Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Pengenalan penyelidikan bahan-bahan sejarah

Bab 5
Pengenalan kepada Arkib Negara
• Layari laman web: www.arkib.gov.my.
Tutorial
• Secara berpasangan anda diminta mencari maklumat
berikut:
a. Sejarah penubuhan
b. Fungsi Arkib
c. Bahagian-bahagian dan fungsi setiap bahagian
d. Galeri
e. Perkhidmatan yang disediakan
f. Bahan yang terdapat di Pusat Sumber
g. Perkhidmatan dalam talian
Sumber-sumber sejarah yang terdapat di Arkib
• Rekod-rekod atau fail-fail.
• Peta.
• Gambar-gambar.
• Poster.
• laporan-laporan tahunan.
• surat-surat perjanjian.
• surat-surat persendirian.
• rekod-rekod pandang dengar.
• filem.
• Bahan-bahan daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
KATALOG FAIL SISTEM OPAC ONLINE

PROSEDUR MENCARI BAHAN


DI ARKIB

INTER LIBRARY
PINJAMAN ONLINE COMPASS
LOAN
Prosedur Mencari Bahan di Arkib
1. Cara manual iaitu menggunakan katalog fail.
• Katalog fail di Arkib Negara terdapat berbagai-bagai nama dan
nombor rujukan, contohnya senarai fail yang diwujudkan dari
pejabat Selangor Secretariat masih tetap menggunakan fail dari
Selangor Secretariat.
• Dalam senarai katalog juga terdapat bilangan fail yang dicatatkan
dari setiap fail. Bilangan fail disusun dari bilangan terawal hingga
ke bilangan yang terakhir.
2. Menggunakan sistem Opac iaitu perisian yang seringkali terdapat
di pusat-pusat sumber
3. Online finding Aids
4. Pinjaman secara online
5. Inter library loan – menggunakan kemudahan perpustakaan lain
6. Sistem Compass
Panduan Pengguna Menggunakan Arkib
1. Hanya kaki tangan arkib dan penyelidik berdaftar yang
mempunyai kad pendaftaran sah dibenarkan masuk ke dewan
penyelidikan
2. Bahan-bahan arkib hendaklah digunakan dengan cermat dan
teliti.
3. Tidak dibenar menulis dan menanda pada bahan arkib.
4. Penyalinan bahan dibuat melalui borang-borang pesanan sahaja.
5. Rujukan bahan arkib hanyalah di dewan penyelidikan.
6. Hanya menggunakan pensel untuk mencatat dapatan.
7. Hanya 5 item secara manual dan 10 item secara sistem COMPASS
dibenarkan pada satu-satu masa.
 
Sumber Sejarah
• sumber atau 'source' bermaksud
'sesebuah karya, dan lain-lain, yang
menyediakan maklumat atau bukti
(khusus yang bersifat tulen atau asli)
berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau
siri hal-hal (Oxford English Dictionary,
2004)
• ...Seperti suatu ilham, sumber ialah sesuatu
penulisan yang boleh menjadi punca kepada
sesuatu lahiran pemikiran ataupun penulisan, tetapi
sumber berbeza dengan ilham kerana ia bukan
abstrak. mahupun spontan, dan ia boleh kita rujuk
kembali apabila kita memerlukannya semula. Pada
peringkat awalnya, sumber ialah sekumpulan
bahan-bahan yang tersimpan di tempat-tempat
yang khusus, seperti arkib, perpustakaan, muzium,
pejabat menyimpan rekod, istana dan sebagainya,
ataupun di rumah-rumah orang perseorangan yang
mempunyai minat menyimpannya.
(Mohd. Yusof Ibrahim, 2004)
Sumber sejarah
• Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap
sumber sejarah seperti artifak, fosil,
dokumen, peta, manuskrip, dan sumber lisan.
• Kamus Dewan (2006): Sumber sejarah bererti
'keterangan (bukti) yang bertulis atau
bercetak, surat yang boleh dijadikan
keterangan atau bukti (seperti surat beranak,
surat nikah, dan lain-lain)
Sumber sejarah
Dikategorikan kepada:
A. Sumber pertama
B. Sumber kedua
Sumber Pertama
• Juga dikenali sebagai sumber primer
• Bahan dalam bentuk kertas, fosil, artifak, dan
keterangan lisan.
• Belum diolah dan dicetak
• Bersifat asli dan belum ditafsir
Contoh-contoh sumber pertama
A. Fail rasmi jabatan
B. Surat peribadi
C. Diari
D. Manuskrip yang belum dicetak
E. Batu bersurat
F. Dokumen Kerajaan
G. Buku Harian
H. Watikah
I. Titah Perintah
J. Akhbar / majalah
K. Titah perintah raja
Sumber Kedua
• kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang telah
dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu
kumpulan, tentang sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh
dan sebagainya. Kajian-kajian itu berdasarkan sumber-
sumber utama tadi. (Muhd. Yusof Ibrahim, 2004)
• Juga dikenali sebagai sumber sekunder
• Bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis
(bahan bertulis yang ditulis oleh sejarawan atau
pengkaji sejarah)
• Bahan yang telah diolah, dicetak, dan disebarkan
kepada umum.
Contoh-contoh Sumber kedua
A. Sumber Manuskrip Lama
B. Akhbar-akhbar
C. Majalah
D. Sumber Karangan atau Esei
E. Latihan Ilmiah
F. Buku-buku
G. Tesis
H. Rencana
Sumber Lisan
• Sumber lisan merupakan sumber yang wujud melalui
– percakapan atau pertuturan dari mulut ke mulut oleh seseorang yang
terlibat
– menyaksikan sesuatu peristiwa yang telah berlaku.
• tidaklah ditulis atau dirakamkan.
• menjadi sumber bertulis apabila ia dirakam setelah
mengalami proses temu bual, perbincangan, dan temuduga
dengan orang sumber.
• menjadi rujukan bagi ahli sejarawan dalam bidang sejarah
lisan.
• boleh juga dikategorikan sebagai sumber utama dan sumber
kedua
• Sumber utama ialah bila maklumat-maklumat dirakam
ke dalam pita rakaman ataupun apa-apa perakam
suara.
• Jika maklumat ini ditulis, ia akan menjadi sumber
utama yang bertulis dan bukan lisan lagi.
• Bagi sumber lisan dalam kategori kedua pula, ia adalah
maklumat daripada mereka yang tidak menyaksikan
atau terlibat dalam sesuatu peristiwa yang diterangkan.
• Contoh Sumber lisan:
a. Percakapan-pertuturan - Temu bual
b. Perbincangan
c. Temuduga
KAEDAH KAJIAN SEJARAH

