Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

SAMBUNGAN BAB 2:

SURUHANJAYA
PENGAJIAN AM 1
Penggal 1
PRA-U SMK Tamparuli
Cikgu Faridah Brani Efendie

1
2.1.4 SURUHANJAYA
JENIS-JENIS SURUHANJAYA
1. Suruhanjaya Pilihan Raya
 Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan
bertanggungjawab untuk menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri serta menyediakan dan menyemak senarai pemilih
untuk pilihan raya.
2. Suruhanjaya Perkhidmatan
 Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan bertujuan
memastikan kesaksamaan dalam hal-ehwal pentadbiran awam seperti
pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, dan mengawal tatatertib
kakitangan awam.
3. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
 Suruhanjaya ini menggantikan Badan Pencegah Rasuah dan bertanggungjawab
untuk membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan
penyelewengan.
4. Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK)
 Suruhanjaya ini bertanggungjawab untuk memilih orang berkelayakan yang
sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk
pertimbangan Perdana Menteri.
5. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
 Suruhanjaya ini memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang
berhubungan dengan hak asasi manusia.

2
6. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
 Suruhanjaya ini bertanggungjawab untuk mengawal selia industri komunikasi dan

multimedia, termasuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sebarang


jenayah siber.
7. Suruhanjaya Khas
 Suruhanjaya ini bersifat sementara dan ditubuhkan untuk tujuan-tujuan khas seperti

menyiasat salah guna kuasa, malapetaka alam, dan penyelewengan serta seterusnya
mengemukakan syor-syor untuk mengatasinya. Contohnya: Suruhanjaya Khas
Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.
 
CIRI-CIRI SURUHANJAYA
1. Sesebuah suruhanjaya mestilah bersifat adil dan berkecuali.
2. Sesebuah suruhanjaya bebas daripada pengaruh politik kerana:
 a. semua anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas budi bicara baginda

selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan


Majlis Raja-Raja;
 b. hanya penjawat awam, hakim, dan golongan profesional boleh menganggotainya.

3. Anggota suruhanjaya hanya boleh dipecat melalui tribunal; Yang di-Pertuan Agong
akan bertindak mengikut syor tribunal dan syor tribunal adalah muktamad.
4. Saraan semua anggota suruhanjaya ditetapkan oleh Parlimen dan ditanggung oleh
Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan.

3
INGAT
Suruhanjaya Perkhidmatan melibatkan kakitangan awam atau kakitangan kerajaan sahaja.

Perkara 142(1)
Ahli mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh menjadi anggota
suruhanjaya.

Kecualian
Perkara 140(3):
Menteri yang bertanggungjawab terhadap pasukan polis menjadi pengerusi Suruhanjaya Pasukan
Polis.

Perkara 137(3):
Menteri yang bertanggungjawab terhadap angkatan tentera menjadi pengerusi Majlis Angkatan
Tentera.

4
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
1. Menurut Perkara 139, bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam meliputi
semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam am Persekutuan, semua
orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam bersama dan anggota-
anggota perkhidmatan awam bagi Melaka dan Pulau Pinang.

2. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:


a. seorang pengerusi;
b. seorang timbalan pengerusi;
c. empat hingga tiga puluh orang anggota lain.

3. Pengerusi dan timbalan pengerusi dilantik daripada:


a. orang-orang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam, atau
b. bekas anggota mana-mana perkhidmatan awam yang telah bersara tidak lebih
daripada lima tahun sebelum tarikh mereka dilantik.

4. Tugas-tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (tertakluk kepada perkhidmatan-


perkhidmatan awam yang diliputi oleh bidang kuasanya) termasuk:
a. melantik, mengesahkan jawatan, menaikkan pangkat, dan menukar anggota-
anggota perkhidmatan awam;
b. memasukkan anggota-anggota perkhidmatan awam ke dalam perjawatan tetap
atau perjawatan berpencen;
c. menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota perkhidmatan
5 awam.
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
1. Menurut Perkara 141A, bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan
pelajaran.

2. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran terdiri daripada anggota-anggota


yang berikut:
 a. seorang pengerusi;
 b. seorang timbalan pengerusi;
 c. enam belas orang anggota lain.

3. Tugas-tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran termasuk:


 a. melantik, mengesahkan jawatan, menaikkan pangkat, dan menukar

anggota- anggota perkhidmatan pelajaran;


 b. memasukkan anggota-anggota perkhidmatan pelajaran ke dalam

perjawatan tetap atau perjawatan berpencen;


 c. menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota
6
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN UNDANG-UNDANG

1. Menurut Perkara 138, bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman


dan Undang-undang meliputi semua orang yang menjadi anggota
perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.

2. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang terdiri daripada


anggota-anggota yang berikut:
a. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang akan menjadi Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang;
b. Peguam Negara atau Peguam Cara Negara
c. seorang atau beberapa orang anggota lain yang dilantik daripada orang-orang
yang menjadi atau yang telah menjadi atau yang berkelayakan menjadi hakim
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan,atau Mahkamah Tinggi.

3. Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga akan menjadi setiausaha


Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang.
4. Tugas-tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang
termasuk:
d. melantik dan mengesahkan jawatan anggota-anggota perkhidmatan kehakiman
dan undang-undang seperti majistret dan kakitangan Jabatan Peguam Negara;
e. menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota perkhidmatan
kehakiman dan undang-undang seperti majistret dan kakitangan Mahkamah.
7
SURUHANJAYA PASUKAN POLIS
1. Menurut Perkara 140, bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis
meliputi semua orang yang menjadi anggota pasukan polis.

2. Suruhanjaya Pasukan Polis terdiri daripada anggota-anggota yang


berikut:
a. Menteri Dalam Negeri yang akan menjadi Pengerusi;
b. Ketua Polis Negara (sebagai pemerintah seluruh pasukan polis);
c. Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri;
d. seorang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
e. dua hingga enam orang anggota lain.

3. Tugas-tugas Suruhanjaya Pasukan Polis termasuk:


a. melantik, mengesahkan jawatan, menaikkan pangkat, dan menukar
anggota- anggota pasukan polis;
b. memasukkan anggota-anggota pasukan polis ke dalam perjawatan
tetap atau perjawatan berpencen;
c. menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota pasukan polis.
8
MAJLIS ANGKATAN TENTERA
1. Menurut Perkara 137, bidang kuasa Majlis Angkatan Tentera meliputi
semua orang yang menjadi anggota angkatan tentera.

2. Majlis Angkatan Tentera terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:


a. Menteri Pertahanan yang akan menjadi Pengerusi;
b. wakil raja-raja yang dilantik oleh Majlis Raja-raja;
c. Panglima Angkatan Tentera;
d. Setiausaha Kementerian Pertahanan;
e. dua orang pegawai turus kanan Angkatan Tentera Persekutuan
f. seorang pegawai kanan Tentera Laut Persekutuan
g. seorang pegawai kanan Tentera Udara Persekutuan
h. dua orang ahli tambahan.

3. Tugas-tugas Majlis Angkatan Tentera termasuk:


a. pemerintahan dan pentadbiran angkatan tentera;
b. menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota angkatan tentera.
9
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM)
1. SUHAKAM ditubuhkan mengikut Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999
(Akta 597).

2. SUHAKAM menjalankan fungsi-fungsi yang berikut:

a. untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan


dengan hak asasi manusia
b. untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan
arahan dan tatacara pentadbiran serta mengesyorkan langkah-langkah perlu yang
hendaklah diambil
c. untuk mengesyorkan kepada kerajaan tentang penandatanganan atau penyertaan
dalam triti dan surat cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia
d. untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pencabulan hak asasi manusia dan
menyediakan laporan

3. Keanggotaan SUHAKAM terdiri daripada seorang Pengerusi dan tidak melebihi


20 orang anggota panel.

10
4. Bidang kuasa SUHAKAM:
a. untuk memupuk kesedaran tentang hak asasi manusia,
mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program,
seminar, dan bengkel, serta menyebarkan dan mengedarkan
hasil penyelidikan itu
b. untuk menasihati kerajaan dan/atau pihak berkuasa yang
berkaitan tentang aduan terhadap pihak itu dan mengesyorkan
langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil
c. untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak
asasi manusia mengikut peruntukan akta
d. untuk melawat ke tempat tahanan mengikut tatacara yang
ditetapkan oleh undang-undang dan membuat syor yang perlu
e. untuk mengeluarkan pernyataan awam tentang hak asasi
manusia apabila perlu
f. untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu
mengikut undang- undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada,
berhubung dengan aktiviti itu
INGAT
 Penggal perkhidmatan anggota panel SUHAKAM ialah dua tahun.
 Penggal perkhidmatan ini boleh dilanjutkan. 11
SURUHANJAYA KHAS PENAMBAHBAIKAN PERJALANAN DAN PENGURUSAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
1. Tugas-tugas suruhanjaya khas ini termasuk:
a. menyiasat fungsi dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam
menguatkuasakan undang-undang negara;
b. menyiasat keperluan sumber manusia PDRM;
c. menyiasat etika kerja dan prosedur bagi kakitangan PDRM;
d. menyiasat isu-isu hak asasi manusia yang berkaitan dengan tugas-tugas PDRM.

2. Dalam menjalankan tugasnya, suruhanjaya khas itu meninjau kemudahan PDRM


dan mendengar taklimat oleh PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Jabatan Perkhidmatan Awam, serta Biro Pengaduan Awam.

3. Suruhanjaya khas itu juga mendapat maklumat, maklum balas, cadangan, dan aduan
daripada orang ramai, badan bukan kerajaan, badan-badan profesional, serta parti-parti
politik.
4. Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis
Diraja Malaysia diumumkan pada bulan Mei 2005 dan mengandungi 125 cadangan.

