01 Penubuhan Kelab Dan Persatuan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

KURSUS PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT


KEBANGSAAN TAHUN 2012

PENUBUHAN KELAB
DAN PERSATUAN DI
SEKOLAH-SEKOLAH

TARIKH : 06 - 09 MEI 2012


HOTEL HANG TUAH WORLD HERITAGE
MELAKA
OBJEKTIF KURSUS
1 Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan
kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks
kependidikan dan kepimpinan
2 Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau
persatuan.
3 Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan
pengurusan kelab atau persatuan
4 Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan
pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan di
sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.
5 Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas
kepimpinan.
6 Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid
sebagai warganegara berdasarkan Rukunegara,
perlembagaan negara dan Wawasan 2020.
DEFINISI KELAB/PERSATUAN
Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,
berperlembagaan, berperaturan dan
berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-
murid sekolah yang mempunyai minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang
sama serta bertujuan untuk saling
bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi
sumber dalam melaksanakan aktiviti dan
mencapai cita-cita serta matlamat yang telah
ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi
memperkembangkan minat, kegemaran,
hasrat dan kecenderungan masing-masing.
TUJUAN PENUBUHAN
Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama
supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:
i. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan
kegiatan secara berkumpulan.
ii. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam
bidang yang diminati dan digemari.
iii. Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan
dilaksanakan bersama.
iv. Berkongsi sumber dan peralatan.
v. Mewujudkan peluang kepada murid-murid
mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan
vi. Mewujudkan wahana kepada murid-murid
mengembangkan bakat dan potensi masing- masing
ke peringkat yang lebih tinggi
PERATURAN-PERATURAN PENUBUHAN
(Persatuan Sekolah)
1. Guru Besar/Pengetua mestilah mematuhi beberapa
prosedur tertentu untuk tujuan Penubuhan Persatuan
dan Kelab.

2. Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21hb Mei 1998,


Jilid 42. No.11 Tambahan No.41, Perundangan P.U
(A) 196. ada dinyatakan; Pada menjalankan kuasa
yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan
1996, Menteri membuat peraturan yang berikut:

i) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan


Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa
pada pada 21 Mei 1998.
ii) Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
iii) Dalam Peraturan-Peraturan ini -
guru besar” atau “pengetua” ertinya pegawai dalam
Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua
Pengarah Pendidikan untuk mengurus sekolah:
“penasihat” ertinya guru yang dilantik oleh guru
besar atau pengetua untuk memberi nasihat kepada
persatuan sekolah.
“jawatankuasa“ ertinya sekumpulan orang yang
dilantik atau dipilih untuk menjalankan tugas persatuan
sekolah:
“persatuan sekolah” ertinya apa-apa kelab atau
persatuan murid dan guru sekolah.
iv) Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima
permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan
persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:
A. Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana
yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan
 
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Contoh:
• Bahasa Melayu(Persatuan Bahasa Melayu).
• Bahasa Inggeris (Persatuan Bahasa Inggeris)
• Sains(Persatuan Sains)
• Matematik (Persatuan Matematik)
• Agama Islam (Persatuan Agama Islam)
• Sejarah (Persatuan Sejarah)
• Geografi (Persatuan Geografi)
• dan lain-lain
B. Hobi dan Rekreasi
• Persatuan Mendaki gunung.
• Kelab Joran / Memancing
• Kelab Kembara
• Kelab Fotografi
  • Kelab Komputer
• Kelab Setem dan Filateli
• dan kelab-kelab lain
C. Sukan dan Permainan
• Kelab Bola Sepak.
• Kelab Renang.
• Kelab Bina Badan.
• Kelab Catur.
• Kelab Badminton
• Kelab Bola Jaring
• dan kelab-kelab lain
D. Badan Beruniform. Contoh:
• Persatuan Kadet Polis.
• Persatuan St John Ambulans.
 
