sebenarnya, maka keatasnya laknat Allah swt”
Sandaran Hukum Syarak Perlaksanaan Hakam

 Hadith : Sunan An-Nasai’


“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka
lantiklah seorang pendamai dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika
kedua-dua pendamai itu menghendaki perdamaian, nescaya Allah berikan taufik kepada suami
isteri itu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.”
Sandaran Hukum Syarak Perlaksanaan Hakam

 Athar Sahabat
Terdapat beberapa sahabat nabi yang menggunakan hakam antaranya ialah : Umar al-Khattab
R.A, Abi bin Kaab R.A dan Zaid bin Thabit R.A

Contoh : Umar al-Khattab ketika mana bertelingkah dengan Abi bin Kaab didalam penentuan
hukum, maka Zaid bin Thabit menjadi Hakam antara mereka
Pandangan Ulama’
Pendapat pertama : Ulama mazhab Hanafi berpandangan Tahkim tidak diharuskan
pada kes hudud, kes qisas,dan kes diat. Kes-kes selain dari itu diharuskan.

Pendapat kedua : Ulama mazhab Maliki berpandangan Tahkim hanyalah


diharuskan pada kes berkaitan dengan harta. Tahkim tidak harus pada kes hudud, kes
qisas, kes talaq , kes nasab, kes hamba.
Pandangan Ulama’
Pendapat ketiga :Ulama mazhab Syafie berbeza pandangfan terhadap tahkim.
1) Pandangan pertama berpendapat Tahkim hanya diharuskan pada kes berkaitan
dengan harta dan pertukaran sahaja. Kes berkaitan hudud, qisas, nikah dan lian
adalah tidak diharuskan.
2) Pandangan lain berpendapat Tahkim diharuskan kepada semua kes yang berlaku
pertelingkahan antara dua orang

Pendapat keempat :Ulama mazhab Hanbali berpendapat Tahkim tidak harus dalam
kes nikah, lian, hudud, qisas dan kes-kes yang lain (semua kes)
Hakam menurut istilah Undang-undang

 Hakam menurut istilah undang-undang membawa maksud


seseorang penimbang tara yang diberi kuasa oleh pihak-pihak
atau oleh Mahkamah untuk menyelesaikan perkelahian(syiqaq)
antara suami dan isteri berdasarkan
 Seksyen 48 (1) ENAKMEN UNDANG-UNDANG
KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008 ; Jika
Mahkamah berpuas hati bahawa perkelahian (shiqaq) sentiasa
berlaku antara pihak-pihak kepada suatu perkahwinan,
Mahkamah boleh melantik, mengikut Hukum Syarak, dua orang
penimbangtara atau Hakam untuk bertindak bagi pihak suami
dan isteri yang berkenaan itu masing-masing.
SYARAT-SYARAT HAKAM

Hendaklah terdiri dari kalangan kaum keluarga daripada pihak


suami dan pihak isteri yang pada pendapat mahkamah
mempunyai syarat-syarat atau kelayakan mengikut hukum
syarak. (Hakam keluarga)

Mahkamah boleh melantik orang lain yang mempunyai syarat-


syarat atau kelayakan mengikut Hukum Syarak. (Hakam
Lantikan Mahkamah)
TANGGUNG Kedua-dua hakam hendaklah
Memanggil principal masing-
JAWAB masing bagi memprolehi
membuat pertemuan dan
mengenal pasti serta mencari
punca –punca pertikaian
HAKAM. penyelesaian secara sulh.

Hakam hendaklah menerima


arahan Hakim bagi
melaksanakan
tanggungjawabnya antaranya; Sekiranya pihak-pihak gagal Melaporkan kepada mahkamah
menerima penyelesaian secara hasil siasatan tersebut , jika
sulh hakam hendaklah didapati tiada keizinan daripada
principal untuk perceraian dan
berusaha memperolehi kuasa mencadangkan kepada
dari principal masing-masing Mahkamah supaya melantik
samada melafazkan talak atau hakam lain untuk diberi kuasa
secara khuluk. perceraian (hakam mahkamah)
Hakam ini tidak
mempunyai kuasa
menceraikan
Peringkat pertama
pasangan, sekadar
daripada kalangan
memberi kata putus
wakil suami isteri
berkenaan keadaan
rumah tangga
pasangan.