KAEDAH KAEDAH
LISAN BERTULIS

KAEDAH KAEDAH PANDANG


ARKEOLOGI DENGAR
Kaedah Lisan
• Dinamakan kaedah lisan kerana maklumat
diperoleh terus daripada responden melalui
ucapan, penceritaan, pengisahan, dan
perbualan.
• Diucapkan atau diberitahu oleh orang sumber.
• Sumber seperti dari TV, Penerangan , Radio,
Pita rakaman.
• Kelemahan kaedah ini adalah wujudnya unsur
tokok tambah yang bercampur dengan unsur
dongeng, mitos dan legenda.
Kaedah Bertulis
• Mendapatkan maklumat daripada sumber yang ditulis,
dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu,
daun kayu, logam, gading, dan kertas
• Fakta yang didapati daripada bahan bertulis yang
menerangkan peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan
dan adat resam.
• Sumber yang ditulis ini membantu sejarawan
memperoleh maklumat mengenai sesuatu perkara,
peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan dan adat resam.
• Contoh: Sejarah Melayu, Tuhfat al-Nafis, Catatan
Pelayaran yang menerangkan Munsyi Abdullah, Surat
Perjanjian Pangkor 1874, Batu bersurat, Perundangan
Terengganu.
Kaedah Bertulis
• Kajian Tinjauan
• Kajian Deskriptif
• Kajian Etnografi
Kaedah Arkeologi
• Fakta yang diperolehi melalui proses cari gali bahan-bahan purba
• Cara mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik.
• Bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada
batu, peralatan daripada logam, tembikar, dan kulit siput dapat
disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon
• Contoh: fosil, tapak kota lama, artifak dan monumen
• Penentuan berdasarkan:
1. Tipologi – penentuan usia berdasarkan bentuk/ jenis
2. Stratifigrafi – berdasarkan lapisan tanah
3. Kimia – berdasarkan bahan-bahan kimia yang terkandung dalam
bahan
Kaedah Pandang Dengar
• Kaedah yang dipengaruhi oleh perkembangan
pesat ilmu sains dan teknologi.
• Menggunakan pelbagai peralatan seperti
televisyen, internet, video, cakera padat,
radio, dan pita rakaman.
• Contoh: video kemerdekaan Tanah Melayu,
rakaman peristiwa yang dimuatnaik dalam
internet.
Tutorial
Banding dan bezakan jenis-jenis sumber pertama dan
kedua semasa lawatan di Kampung Budaya. Kumpulan
anda diminta mengambil gambar jenis-jenis sumber
dan membezakannya dalam kaedah sendiri.

ISL
Antara tapak arkeologi yang telah dijumpai di Malaysia
ialah di Bukit Tengkorak, Semporna Sabah dan Lembah
Lenggong di Perak. Andaikan anda adalah salah seorang
anggota pasukan pengkaji, rancangkan teknik dan
kaedah arkeologi yang dapat membantu kajian anda.

You might also like