Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

Yang di-Pertuan

Agong
Pengenalan
Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan
menyatakan: “…
Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama
Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-
Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan
mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan
yang tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua
perbicaraan dalam mana-mana mahkamah
kecuali dalam Mahkamah Khas yang
ditubuhkan di bawah Bahagian 15.
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
1. Mana-mana raja daripada sembilan buah negeri beraja
di Malaysia layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong
kecuali jika:
a) Baginda seorang remaja, atau
b) Baginda telah memberitahu Penyimpan Mohor
Besar Raja-raja bahawa baginda tidak mahu
dipilih, atau
c) Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan
undi sulit bahawa baginda tidak sesuai untuk
menjalankan tugas-tugas YDPA
– kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh sebab-sebab
lain.
2. Mendapat sokongan lima orang daripada
sembilan anggota Majlis Raja-raja.
3. Majlis Raja-raja hendaklah menawarkan
jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada raja
yang layak untuk dipilih, yang negeri baginda
ialah negeri yang pertama dalam senarai
pemilihan.
4. Apabila raja yang ditawarkan jawatan Yang di-
Pertuan Agong itu menerima jawatan itu,
Majlis Raja-Raja hendaklah mengisytiharkan
raja itu sebagai dipilih.
5. Kemudian, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja,
selaku Setiausaha Majlis Raja-raja, hendaklah
memberitahukan keputusan itu secara
bertulis kepada Dewan Rakyat dan Dewan
Negara.
6. Yang di-Pertuan Agong mesti mengangkat
dan menandatangani sumpah jawatan di
hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim
Negara.
7. Gelaran penuh Yang di-Pertuan Agong ialah
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong
1. Ketua Negara dan merupakan raja
berpelembagaan.
2. Mengatasi semua orang dalam Persekutuan,
3. Ketua Agama Islam bagi Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan
Putrajaya, Sabah, Sarawak, Melaka, Pulau
Pinang, dan negeri baginda.
4. Lambang kedaulatan dan perpaduan negara.
5. Tidak boleh didakwa atas apa-apa kesalahan
dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam
Mahkamah Khas (Raja-raja).
6. Kuasa eksekutif negara adalah dalam tangan
Yang di-Pertuan Agong tetapi kuasa eksekutif
dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan
Kabinet.
7. Yang di-Pertuan Agong ialah komponen
badan perundangan persekutuan tetapi
baginda tidak mengambil bahagian dalam
persidangannya.
Kuasa dan Tugas
Yang di-Pertuan Agong
Fungsi Eksekutif YDPA
• Kuasa eksekutif diberikan oleh Perlembagaan
Persekutuan
• Menjalankan tugas atas nasihat Perdana Menteri
• Perlantikan Perdana Menteri berdasarkan
kemampuan calon tersebut mendapat suara
terbanyak dalam Parlimen
• Pemilihan ahli-ahli Kabinet dan Timbalan-
Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri
Kuasa Budi Bicara YDPA
1. Melantik Perdana Menteri.
2. Tidak menyetujui atau menolak permintaan
Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen.
3. Membuat permintaan supaya suatu mesyuarat
Majlis Raja-raja diadakan semata-mata untuk
membincangkan
– hal-hal yang berkaitan dengan keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan, atau kebesaran raja-raja dan mengambil
sebarang tindakan dalam mesyuarat itu.
Fungsi Perundangan YDPA
• YDPA mempunyai kuasa;
1. Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa
ke semasa
2. Memberhenti dan membubarkan Parlimen
3. Memberi ucapan dalam mana-mana Majlis
Parlimen
4. Memperkenankan Rang Undang-undang
• Kuasa melantik
Fungsi Kehakiman
1. Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim bagi
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan
Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri
dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja
2. Hakim Mahkamah Sesyen atas nasihat Hakim
Besar
3. Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang
berumur lebih 66 tahun (tidak melebihi 6 bulan
selepas 66 tahun)
Kuasa dan bertanggungjawab
untuk melantik:
1. Senator untuk Dewan Negara (seorang
senator bagi Wilayah Persekutuan Labuan,
seorang Senator bagi Wilayah Persekutuan
Putrajaya, dua orang senator bagi Kuala
Lumpur, dan 40 orang senator bagi seluruh
Malaysia) atas nasihat Perdana Menteri
2. Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan
Negara yang dipilih oleh dewan masing-
masing
3. Setiausaha Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan
Negara, dan Ketua Pentadbir Parlimen atas
nasihat Perdana Menteri
4. Ketua Polis Negara, Peguam Negara, dan Ketua
Setiausaha Negara atas nasihat Perdana
Menteri
