Ulasan Tesis Nilai Murni

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PEMBENTANGAN KUMPULAN

 TAJUK :
 Ulaskan 2 hasil penulisan disertasi/tesis di
peringkat ijazah sarjana atau ijazah doktor falsafah
dalam bidang falsafah bahasa atau falsafah
pendidikan bahasa.

Oleh:
WONG POH TIEN (M20131000275)
CHUO KWONG UNG (M20131000527)
Tajuk Tesis : Nilai-nilai Murni Dalam Buku Teks Bahasa
Melayu Tingkatan 4 KBSM

Penulis : Fazilah Bt Mohd Jilani


Program : Sarjana Pendidikan Bahasa
Melayu
Falkulti : Bahasa Dan Komunikasi
Tahun : 2005
Abstrak
Kajian ini menganalisis Nilai Murni dalam Buku Teks
Kurikukulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa
Melayu Tingkatan 4. Tujuan utama kajian ini untuk
mengetahui jumlah nilai murni yang terdapat dalam
Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Bahasa Melayu Tingkatan 4, sama ada kesemua 17
kompenan nilai murni diterapkan atau sebaliknya dan
mengenal pasti kompenan nilai murni yang paling
banyak diperlihatkan. Kajian berbentuk deskriptif ini
menggunakan tema daripada 11 unit pembelajaran dalam
Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Bahasa Malayu Tingkatan 4 sebagai sample.
….Sambungan
Kajian yang menggunakan kaedah perpustakaan dan
analisis teks ini mengemukakan dapatan dalam bentuk
kekerapan dan peratusan. Dapatan signifikan kajian ini
menunjukkan nilai murni bermasyarakat mempunyai
kekerapan tertinggi, diikuti nilai murni daya usaha,
rasional dan kewarganegaraan. Rencana yang
bertemakan semangat kerajinan (unit 1) mengandungi
paling banyak nilai murni, iaitu sebanyak 6 (35.29%).
Nilai murni yang dikenal pasti dalam Unit 1 merupakan
nilai murni baik hati, berhemah tinggi, hormat-
menghormati, kerajinan, kerjasama dan semangat
bermasyarakat. Secara keseluruhannya, Buku Teks
Kurikulum Bersepadu
….Sambungan
Sekolah Menengah Bahasa Melayu Tingkatan 4 tidak
dapat menerapkan kesemua nilai murni secara
seimbang. Hal ini berlaku kerana pemilihan bahan
semua rencana tema yang kurang tepat. Kekerapan
dan peratusan nilai yang diterapkan dalam buku teks
mempunyai kaitan dengan keseuaian rencana tema
yang dipilih oleh sidang pengarang.
Hipotesis Kajian dan tujuan Kajian

Kajian ini mengenmukakan 3 hipotesis seperti


berikut:

i. Buku teks yang baik mesti mempunyai 17 nilai


murni seperti ditetapka oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
ii. Banyak nilai murni tersirat dalam rencana buku
tek yang dikaji.
iii. Tidak terdapat perbezaan penampilan nilai
murni dalam tema rencana teks yang dikaji.
Tujuan utama kajian, untuk menjawab soalan:
• Berapa banyakkah nilai murni yang terdapat dalam
buku teks yang dikaji?
• Adakah kesemua 17 komponen nilai diterapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia diterapkan dalam
buku teks yang dikaji?
• Komponen nilai murni yang manakah paling banyak
diperlihatkan dalam buku teks yang dikaji?
• Sejauh manakah terdapat kecenderungan sidang
penulis buku teks yang dikaji itu menyerapkan mana-
mana item nilai murni?
Kaedah Penyelidikan dan Kepentingan Kajian