PERBEZAAN
Suami langsung tidak
mempunyai kuasa
HAKAM
Peringkat kedua,
hakam dilantik oleh
menghalang
perceraian itu dan ia
KELUARGA
mahkamah syariah
dengan kuasa
sah di sisi hukum
syarak serta undang-
DAN HAKAM
undang. untuk LANTIKAN
menceraikan.
MAHKAMAH
PENENTUAN JENIS TALAK OLEH HAKAM
 Seksyen 47 (7)
 “Jika didapati bahawa syiqaq atau pertikaian antara suami isteri itu tidak dapat
didamaikan, dan Hakam-hakam mengetahui bahawa syikak atau pertikaian itu
berpunca daripada suami atau daripada kedua-duanya atau tidak diketahui daripada
mana-mana pihak dan Hakam-hakam itu berpendapat sukar mencapai perdamaian,
hendaklah Hakam-hakam itu membuat keputusan cerai dengan satu Talaq Ba'in
tanpa 'iwadh dan dirujukkan kepada Mahkamah dan Mahkamah hendaklah
menjatuhkan hukuman mengikut keputusan Hakam-hakam tersebut.
 Seksyen 47 (8)
 “Jika didapati bahawa perkara syikak atau pertikaian itu berpunca daripada pihak
isteri dan tiada harapan untuk didamaikan melainkan dengan cerai dan tiada
halangan daripada suami, Hakam-hakam tersebut hendaklah membuat keputusan
cerai satu Talaq Ba'in dengan Khulu', keputusan tersebut dirujukkan ke
pengetahuan Mahkamah dan Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut
keputusan Hakam-hakam”.
SIGHAH DAN TALAK DAN KHULU’
Kaedah –Kaedah Hakam 2012;
 15. (1) Jika kedua-dua Hakam dalam Majlis Tahkim memutuskan
supaya perkahwinan itu dibubarkan, maka talak hendaklah dilafazkan
oleh Hakam suami di hadapan dan dengan kebenaran Mahkamah
sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
 (2) Jika kedua-dua Hakam dalam Majlis Tahkim memutuskan supaya
perkahwinan itu dibubarkan secara khuluk dan ‘iwadh telah
disempurnakan oleh isteri dalam Majlis Tahkim, maka khuluk
hendaklah dilafazkan di hadapan dan dengan kebenaran Mahkamah.
 (3) Lafaz ijab dan qabul bagi khuluk adalah sebagaimana yang
dinyatakan dalam Jadual Kedua.
 (4) Lafaz talak Hakam ialah talak ba-in.
Bila Mahkamah boleh Sabitkan syiqaq?

 Proses jawatan kuasa pendamai di dalam kes perceraian (S.47), tuntutan


Khul’(s.49) atau dalam kes ruju’ (s.52) atau;
 Terus kepada Alasan syiqaq yang diberikan di dalam kes-kes di atas
(cerai,khul atau rujuk) atau dalam kes-kes lain menurut Akta atau
Enakmen undang-undang kelurga Islam seperti sabitan ta’liq atau
fasakh jika isteri gagal membuktikan dakwaannya.
 Maka, jika sabitan syiqaq tersebut dibuat ( dalam keadaan tiadanya
perkara yang menghalang perlaksanaan) maka kes –kes tersebut boleh
diteruskan melalui Proses Hakam dan ianya akan menjimatkan masa
pihak-pihak dan Mahkamah tanpa perlu prosiding perbicaraan biasa
dijalankan.
Perceraian secara hakam hendaklah dimulakan dengan tuntutan
perceraian oleh isteri mengikut Seksyen 47, Akta atau Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri.

Selepas tuntutan Seksyen 47 difailkan, suami dan isteri akan hadir ke


BAGAIMANA mahkamah.
PERCERAIAN
HAKAM
BERLAKU?
Pendirian isteri diperoleh, adakah tetap ingin bercerai atau sebaliknya
termasuk suaminya
• Mahkamah akan meletakkan
pasangan ini bawah Jawatankuasa
Pendamai.