5. Ketua Audit Negara atas nasihat Perdana
Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-
Raja
6. Perdana Menteri, Menteri-menteri, dan
Timbalan-timbalan Menteri
7. Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Perdana
Menteri selepas berunding dengan Ketua
Menteri negeri berkenaan
8. Pengerusi dan anggota-anggota suruhanjaya
atas nasihat Perdana Menteri selepas
berunding dengan Majlis Raja-raja
Kuasa Pengampunan
a) Mahkamah Syariah (bagi negeri baginda,
negeri-negeri yang tidak beraja, dan Wilayah-
wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan,
dan Putrajaya)
b) Mahkamah Tentera
c) Mahkamah Awam di Wilayah-wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan
Putrajaya
Tanggungjawab YDPA
1. Memperkenankan rang undang-undang/
pindaan undang-undang / pindaan
Perlembagaan yang telah diluluskan oleh
Parlimen dalam masa 30 hari supaya undang-
undang berkenaan dapat berkuat kuasa apabila
diwartakan menjadi warta kerajaan.
2. Memberikan Titah Ucapan Diraja dalam
Parlimen untuk merasmikan persidangan
pertama setiap penggal persidangan Parlimen.
3. Boleh mengisytiharkan Undang-undang Darurat
atas nasihat Perdana Menteri.
4. Menganugerahkan gelaran dan pingat kebesaran.
5. Bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan
istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera di
Sabah dan Sarawak.
6. Bertanggungjawab untuk memelihara
kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain di
Malaysia.
Sekatan Terhadap Kuasa YDPA
1. YDPA tidak boleh menjalankan tugas-
tugasnya sebagai raja di negeri baginda
kecuali
a) Sebagai Ketua Agama Islam
b) Meminda Perlembagaan Negeri
c) Melantik seorang Pemangku Raja
2. Tidak boleh memegang apa-apa jawatan lain
yang mempunyai apa-apa saraan.
3. Tidak boleh mengambil bahagian secara aktif
dalam apa-apa syarikat perniagaan dan parti
politik.
4. Tidak boleh menerima apa-apa jua jenis
pendapatan yang kena dibayar kepada
baginda sebagai raja negeri baginda.
5. Tidak boleh, meninggalkan Persekutuan
selama lebih daripada 15 hari tanpa
persetujuan Majlis Raja-raja, kecuali atas
sebab lawatan rasmi.
6. Boleh didakwa di Mahkamah Khas (Raja-raja)
dalam kes sivil dan kes jenayah atas sifat
peribadi baginda.
7. Tidak boleh mengampuni diri sendiri,
permaisuri baginda, dan anak-anak baginda.
Peletakan Jawatan YDPA
1. Boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa.
2. Mengutus surat peletakan jawatan yang
ditandatangani oleh baginda kepada Majlis
Raja-raja.
3. Peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong tidak
perlu diberitahukan kepada Parlimen kerana
tidak perlu mendapat persetujuan Parlimen.
Pemecatan Yang di-Pertuan Agong
1. Hanya boleh dipecat daripada jawatan baginda
oleh Majlis Raja-raja.
2. Majlis Raja-raja boleh memecat Yang di-
Pertuan Agong pada bila-bila masa dan atas
apa-apa jua sebab.
3. Sesuatu ketetapan untuk memecat Yang di-
Pertuan Agong tidak boleh diluluskan
melainkan mendapat sokongan lima orang
daripada sembilan anggota Majlis Raja-raja.
Senarai Yang di-Pertuan Agong
  Yang di-Pertuan Agong Tempoh Jawatan
1 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 3 Ogos 1957 - 1 April 1960
2 Sultan Selangor 14 April 1960 – 1 September 1960
3 Raja Perlis 21 September 1960 – 20 September 1965
4 Sultan Terengganu 21 September 1965 – 20 September 1970
5 Sultan Kedah 21 September 1970 – 20 September 1975
6 Sultan Kelantan 21 September 1975 – 29 Mac 1979
7 Sultan Pahang 26 April 1979 – 25 April 1984
8 Sultan Johor 26 April 1984 – 25 April 1989
9 Sultan Perak 26 April 1989 – 25 April 1994
10 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 26 April 1994 – 25 April 1999
11 Sultan Selangor 26 April 1999 – 21 November 2001
12 Raja Perlis 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006
13 Sultan Terengganu 13 Disember 2006 – 12 Disember 2011
14 Sultan Kedah 13 Disember 2011 - kini
Mahkamah Khas Raja-Raja
• Diwujudkan pada tahun 1993
• Terdiri daripada
– Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan
– Hakim-hakim Besar Mahkamah
– 2 orang lain yang memegang jawatan sebagai
Hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah
Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja
• Membicarakan kes sivil & jenayah seseorang
raja atas sifat peribadi
• Mempunyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama
seperti mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah
Tinggi dan Mahkamah Persekutuan
• Prosiding dalam Mahkamah Khas dibuat secara
tertutup dan diputuskan mengikut pendapat majoriti
anggota dan keputusannya adalah muktamad dan
konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan
dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.
• Tindakan bolah dimulakan terhadap YDPA atau Raja
degan keizinan Peguam Negara.
Tamat…

You might also like