Tarikh Islami Kerajaan Seljuk

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

KERAJAAN

SELJUK
● IZZAH AIMI
● MASYITHAH
● NILAM SARI
LATAR BELAKANG
● 447 H/1055 M-590 H/l194 M - Bani Seljuk dalam pemerintahan khilafah Abbasiyah; biasanya
disebut juga dengan masa pengaruh Turki kedua.
● Dinasti Seljuk adalah sebuah pemerintahan yang bermaksud membangkitkan kembali
kekhalifahan Islam yang nyaris tenggelam.
● Nama Seljuk diambil dari nama seorang pemimpin kabilah Turki Ghuzz (oghuz) yang mendiami
wilayah empayar Uygur, ia bernama Seljuk bin Tuqaq yang diangkat menjadi panglima pada
masa Empayar Uighar dan menempati bahagian selatan ibu kota Kasgar iaitu lembah Tarim.
● Seljuk bin Tuqaq berasal dari kabilah kecil keturunan Turki, iaitu kabilah Qunuq. Kabilah ini
kemudian bersama 20 kabilah kecil lainnya bersatu membentuk rumpun Ghuz. Awalnya
gabungan Kabilah ini tidak memiliki nama, hingga muncul nama tokoh Seljuk putra Tuqaq yang
mempersatukan mereka dan memberi nama suku tersebut Seljuk.
● Seljuk adalah asalnya hanyalah satu puak sahaja iaitu puak Kinik daripada keluarga Turki Ghuzz.
● Seljuk Bey adalah pengasas utama bagi Kerajaan Seljuk yang mana mereka ini juga adalah daripada
keturunan Oguz Khan pada tahun 1037.
● Beliau telah membawa kaum Kinik berhijrah ke Cent terletak di kawasan Maveraunnheir iaitu
sempadan kerajaan Islam Samaniyyah.
● Sebab tertarik dengan Islam, mereka memasuki Islam.
● Kerajaan Seljuk berjaya membuka dan memerintah kota Parsi, Syria dan Caucasus dan seterusnya
sebahagian besar Anatolia.
● Sejak daripada itu, pemerintahan mereka semakin kuat dan berpengaruh sehingga telah menjadi
Daulah Seljuk
● Pemerintahan Dinasti Seljuk berpusat di Anatolia.
● Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258M selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera
Mongol menghancurkan Baghdad.

Daulah Seljuk terbahagi kepada 4 kerajaan :

1. Kerajaan Seljuk Syria . (1069 – 1118)


2. Kerajaan Seljuk Kirman (di Selatan Iran). (1048 – 1187)
3. Kerajaan Seljuk Irak & Khorassan . (1119 – 1194)
4. Kerajaan Seljuk Anatolia (Türkiye). (1077 – 1308)
Peta (1040 – 1157): Warna Kuning di atas menunjukkan pemerintahan Daulah Seljuk .
Warna oren pula menunjukkan pemerintahan Empayar Byzantin .
JENIS KERAJAAN SELJUK
KESULTANAN SELJUK RUM
● Perkataan Rum datang dari perkataan Arab yang bermaksud Empayar Rum.
● Seljuk menggelarkan mereka Kesultanan Rum kerana ia didirikan di wilayah
Rum atau Byzantine, iaitu nama panggilan oleh orang Islam.
● Sumber barat kadang-kadang menggunakan Kesultanan Konya atau
Kesultanan Iconim dan sekarang dikenali sebagai Turki.
● Pada 1071 Alp Arselan berjaya mengalahkan Kaisar Bizantium, Romanus IV
Diogenes. Kemenangan ini sekaligus membuka peluang bagi gerakan
penturkian (Turkification) di Asia Minor. Gerakan ini dimulai dengan
pengangkatan Sulaiman bin Qutlumish sebagai gabenor.
● Pada 1077 Malik Shah memberikan otonomi khusus
kepada kesultanan Seljuq Rum yang beribu kota Iconim
(Konya). Ia sendiri tidak ingin terlibat langsung dengan
urusan pemerintahan dan hanya menuntut untuk loyal
kepada pemerintah pusat Seljuq di Iraq. Dengan ini
kesultanan Seljuq Rum rasmi menjadi negara semi-
independen.
SENARAI SULTAN SELJUK RUM

