Adat Perkahwinan Masyarakat Di Malaysia

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

ADAT PERKAHWINAN

MASYARAKAT DI
MALAYSIA
CIRI-CIRI
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN
PERKAHWINAN
Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang
yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan atau
diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat
duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta
janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat
sukar disifatkan.
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU
MERISIK
 Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat
ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang
dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini
penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang
tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk
menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran
rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta
pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan
oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa
saudaranya.
MEMINANG
 Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak
keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu
rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan
oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi
menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi.
Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk
menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang
pula. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan
dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk
upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan
menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU
BERTUNANG
 Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan
dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan
saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari
tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena
pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran
yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai
bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti
bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain
yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.

AKAD NIKAH
 Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan
masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu
adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak
kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas
segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah
dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain
sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah
boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah
pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di
dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi
wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh
mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA
MERISIK
 Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina
terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis.
Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang
kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan
rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar
mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain.
Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan
perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan
perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan

MEMINANG
 Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat
meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi
membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan
pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja
dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar
menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah
dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan
berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak
perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin,
barulah adat bertunang dijalankan.
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA
BERTUNANG
 Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat
tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada
waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki
berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . cincin
disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan
menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah
nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama
maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada
sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran
kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki
dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal
pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

MAJLIS PERKAHWINAN
 Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Seterusnya
pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat
kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah
disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan
memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta
restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia
merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin
terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan
pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini
sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT HINDU
MERISIK
 Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik,
kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial
merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa
paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini
diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi
sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana
taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil
alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.

KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN


 Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk
melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil
sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.Buah
tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini
dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak
perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai
tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan
dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan
dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal
suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat
India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT HINDU
IKAT JANJI
 Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang
ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa,
sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Sebaik
sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai
perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan
diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal
pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda
ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka
akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan
dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar
kalungan bunga.
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT HINDU

PARISAM
 Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih
awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi
sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan
diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran
dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Parisam akan
dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada
masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang
dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan
bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan
terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada
masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu
barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin
perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara
boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring
akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin ( pen paartal),
adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada
di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT HINDU
MUKUURTTA KAA
 Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut
firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan
mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Adat
mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti
sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan
dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah
berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu
diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan
tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin
beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada
masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat
mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN

ADAT MERISIK
- Syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan serta di perjelaskan
secara terperincin. Ini termasuklah soal mas kahwin
ADAT MEMINANG
- Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh
dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak
lelaki datang membawa cincin pusaka(dibuat dari tembaga)
ADAT BERTUNANG
- Ayah pihak lelaki akan meninggalkan"lapit" atau ikat pinggang
perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan.
- Perempuan yang telah ditunangkan tidak dibenarkan menerima
kunjungan lelaki lain selain daripada tunang dan ahli keluarganya
sahaja. Jika tidak, perempuan itu akan dianggap mencemari ikatan
pertunangan yang baru diikat itu.
PERSAMAAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Sama-sama melarang perkahwinan tanpa pengetahuan.


 Hantaran menjadi perbincangan semasa meminang.
 Dalam adat merisik, masyarakat Malaysia ingin mengetahui latar belakang
keluarga gadis.
 Ketika perkahwinan, pasangan pengantin akan pulang ke rumah saudara untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
PERBEZAAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MALAYSIA

MELAYU CINA HINDU

ADAT MERISIK CARA : MENINJAU CARA : PERTANYAAN DARI CARA : PERTANYAAN


RAKAN SAUDARA/RAKAN

ADAT MEMINANG UNTUK MENYATAKAN UNTUK BERBINCANG UNTUK MENGERATKAN


TUJUAN SECARA RASMI MENGENAI HAL HUBUNGAN
PERKAHWINAN KEKELUARGAAN
ADAT BERTUNANG HANTARAN AGAK UNIK HANTARAN DIBERI KETIKA HANTARAN PERLU
UPACARA BERTUKAR DISEDIAKAN OLEH
CINCIN CHUMANGGALI SAHAJA
MAJLIS PERKAHWINAN DIADAKAN DI RUMAH DIADAKAN DI RUMAH DIADAKAN DI RUMAH
PENGANTIN LELAKI PENGANTIN PEREMPUAN PENGANTIN LELAKI
IBAN
- Sambutan yang meriah diadakan pula Di rumah pengantin
lelaki. Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi
oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di
atas gong atau kerusi yang di alas kain tenun.
- Tukang ganyang akan mulakan upacara. Ayam yang telah
diikat kakinya dilepaskan dan mantera pun dibaca. Ayam
yang telah disembelih itu akan diambil untuk diseMah
kepada pengantin.
KESIMPULAN
 PERKAHWINAN MERUPAKAN NALURI FITRAH SEMULA JADI MANUSIA YANG BERPASANGAN.
 MASYARAKAT MALAYSIA YANG TERDIRI DAPADA BERBILANG KAUM TELAH MENYEBABKAN BERLAKUNYA
PERBEZAAN DAN PERSAMAAN.
 FAKTOR PERBEZAAN BANGSA, AGAMA DAN ADAT RESAM MENYEBABKAN ADAT PERKAHWINAN ANTARA
MELAYU, CINA DAN HINDU BERBEZA DENGAN KEUNIKAN DIRI SENDIRI.
TAMAT

You might also like