Kaedah Kepustakaan – UPSI, UPM, UM


- Perpustakaan Negara Malaysia
- Perpustakaan Awam Teluk Intan
- Perpustakaan Tun Abdul Rajak
• Mengumpul Maklumat Sokongan
• Rujukan : Buku Jurnal, Penerbitan Berkala
•Kaedah Analisis Teks.
Kepentingan Kajian – KPM
- Para Pendidik
Ulasan Kajian
Dapatan kajian ini dilaporkan dalam bentuk jadual
berkaitan senarai tajuk, senarai rencana tema, senarai
bidang nilai yang dikemukakan analisis nilai murni
(utama) dan nilai murni (sampingan). Dapatan juga
dikemukakan dalam analisis dan perbincangan
berkaitan nilai murni yang terdapat dalam ayat rencana
tema. Sungguhpun buku ini mengandungi 11 unit
dengan 11 tajuk yang disenaraikan, tetapi tidak
kesemua unit tersebut mengandungi rencana tema iaitu
unit 1,3,4,7,9,10,11 dan bagi unit 2,5,6, dan 8 tidak
dikemukakan rencana tema kerana digantikan dengan
bahan lain seperti puisi, cerpen dan iklan.
Ulasan Kajian
…Sambungan
Dari segi nilai murni pula, nilai murni utama yang tidak
ditonjolkan iaitu berdikari, kasih saying, menunjukkan
sebanyak enam kebebasan, keberanian, kejujuran dan
kesyukuran. Nilai murni yang ditonjolkan pula
merupakan nilai murni baik hati, berhemah tinggi,
hormat-menghormati, keadilan, kebersihan fizikal dan
mental. Kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, rasional,
semangat bermasyarakat dan semangat
kewarganegaraan.pengkaji menerima hipotesis ‘banyak
nilai murni tersirat dalam rencana tema buku teks yang
dikaji’ kerana recana buku teks
Ulasan Kajian

…Sambungan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa


Melayu Tingkatan 4 memperlihatkan secara tersirat
lebih separuh (64.7) daripada jnilai murni yang
ditetapkan. Namun pengkaji menolak hipotesis ‘buku
teks yang baik mesti mempunyai 17 nilai murni yang
diketengahkan oleh KPM’ kerana rencana tema dalam
buku ini hanya memperlihatkan 11 nilai murni sahaja.
Analisis Pengulas Tentang Tesis

1. Nilai Merentasi Kurikulum

• Nilai murni pembinaan dan pembangunan manusia

• Nilai-nilai murni perlu dijadikan prinsip utama dalam


segala bentuk keputusan.

• Nilai-nilai murni merupakan teras sebagai mengukuhkan


idealisime pendidikan, sosial dan moral.

• Penerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan


menyeluruh dalam semua mata pelajaran di sekolah
Analisis Pengulas Tentang Tesis

2. Kepentingan Nilai-nilai Murni Dalam FPK

• Nilai-nilai murni amat penting bagi merealisasikan


hasrat dasar sistem pendidikan negara yang bertunjang
FPK

• Menurut Greer dan Ryan, (1989), kegagalan pendidikan


nilai ini akan menyebabkan pelajar gagal membentuk
perlakuan yang seimbang dari segi kognitif dan nilai
dalam kehidupannya.

• Kesepaduan empat sifat utama : (JERI)


Analisis Pengulas Tentang Tesis

….. Sambungan

• Output yang positif melalui penanaman nilai-nilai murni


yang lebih jitu

• FBK menjurus ke arah mencirikan insan/warganegara


yang abuk.
Analisis Pengulas Tentang Tesis
3. Peranan Guru Dalam Pendidikan Nilai

• Menurut Musa Mantrak,(1991) dan Gudmundsdottir, (1990),


Kurikulum pendidikan nilai yang baik hanya akan berjaya
jika terdapat guru yang terdidik dengan pendidikan nilai dari
segi teori dan amali.

• melengkapkan bakal guru dengan ilmu dan kemahiran


menerapkan nilai

• guru merupakan agen perubahan harus memahami


sepenuhnya matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan matlamat Dasar Pendidikan Negara

You might also like