● Kutalmish 1060–1077
● Suleyman I (Suleiman) 1077–1086
● Ab’ul Qasim 1086–1092
● Dawud Kilij Arslan I 1092–1107
● Malik Shah 1107–1116
● Rukn ad-Din Mesud I 1116–1156
TOKOH
ALP ARSALAN
• Alp Arsalan merupakan anak kepada Bey Chagri iaitu abang sulung kepada Tughul Beg

• mendapat gelaran Alp Arsalan yang bermaksud Singa berani (bahasa turki)

• mendapat gelaran ini di kalangan pasukan tentera kerana keberanian dan kemahirannya semasa
berperang

• telah meluaskan empayar seljuk hingga ke armenia dan georgia dan beliau juga telah menyerang Empayar
Byzatine dan berjaya menawan Anatolia pada tahun 1064

• Pertempuran Manzikert, atau Malazgirt, terjadi di antara Empayar Byzantine dan tentera Seljuq pimpinan
Alp Arslan pada 26 Ogos 1071 berhampiran Manzikert (kini Malazgirt, Turki, di wilayah Mus). Ia berakhir
dengan salah satu kekalahan paling teruk Empayar Byzantine dan penawanan Maharaja Byzantine
Romanos IV Diogenes.

• Dalam menjalankan pemerintahannya ia dibantu oleh Nizam al-Mulk, seorang negarawan yang paling
hebat pada masa awal pemerintahan Alp Arslan.

• kejayaan beliau yang paling ketara ialah pada Perang Manzikert yang telah melenyapkan ancaman
kerajaan Byzantine
SULEIMAN IBN QUTULMISH

❖ anak kepada Qutulmish yang tidak berjaya menentang sepupunya Alp Arselan
merebut kekuasaan Disnasti Seljuk Raya.
❖ Apabila Qutulmish meninggal, Suleyman melarikan diri bersama tiga saudaranya ke
pergunungan Taurus dan meminta perlindungan dari suku Turki.
❖ Beliau mengasaskan Seljuk Turki yang merdeka di Anatolia dan memerintah
sebagai Sultan Seljuk Rum dari 1077 hingga 1086.
❖ Selepas pertempuran Manzikert (1071), Sulaiman sebagai komander Seljuk berjaya
menguasai barat Anatolia.
❖ Pada 1975, beliau menguasai bandar Byzantin iaitu Nicaea (Iznik) dan
Nicomedia (Izmit).
❖ Pada 1977, beliau mengisyhtiharkan dirinya sebagai Sultan Seljuk Rum (Turki)
yang berpusat di Nicaea (Iznik).
❖ Sulaiman meluaskan lagi kerajaannya namun telah terbunuh berdekatan
Antioch oleh Tutush1, pemerintah Seljuk Syria. Anak Sulaiman Kilik Arslan 1
telah ditangkap dan dipindahkan ke khurasan dan dijadikan tebusan. Selepas
kematian Malik Shah 1, Kilij Arslan menubuhkan semula Kesultanan Seljuk
Rum.
MALIKSYAH
● Dibawah pemerintahan Malikshah, pewaris Alp Arslan, bersama-sama dengan dua wazir Parsi iaitu Nizam
al-Mulk dan Taj al-Mulk, negeri Seljuk ini berkembang dari Iran di timur hingga ke sempadan Empayar
Bizantin di barat.

● Beliau memindah ibu kota Seljuk dari Ray ke Isfahan.

● Memegang pemerintahan Seljuk selama dua puluh tahun.

● Sistem ketenteraan Iqta dan Universiti Nizamiyyah di Baghdad ditubuhkan oleh Nizam al-Mulk

● Tempoh pemerintahan Malikshah dikenali sebagai Zaman Kegemilangan "Seljuk Agung".

● Khalifah Abasiyah memberi gelaran kepada beliau sebagai "Sultan di Timur dan Barat" pada tahun 1087.