• Jika suami
enggan
menceraikan • Isteri dan suami diwajibkan
isterinya dengan menghantar wakil bagi mencari jalan
alasan tiada penyelesaian.
sebab untuk
bercerai.
JAWATANKUASA PENDAMAI

 Jawatankuasa pendamai ini ditubuhkan bilamana salah satu pihak tidak


bersetuju terhadap perceraian atau jika mahkamah berpendapat ada
kemungkinan berlaku perdamaian semula di antara pihak-pihak itu,
mahkamah akan melantik suatu jawatankuasa pendamai dan
merujukkan kes itu kepada jawatankuasa itu.
 Jawatankuasa itu terdiri daripada seorang pegawai agama sebagai
pengerusi dan dua orang lain, seorang untuk bertindak bagi pihak suami
dan seorang untuk bertindak bagi pihak isteri. Keutamaan diberi kepada
saudara-saudara karib pihak berkenaan yang akan tahu akan hal
keadaan kes itu.
Matlamat utama perlantikan
Jawatankuasa pendamai adalah untuk
mencuba sedaya upaya mungkin Diberikan kuasa untuk menyiasat kes
mengekalkan sebuah rumah tangga 01
pihak-pihak dan memberi nasihat
supaya kekal bertahan dan hidup secara kepada pihak-pihak supaya boleh hidup
harmoni. kembali sebagai suami isteri.

02 PERANAN
JAWATANKUASA
PENDAMAI

Jika tidak Berjaya mereka boleh


mengemukakan cadangan kepada
mahkamah supaya dipisahkan secara
baik. Mereka boleh mencadangkan
kepada mahkamah supaya pihak-pihak
dipisahkan.
Jika jawatankuasa
mengemukakan perakuan
kepada mahkamah
bahawa tidak dapat Jika Suami tidak hadir di
mencapai perdamaian, mahkamah atau enggan
melafazkan satu talak,
maka mahkamah Seksyen 47
maka mahkamah
hendaklah menasihatkan
suami agar melafazkan
hendaklah merujuk kes itu (14)
kepada hakam untuk
satu talak di mahkamah. tindakan menurut Seksyen Enakmen
Diperingkat ini
mahkamah boleh
48. Undang-
mensabitkan syiqaq telah undang
berlaku. Keluarga
Islam
Apa itu syiqaq?

• Kaedah –kaedah Hakam Negeri


Selangor 2014:
• “shiqaq” ertinya perkelahian antara “Dan jika kamu yakin berlaku
suami dan isteri yang berlarutan persengkataan antara kedua-duanya,
yang menjejaskan kerukunan rumah maka kirimkan seoramg hakam (orang
tangga’. tengah) dari keluarga lelaki dan seorang
• Amalan Hakam Mahkamah hakam dari keluarga perempuan, jika
Syariah (Wilayah Persekutuan) kedua-dua mereka itu bermaksud mahu
2005: memperbetulkan keadaan nescaya Allah
• “syiqaq bermaksud perkelahian atau akan memberikan taufiq kepada kedua-
persengketaan antara suami isteri duanya”.
yang berlarutan yang menjejaskan -An Nisa’ ayat 35-
kerukunan rumah tangga.
KESIMPULAN

 Sebagai kesimpulannya, hikmah daripada wujudnya prosedur hakam ini, adalah


untuk menutup “aib” pihak-pihak mengenai apa-apa isu yang dikemukakan di
dalamnya. Ianya bersifat tertutup dan eksklusif kepada pihak-pihak atau wakil
pihak-pihak (dalam keadaan tertentu) dan kedua-dua hakam sahaja.
 S.48 (7) ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH
DARUL AMAN) 2008;
 “Melainkan jika dia adalah anggota keluarga terdekat pihak itu, maka tiada seorang
pun atau Peguam Syarie boleh dibenarkan hadir atau mewakili mana-mana pihak
di hadapan Hakam”.

You might also like