Pengajian Perniagaan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1.

2 PERSEKITARAN
PERNIAGAAN
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
 MERUJUK KEPADA KEADAAN SEKELILING DI MANA
SESEBUAH PERNIAGAAN BERFUNGSI DAN MERANGKUMI
FAKTOR-FAKTOR ATAU PIHAK-PIHAK YANG MEMPENGARUHI
OPERASI DAN PRESTASI PERNIAGAAN SECARA LANGSUNG
ATAU TIDAK LANGSUNG

PESEKITARAN UMUM
 MERUPAKAN SATU PERSEKITARAN DI LUAR ORGANISASI
YANG MEMBERIKAN TEKANAN DAN KESAN TIDAK
LANGSUNG TERHADAP OPERASI DAN PRESTASI SESEBUAH
PERNIAGAAN
FAKTOR PERSEKITARAN UMUM

 PERSEKITARAN EKONOMI
• Merujuk kepada keadaan ekonomi,sistem ekonomi yang diamalkan,kuasa
beli pengguna,perubahan harga barang,dinamik pasaran,keadaan risiko dan
ketidakpastian dalam ekonomi dan pasaran dan lain-lain.

PENGARUH EKONOMI TERHADAP PERNIAGAAN


• POSITIF
a. Kestabilan ekonomi akan membawa kesan posittif kepada dunia
perniagaan.
b. Pertambahan penawaran wang akan menyebabkan permintaan dalam
ekonomi meningkat
• NEGATIF
a. Kemelesetan ekonomi boleh membawa kesan negatif kepada dunia
perniagaan.
b. Pengurangan penawaran wang akan menyebabkan permintaan dalam
ekonomi menurun

 PERSEKITARAN PERSAINGAN DAN JARINGAN


• Persaingan merupakan firma-firma lain dalam industri atau pasaran yang
sama.Persaingan pasaran terbahagi kepada beberapa jenis pasaran iaitu:
i. Persaingan sempurna/tulen
ii. Monopoli
iii. Oligopoli
iv. Persaingan monopolistik/bermonopoli
• Jaringan merujuk kepada hubungan perjanjian yang dibuat secara formal
atau pakatan strategik antara perniagaan dengan pihak lain.
• Antara hubungan atau jaringan yang akan dibentuk ialah:
i. Perniagaan dengan pihak pembekal
ii. Perniagaan dengan pihak pengilang
iii. Perniagaan dengan pihak pengedar

PENGARUH PERSAINGAN DAN JARINGAN TERHADAP PERNIAGAAN


• PERSAINGAN (POSITIF)
i. Dengan adanya persaingan,perniagaan dapat melakukan inovasi
terhadap barang dan perkhidmatan,meningkatkan kecekapan dan
mengurangkan kos.
• PERSAINGAN (NEGATIF)
i. Kegagalan atau kejayaan perniagaan bergantung kepada sejauh mana
perniagaan boleh bersaing
• JARINGAN (POSITIF)

i. Membantu perniagaan mewujudkan rangkaian kerjasama dengan perniagaan


lain bagi memaksimumkan keuntungan.
ii. Melancarkan proses pengeluaran barangan serta strategi pemasaran yang
bersesuaian

• JARINGAN (NEGATIF)
i. Jaringan yang terhasil akan mendedahkan perniagaan kepada risiko kegagalan.
ii. Ketidaklancaran proses pengeluaran barangan serta strategi pemasaran akan
menjejaskan pakatan strategik yang dibentuk.
iii.Kegagalan dalam kerjasama melalui jaringan yang dibentuk akan
mengurangkan daya saing firma perniagaan dalam industri.
 PERSEKITARAN SOSIOBUDAYA
• Sosiobudaya merujuk kepada kepercayaan agama,budaya,adat resam
dan cita rasa penduduk sesebuah negara.
• Aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan perlu memenuhi
keperluan pengguna dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

PENGARUH SOSIOBUDAYA TERHADAP PERNIAGAAN


• POSITIF
i. Perniagaan yang berupaya memahami sosiobudaya sesebuah pasaran
dengan baik akan berpeluang menguasai pasaran tersebut dalam
nisbah yang terbaik.
ii. Keupayaan memahami sesuatu sosiobudaya menjadi aset terpenting
dalam mengembangkan syer pasaran perniagaan.
• NEGATIF
i. Kegagalan memahami sesuatu sosiobudaya akan menjadi liabiliti
sesebuah perniagaan.
ii. Perniagaan berkemungkinan akan mengeluarkan produk yang
tidak sesuai atau bertentangan dengan nilai sosiobudaya
pengguna.