● Pada masa Maliksyah wilayah kekuasaan Dinasti Seljuk ini sangat luas, membentang dari Kashgor,
sebuah daerah di ujung daerah Turki, sampai ke Yerussalem. Wilayah yang luas itu di bagi menjadi lima
bahagian:
➢ Seljuk Besar (Seljuk Raya) yang menguasai Khurasan, Ray, Jabal, Irak, Persia, dan Ahwaz
➢ Seljuk Kirman berada di bawah kekuasaan keluarga Qawurt Bek ibn Dawud ibn Mikail ibn Seljuk
➢ Seljuk Iran dan Kurdistan, pemimpin pertamanya adalah mighirs Al-Din Mahmud
➢ Seljuk Syria, diperintah oleh keluarga Tutush ibn Alp Arselan ibn Daud ibn Mikail ibn Seljuk
➢ Seljuk Rum, diperintah oleh keluarga Qutlumish.
SUMBANGAN
ILMU PENGETAHUAN
● banyak universiti universiti dibina Institut Nizamiyah (kemudian menjadi universiti) adalah pusat
● pengajian format yang pada awalnya mempunyai 3 fakulti iaitu Syariah, Usululuddin dan Sains
Kemanusiaan.seperti Universiti Nizamiyah di Baghdad
● Omar Khayyam merupakan ahli astronomi islam yang hidup ketika zaman pemerintahan Seljuk.
● Beliau dan rakan-rakannya memanfaatkan balai cerap tersebut untuk melakukan penelitian hingga
akhirnya menghasilkan karya berjudul Zic-i Melikshahi atau (Buku Tabel Astronomi) dan Takim-i Jalali
(Kalendar Jalalaean)
● Buku-buku pengetahuan karya ilmuwan Muslim serta peninggalan budaya Islam.
● Beberapa ilmuwan dan budayawan terkemuka yang lahir pada masa itu antara lain; el-Juvayni, Ebu Ishak
al-Shirazi, Omer al-Hayyam, al-Bedi' al-Usturlabi, Ebu'l-Berekat Hibetullah bin Malka el-Bagdadi, Samav'el
al-Magribi.
● seorang ilmuwan bernama El-Bed' al-Usturlabi menulis bukunya yang berjudul al-Zij al-Mahmudi (Buku
Tabel Astronomi Mahmudi).
EKONOMI
● Nizam al-Mulk adalah seorang ahli dalam bidang politik iaitu seorang perdana menteri
namun beliau turut menyumbangkan pemikiran ekonomi yang dijelaskan dalam bukunya
yang berjudul “The Books of Government or Rules of The King”.
● Di dalam buku tersebut memberikan penjelasan berkaitan pentadbiran pemerintahan Islam,
perusahaan pemerintahan Islam, dan mengenai perusahaan perpajakan yang dilakukan
Kekhalifahan Islam
● menegaskan persamaan hak dalam melakukan kegiatan ekonomi.
● sistem pajak yang baik menjadi asas kepada kewangan yang stabil.
● mengurangi kekuasaan dan hak mutlak para tuan tanah, dan menjadikan pemerintah
menjadi lebih berkuasa kerana tuan tanah tidak mempunyai hak untuk menetapkan jumlah
pajak kerana hal tersebut merupakan hak mutlak pemerintah .
Atas: Terjemahan buku
“The Books of Government
or Rules of The King”.
Kiri: Buku asal
POLITIK
● Perluasan empayar
- Kerajaan Seljuk berjaya membuka dan memerintah kota Parsi, Syria dan Caucasus dan
seterusnya sebahagian besar Anatolia.
- merebut Marw dan Naishabur dari cengkraman Dinasti Ghaznah, selain itu Dinasti Seljuk
juga merhasil menguasai Balkh, Jurjan, Thabaristan, Khawarizm, Hamadhan, Rayyi, dan
pemerintah Buwaihi di bawah kendali Dinasti Seljuk.
- Seljuk berhasil menguasai sebagian besar Persia (Iran Modern) yang beribu kota di
Ishfahan.
- banyak negeri-negeri yang ditakluki oleh Dinasti Seljuk, hampir seluruh orang-orang
Turkmenistan dan masyarakat yang ada dibawah naungan Dinasti Seljuk patuh dan taat
kepada pemerintahannya.
● membahagi wilayah kekuasaan menjadi beberapa wilayah kecil dengan seorang Gabenor
SOSIAL
● perpindahan kekuasaan dari Umayyah ke Abbasiyah, wilayah Islam meluas dari timur ke
barat, meliputi Mesir, Sudan, Syam, Jazirah Arab, Iraq, Parsi sampai ke Cina. Keadaan ini
membuatkan terjadinya interaksi antara penduduk setiap daerah dengan daerah lainnya.
Interaksi ini membawa kepada proses asimilasi budaya dan peradaban setiap daerah.
● Terjadinya pertukaran pendapat, sehingga muncul kebudayaan baru .
● Pembahagian kelas dalam masyarakat Daulat Abbasiyah tidak lagi berdasarkan ras,
● Menurut jarzid Zaidan, masyarakat Abbasiyah terbahagi dalam 2 kelompok besar, kelas
khusus dan kelas umum.
● Kelas khusus terdiri dari khalifah, keluarga khalifah (Bani Hasyim) para pembesar negara
(menteri, gabenor dan panglima), kaum bangsawan bukan dari Bani Hasyim (Quraisy),
tentera dan pembantu Istana.
● Kelas umum terdiri dari para seniman, ulama, pujangga fuqaha, saudagar dan penguasa
buruh dan petani.
REFLEKSI TERHADAP
KELEMAHAN
MASYARAKAT ISLAM
SEKARANG
POLITIK