5. Suruhanjaya itu juga mengenal pasti tiga skop utama yang perlu diberi perhatian
untuk melaksanakan proses meningkatkan perkhidmatan PDRM, iaitu penurunan
kadar kes jenayah, tanggapan tinggi orang ramai terhadap masalah rasuah dalam
PDRM, dan isu pencabulan hak asasi manusia.
12
2.15 KETUA AUDIT NEGARA (PERKARA 105)
1. Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas
berunding dengan Majlis Raja-raja.
2. boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa tetapi hanya boleh dipecat oleh
Yang di-Pertuan Agong atas syor tribunal (Badan Pengadilan)
3. Saraan beliau ditanggung oleh Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan.
4. Seseorang yang telah memegang jawatan Ketua Audit Negara boleh dilantik
semula tetapi tidak boleh dilantik bagi apa-apa jawatan lain dalam perkhidmatan|
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
5. Kuasa dan kewajipan Ketua Audit Negara adalah seperti yang berikut:
 a. mengaudit akaun-akaun bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta
membuat laporan tentangnya
 b. melaksanakan sebarang kewajiban dan menjalankan sebarang kuasa
berhubung dengan akaun-akaun Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri. pihak-
pihak berkuasa awam, dan badan-badan yang ditentukan dengan perintah Yang di-
Pertuan Agong
6. Ketua Audit Negara menjalankan tiga jenis pengauditan, iaitu Pengauditan
Kewangan, Pengauditan Pematuhan, dan Pengauditan Prestasi. 13
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
1. Ketua Audit Negara akan menyiapkan laporan tentang pengauditan yang
dibuatnya.
2. Laporan tentang akaun-akaun Kerajaan Persekutuan akan dihantar
kepada di-Pertuan Agong yang kemudiannya akan mengarahkan supaya
laporan itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat.

3. Jawatankuasa Akaun Awam dalam Dewan Rakyat akan mengkaji dan


membahaskan laporan tentang akaun-akaun Kerajaan Persekutuan.

4. Laporan tentang akaun-akaun sesebuah negeri atau akaun-akaun mana-


mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh
undang undang negeri, akan dihantar kepada raja atau Yang di-Pertua
Negeri bagi negeri itu yang kemudiannya akan mengarahkan supaya laporan
itu dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri.

5. Ketua Audit Negara bebas memberikan kritikan dan saranan terhadap


perbelanjaan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan pihak berkuasa
awam dalam laporan pengauditannya.

14
2.16 MAJLIS-MAJLIS DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

1. Majlis-majlis yang termaktub dalam


Perlembagaan Persekutuan adalah seperti yang
berikut:
a. Majlis Raja-raja Melayu
b. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
c. Majlis Tanah Negara
d. Majlis Kewangan Negara

2. Majlis-majlis ini bertujuan untuk menyelaraskan


pentadbiran hal yang berkait antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

15
2.17 PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Kaedah Pindaan Perkara-perkara Pindaan

 Kedudukan istimewa orang Melayu dan


Memerlukan sokongan majoriti 2/3 ahli Majlis bumiputera di Sabah dan Sarawak
Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja  kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum yang
lain
 hak-hakdan kedaulatan raja-raja
 tugas dan kuasa Majlis Raja-raja hal-ehwal
Islam
 kedudukan bahasa kebangsaan
 kewarganegaraan
 keistimewaan Parlimen
 pengubahan sempadan antara negeri di
Semenanjung Malaysia
 hak warga Sabah dan Sarawak menjadi
Memerlukan sokongan majoriti 2/3 ahli Majlis warganegara Malaysia
Parlimen dan persetujuan Yang di-Dipertua Negeri  pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi
Sabah dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Sabah dan Sarawak
 soal agama, bahasa, dan keistimewaan
bumiputera di Sabah dan Sarawak
 kuasa perundangan negeri di Sabah dan
Sarawak
 hak kesamarataan penduduk di Sabah dan
Sarawak
 bentuk sumpah dan ikrar
Memerlukan sokongan majoriti mudah ahli Majlis  pelantikan dan persaraan ahli Dewan Negara
Parlimen  peruntukan tambahan kewarganegaraan
 persempadanan kawasan pilihan raya
 perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan dan
Senarai Bersama dalam Senarai Perundangan
 perkara-perkara dalam Senarai Negeri dalam
Senarai Perundangan yang melibatkan
- pelaksanaan triti, perjanjian, atau konvesyen
antara Persekutuan dengan mana-mana negara
lain
- tujuan menyamakan undang-undang antara dua
buah negeri atau lebih

Memerlukan sokongan majoriti 2/3 ahli Majlis Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-
Parlimen mana tiga kaedah pindaan di atas.
16
TAMAT
SAMBUNGAN….

BAB 3:
AMALAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

17

You might also like