• Persatuan Puteri Islam.
• Persatuan Pengakap

E. Lain-lain persatuan yang diluluskan oleh


kerajaan dan pendaftar. Contoh:
• Kelab Pencegahan Jenayah
• Kelab Keselamatan Jalan Raya
• Kelab Kewangan
• Kelab Usahawan Muda
v) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah
mengemukakan secara bertulis kepada guru besar
atau pengetua, laporan yang lengkap mengenai
  
perkara-perkara berikut:
-   
perlembagaan persatuan
- senarai ahli jawatankuasa
- senarai aktiviti utama persatuan.

vi) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh


empat belas hari mula berkuatkuasa-nya Peraturan-
Peraturan ini atau dalam hal persatuan yang ditubuhkan
selepas Peraturan-Peraturan ini berkuatkuasa dalam
tempoh empat belas hari selepas mesyuarat pertama
persatuan tersebut.
3. Perlembagaan dan peraturan- persatuan sekolah
hendaklah diluluskan oleh guru besar atau
pengetua.
4. (i) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah
  hendaklah mengemukakan secara bertulis
kepada guru besar atau pengetua, laporan
yang lengkap mengenai apa-apa perubahan
dalam perlembagaan, peraturan jawatankuasa
atau ahli persatuan.
(ii) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam
tempoh empat belas hari dari tarikh yang
laporan tentang perubahan itu dibuat , dan
hendaklah disahkan dengan tandatangan
pengerusi dan setiausaha persatuan berkenaan.
(iii) Guru besar atau pengetua boleh, menerima atau
enggan untuk menerima perubahan yang
dinyatakan dalam sub peraturan (1).
BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB/PERSATUAN
1. Murid-murid membentuk jawatankuasa penaja yang
terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha,
Bendaharti dan beberapa orang AJK untuk menetapkan:-
a. Tujuan dan matlamat/objektif
- sesuai, boleh dicapai dan tidak membebankan ahli
b. Aktiviti dan kegiatan
- bilangan aktiviti, sesuai, boleh dilaksanakan, tidak
membebankan
c. Menggubal Peraturan Persatuan/Kelab
- masa perjumpaan, bilangan perjumpaan setahun,
yuran, pakaian, larangan dan sebagainya
d. Perlembagaan (Contoh Lampiran K)
- mengikut format, mematuhi kehendak
2. Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi
kepada Pengetua atau Guru Besar dengan
menyertakan dokuman yang telah ditetapkan di atas.
3. Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua atau Guru
Besar
4. Mendaftarkan ahli-ahli kelab atau persatuan yang
telah diluluskan oleh Pengetua atau Guru Besar
5. Mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan:
i. Memilih Ahli Jawatankuasa
ii. Merancang aktiviti tahunan kelab/persatuan
iii. Pengesahan kewangan dan dokumen-
dokumen lain kelab/persatuan
iv. Mengoperasikan kelab/persatuan
PERATURAN PERATURAN
 Peraturan sekolah adalah menjadi
peraturan asas
 Peraturan khas yang ditetapkan
hendaklah dipatuhi oleh semua ahli
 Ahli-ahli yang melanggar peraturan
akan dikenakan tindakan tatatertib
TINDAKAN DISIPLIN
 Diambil terhadap ahli yang melanggar
perlembagaan persatuan/kelab dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan
 Tindakan disiplin mengikut prosedur:- amaran
lisan dan amaran bertulis
 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan
yang diambil boleh membuat rayuan kepada
guru Penasihat secara bertulis dan keputusan
Guru penasihat adalah muktamad
PEMBUBARAN PERSATUAN
 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan
persatuan jika didapati melanggar
perlembangaan dan Falsafah Pendidikan
Negara
 Segala hutang wajib diselesaikan. Baki
kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar
 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab
sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan
 Ahli ahli hendaklah sentiasa peka dan
mengikuti aktiviti dengan penuh minat
PERLEMBAGAANPERSATUAN

You might also like