● Islam pada masa kini dikaitkan dengan unsur keganasan


● Terputusnya ikatan diplomatik antara negara luar
● Tertipu dengan agenda/propaganda Barat

EKONOMI

● Orang islam yang kurang menceburi bidang ini


● Kurang mendapat sambutan
● Kemiskinan bagi sesebuah negara islam

SOSIAL

● wujudnya budaya hedonisme


● Pemikiran islam liberal
● ketidakmampuan dalam berkomunikasi
CADANGAN MODEL
POLITIK
❏ sebagai umat islam, adab sangat dipandang tinggi yang sering kita lihat pada akhlak
yang ada pada nabi Muhammad saw.
❏ umat islam perlu menonjolkan sifat mulia tersebut dan perlu diamalkan bagi
memartabatkan agama islam yang penuh harmoni dan sejahtera
❏ pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah ini, mereka menstabilkan politik
dengan memberi perhatian yang serius terhadap pemberontakkan dan perbalahan
antara kaum.
❏ segala rusuhan akan dapat dikawal dan mengembalikan keamanan kepada negara
❏ maka apabila umat islam sendiri sedar akan tanggungjawab untuk menunjukkan
contoh yang baik nescaya unsur keganasan itu dapat dielakkan dan dijauhkan
daripada agama islam.
❏ seterusnya, perhubungan diplomatik sangat penting untuk dijalankan bagi menjamin
manfaat yang diperolehi daripada kedua dua negara
❏ sebagai contoh Kerajaan Abbasiyah telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan
Eropah iaitu Raja Charlemenge dari Perancis.
❏ kedua-dua pihak telah bertukar bingkisan malahan Raja Charlemenge pernah
membantu khalifah menghadapi Kerajaan Byzantine
❏ secara tidak langsung melalui hubungan diplomatik ini akan memberi kesan kepada
kepercayaan negara luar terhadap islam kerana sanggup membantu
❏ maka dengan itu, islam dapat dikembangkan dengan hubungan diplomatik yang
dijalankan bahkan dapat diterima baik oleh negara bukan islam di luar sana.
❏ semua umat islam diwajibkan menuntut ilmu seperti dalam hadis nabi
❏ Nabi bersabda: ”Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim”. (HR. Ibnu Majah)
❏ ini jelas menunjukkan bahawa ilmu sangat penting untuk dipelajari agar umat islam
tidak mudah diperdaya atau ditipu
❏ apabila seseorang itu dapat mempersiapkan diri dengan ilmu maka dia akan terhindar
daripada tertipu dengan orang lain bahkan ditakuti umat islam sendiri yang tertipu
dengan orang bukan islam
❏ hal ini akan mengundang pelbagai masalah dan sudah pasti akan menguntungkan
orang bukan islam
❏ misalnya pada zaman Abbasiyyah dimana berlaku perkembangan ilmu yang
menyebabkan peningkatan taraf intelektual
❏ maka kerajaan tersebut tidak mudah ditipu oleh kerajaan lain kerana keilmuan yang
dimiliki mereka
❏ oleh itu, ilmu sangat penting untuk umat islam menerajui pelbagai bidang ilmu
terutama bidang politik demi menjaga agama islam.
EKONOMI
➢ umat islam kurang dalam ilmu yang berkaitan dengan ekonomi. Di zaman “k-
ekonomi” sekarang ini, ilmu (knowledge) merupakan komponen penting dalam
pembangunan ekonomi. Sebagai orang Islam, keperluan seperti ini bukanlah
sesuatu yang asing. Islam sentiasa menggalakkan umatnya mencari ilmu
pengetahuan.
➢ Oleh itu, umat islam harus menggiatkan diri dalam bidang ekonomi dengan
berusaha menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan ekonomi agar islam
tidak dipandang remeh dengan agama lain.
➢ Mereka perlu menguasai pengurusan secara Islam yang sekarang
diimplementasikan oleh pihak lain seperti sistem perbankan secara Islam.
