Sektor Perikanan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

SEKTOR PERIKANAN

PENGENALAN
Sebahagian besar negara-negara Asia Pasifik kaya
dengan pelbagai sumber perikanan.
Contohnya negara-negara Asia Pasifik yang maju
dengan sektor perikanan ialah Jepun, China dan
Thailand.
Malaysia menjalankan sektor perikanan namun masih di
tahap yang rendah daripada Jepun dan Thailand.
Vietnam, Indonesia, Filipina, Korea Selatan dan Utara,
Australia dan New Zealand juga menjalankan sektor
perikanan.
Jenis dan Ciri-ciri Sektor Perikanan
Perikanan Pinggir Pantai
Dijalankan di kawasan laut cetek iaitu di kawasan
pentas benua.
Jarak di pantai = tidak melebihi 32 km
Kedalaman pantai = kurang daripada 180 meter.
Diusahakan oleh nelayan yang masih menggunakan
teknologi tradisional.
Nelayan turun ke pinggir pantai dari awal pagi
sehingga waktu petang.
Jenis tangkapan seperti tenggiri, parang, bawal, bilis,
udang, ketam dan sotong.
Hasil tangkapan biasanya dalam kuantiti yang sikit.
Sebahagiannya untuk keperluan harian dan selebihnya
dijual dan hasilnya menjadi sumber pendapatan
nelayan di pinggir pantai.
Kebiasaanya nelayan di pinggir pantai terdiri daripada
golongan miskin dan tiada modal untuk
mengusahakan aktiviti perikanan ke peringkat yang
lebih tinggi. Terpaksa bergantung dengan orang
tengah untuk meneruskan kegiatan perikanandan
menyebabkan nelayan terikat dengan beban hutang
orang tengah (pemborong).
Perikanan Laut Dalam
Dijalankan di kawasan perairan antarabangsa seperti
di Lautan Pasifik, Lautan Atlantik dan Lautan Hindi.
Jarak = melebihi 32 km.
Kedalaman laut = melebihi 180 meter.
Diusahakan oleh nelayan yang terlatih dan bekerja
secara khusus dalam sektor ini.
Bergantung kepada alatan moden. Spt kapal @ bot
besar (200 tan), jentera penarik
Berada di laut selama seminggu atau lebih
Tuna, tenggiri, bawal dan ikan paus.
Hasil tangkapan adalah secara besar-besaran dan
banyak.
Untuk dieksport ke luar negara dan untuk jualan.
Digunakan untuk industri pengetinan.
Modal yang digunakan adalah besar dan setengahnya
dimiliki oleh syarikat swasta.
Perikanan Akuakultur
Merupakan subsektor yang amat penting di Malaysia.
Menyumbang kira-kira 20% daripada jumlah
tangkapan ikan di Malaysia.
2 bentuk akuakultur di Malaysia :
 Perikanan air tawar.
 Perikanan air payau dan air masin (marinkultur)
Faktor-faktor dan Kepentingan
Sektor Perikanan di Asia Pasifik
Kes Malaysia
Sektor perikanan marin masih kekal sebagai pengeluar
utama hasil perikanan di Malaysia iaitu 87% setahun.
Manakala, sektor akuakultur hanya menyumbang 13%
pengeluaran ikan negara dan berpotensi untuk
berkembang dan maju dan dibahagikan kepada
ternakan air tawar dan ternakan air payau.
Faktor-faktor yang mempengaruhi sektor perikanan di
Malaysia:
 Faktor fizikal
 Faktor ekonomi
 Faktor sosial dan kemudahan asas
 Faktor governan (dasar kerajaan)
 Faktor teknologi
Faktor fizikal.
Lautan di Malaysia yang cetek dan kaya dengan pelbagai
spesies ikan.
Keadaan pinggir pantai di Malaysia sesuai dijadikan
tempat perlabuhan perikanan.
Dijalankan di Selat Melaka.
Faktor Ekonomi
Berkembang pesat kerana adanya permintaan yang
tinggi dari dalam dan luar negara terhadap ikan
tempatan.
Pertambahan perikanan ini membolehkan kegiatan
perikanan di Malaysia dapat dimajukan.
Faktor Sosial
Dikaitkan dengan kegiatan pemakanan rakyat
Malaysia kerana ikan menjadi sumber protein utama
dengan nasi.
Faktor Governan (dasar kerajaan)
Kerajaan Malaysia memainkan peranan yang penting dalam
kemajuan sektor perikanan di Malaysia.
Contoh organisasi yang penting :
 Jabatan perikanan
 Menjalankan usaha penyelidikandan pembangunan (R&D) dgn
sokongan institusi pengajian tinggi tempatan
 Memberikan latihan dalam bidang perikanan kepada nelayan dan
penternak.
 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM)
 Membina kompleks pendaratan ikan moden yang dilengkapi dengan
bilik dingin beku dan kilang ais.
 Bertindak untuk memasarkan hasil-hasil perikanan dan menstabilkan
harga ikan.
Faktor Teknologi
Sentiasa dipertingkatkan menerusi usaha R&D yang
berterusan.
Selain R&D, teknologi perikanan juga melibatkan
penggunaan kapal-kapal yang besar untuk meneroka
lautan dalam.
Teknologi juga memberikan kesan positif kepada
pembangunan perikanan di Malaysia.

You might also like