 PERSEKITARAN POLITIK DAN PERUNDANGAN


• Politik merujuk kepada keadaan sesebuah negara yang dipengaruhi
fahaman parti politik yang memerintah.
• Persekitaran politik merujuk kepada keadaan politik yang dapat
mempengaruhi sesebuah perniagaan.
• Perundangan merujuk kepada peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak berkuasa terhadap perniagaan.
• Tujuan perundangan dilaksanakan adalah untuk:
i. Mewujudkan persaingan perniagaan yang sihat.
ii. Melindungi kepentingan pengguna dan pengeluar.
iii. Mengelak penyelewengan oleh peniaga.
iv. Melindungi alam sekitar

PENGARUH POLITIK DAN PERUNDANGAN TERHADAP PERNIAGAAN


• POLITIK (POSITIF)
i. Kestabilan politik sesebuah negara dapat menjamin
kelancaran aktiviti perniagaan dalam negara tersebut.
• POLITIK (NEGATIF)

i. Ketidakstabilan politik seperti keadaan huru hara dan


pergaduhan akan membawa kesan buruk terhadap sesebuah
perniagaan.
ii. Sebagai contoh,pemberontakan yang berlaku di sesebuah
negara akan membantutkan ekonomi negara tersebut.

• PERUNDANGAN (POSITIF)
i. Perniagaan yang mengikut undang-undang secara sah akan
terus maju dan diyakini oleh pelanggan.
ii. Perniagaan yang berlandaskan perundangan yang sah akan
memudahkan perniagaan untuk menembusi pasaran luar.
• PERUNDANGAN (NEGATIF)
i. Perundangan akan mengehadkan keluaran perniagaan dari
aspek kuantiti dan jenis produk.
ii. Sebagai contoh,terdapat negara yang meletakkan kuota
kemasukan barang ke dalam negara yang menjejaskan
peluang untuk memaksimumkan keuntungan.

 PERSEKITARAN TEKNOLOGI
• Merujuk kepada perubahan dalam kaedah yang digunakan
dalam aktiviti perniagaan seperti aktiviti
pengeluaran,pemasaran,penggunaan peralatan dan
sebagainya untuk mempercepat proses perniagaan
PENGARUH TEKNOLOGI TERHADAP PERNIAGAAN

• POSITIF
i. Penggunaan teknologi yang canggih dapat meningkatkan
kemampuan daya saing sesbuah perniagaan.
ii. Perniagaan yang menggunakan teknologi terkini akan
berupaya menghasilkan produk dengan lebih cepat dan
berkualiti tinggi.

• NEGATIF
i. Penggunaan teknologi canggih yang melibatkan kos yang
tinggi akan meningkatkan kos pengeluaran perniagaan.
 PERSEKITARAN PRASARANA
• Merujuk kepada kemudahan atau infrastruktur yang tersedia bagi
memudahkan perniagaan beroperasi.
• Antara kemudahan fizikal yang diperlukan ialah:
i. Sistem pengangkutan.
ii. Utiliti (kemudahan air dan elektrik)
iii. Pergudangan (tempat menyimpan barang sementara)

PENGARUH PRASARANA TERHADAP PERNIAGAAN


• POSITIF
i. Prasarana yang lengkap dengan pelbagai kemudahan akan
menjadikan kawasan yang terlibat sebagai tumpuan pengguna dan
memudahkan pengguna untuk berurusan dengan perniagaan tersebut.
• NEGATIF
i. Kekurangan prasarana akan menjejaskan operasi perniagaan.

 PERSEKITARAN ANTARABANGSA
• Merujuk kepada sistem perniagaan antarabangsa meliputi
import,eksport dan juga pelaburan langsung di negara lain.

PENGARUH ANTARABANGSA TERHADAP PERNIAGAAN


• POSITIF
i. Antarabangsa memainkan peranan penting dalam
mengembangkan perniagaan pada peringkat domestic.
ii. Perniagaan berupaya mengembangkan potensi keuntungan pada
kadar yang lebih tinggi.
• NEGATIF
i. Perniagaan menghadapi risiko peningkatan kos pengeluaran.
ii. Terma perdagangan antarabangsa yang rumit dan perlu
dipatuhi turut menjadi salah satu perkara yang perlu diberi
keutamaan sebelum mengembangkan perniagaan.

You might also like