Penguasaan sumber juga agak penting agar umat Islam tidak meletakkan
pergantungan kepada orang bukan Islam kerana kebanyakan sumber dan bahan
yang diperlukan adalah yang halal, bersih dan dibenarkan oleh Syariat Islam.
❏ negara-negara Islam mesti sepakat dalam membangunkan kegiatan ekonomi sesama mereka
sekali gus meningkatkan ekonomi umat Islam.
❏ Buat masa ini, kebanyakan negara Islam kaya melaburkan dana mereka di barat.
❏ Terdapat banyak negara Islam yang masih mundur.
❏ Menarik minat pelabur negara maju ke negara seperti ini adalah sukar memandangkan
kemudahan infrastruktur (pendidikan, pengangkutan, sistem kewangan, dsb.) yang amat
terhad.
❏ Oleh itu, negara-negara Islam kaya mungkin boleh membantu dalam membiayai
pembangunan infrastruktur tersebut. Dengan cara ini negara-negara Islam miskin tersebut
lebih bersedia untuk menarik pelaburan daripada pelabur-pelabur negara maju.
SOSIAL
● Antara masalah sosial masyarakat Islam adalah ketidakmampuan dalam berkomunikasi sehingga
ada menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi regang.
● Oleh itu, nilai-nilai Islam mesti diamalkan oleh umat Islam peningkatan ketinggian nilai rohani dan
akhlak mulia serta perubahan sikap.
● Contohnya, bermanis muka, memberi salam, berakhlak mulia, bekerjasama dan sebagainya.
● Wujudnya komunikasi yang baik, akan mengelakkan perselisihan pendapat atau perbincangan
berkaitan dengan soal agama.
● Umat Islam juga perlu memperbaiki hubungan kasih sayang antara mereka dengan Pencipta terlebih
dahulu dan ini akan secara langsung mewujudkan hubungan yang baik antara manusia sesama
manusia.
● Sebagai contoh, dapat dilihat terdapat interaksi dari segi kebudayaan antara penduduk di Kerajaan
Sejuk.
● Dengan adanya penerapan nilai-nilai Islam ini juga mampu mengatasi pemikiran liberal dalam
kalangan umat Islam.
● Dengan ini akan menyedarkan umat Islam bahawa dalam pegangan akidah Islam, semua manusia
telah sedia mempunyai ikatan perjanjian dengan Allah SWT sejak sebelum dilahirkan ke dunia ini
lagi.
● Budaya hedonisme ini adalah pegangan atau keseronokan hidup yang bertentangan dengan nilai-nilai
agama dan norma-norma masyarakat dan mungkin wujud disebabkan oleh asimilasi budaya. Namun
asimilasi ini tidak semuanya dipandang negatif.
● Contohnya, seniman-seniman terkenal muncul pada zaman kerajaan Seljuk yang datang daripada interkasi
penduduk berlainan budaya diantaranya Ibrahim bin Mahdi, Ibrahim al Mosuly dan anaknya Ishaq.
● Gerakan dakwah agama perlu dilaksanakan dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja.
● Ulama dan pendakwah perlu berani dan bangkit menegakkan kebenaran tanpa menghiraukan tekanan dari
mana-mana pihak
● Para pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah dan mengetengahkan dakwah mereka berkaitan
dengan mengapa pegangan agama seseorang mudah luntur yang menjeruskan kepada perkara yang tidak
baik .
● para pendakwah haruslah bijak mengatur strategi untuk memantapkan iman masyarakat dengan
menerangkan bahawa agama Islam bukanlah agama yang membebankan atau menyusahkan mereka
malahan Islam adalah satu-satunya agama yang suci.
● Apabila mereka tiada pegangan agama mereka lebih gemar meniru budaya luar terutama budaya barat
yang mereka anggap moden dan terkini.
● Penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam jati diri umat Islam dalam mengukuhkan akidah
seseorang muslim itu.

You might also like