Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Tujuan dan Kepentingan Menjaga Hak Sebagai

Pengguna
(i) Menjadi individu bermaklumat
Maklumat dapat membantu pengguna membuat pilihan
dengan bijak dan dapat mengelakkan diri daripada
melakukan pembaziran wang.

(ii) Mendapat pengguna yang tidak mudah ditipu


Pengguna yang menjaga haknya akan sentiasa bersikap
berhati-hati dan berwaspada. Mereka akan berbelanja
mengikut keperluan dan kemampuan. Mereka tidak
akan mudah terpengaruh oleh segala bentuk promosi
seperti iklan dan jualan murah.
(iii) Menjadi ahli masyarakat yang bersatu padu dan
berwibawa
Mereka akan bersatu padu dalam mengambil sesuatu
tindakan untuk menjaga kepentingan bersama.

(iv) Tidak berlaku penyelewengan oleh pengeluar


Sekiranya setiap pengguna tahu menjaga haknya sebagai
pengguna, pengeluar tidak akan melakukan
penyelewengan. Mereka akan memastikan harga barang
yang dijual berpadanan dengan kualiti, barang yang dijual
mempunyai maklumat yang lengkap dan tepat serta
selamat digunakan.
Tanggungjawab Pengeluar kepada Pengguna
(i) Harga yang berpatutan
Pengeluar harus menjual barang atau perkhidmatan pada harga
yang sepadan dengan kualiti barang atau perkhidmatan yang
ditawarkan.

(ii) Kuantiti yang tepat


Pengeluar hendaklah memastikan kuantiti barang yang dibekalkan
kepada pengguna mencukupi mengikut permintaan pengguna.

(iii) Produk yang berkualiti


Pengeluar hendaklah memastikan kualiti barang atau perkhidmatan
yang dijual bersesuaian dengan harga.
(iv) Selamat digunakan
Pengeluar hendaklah memastikan barang-barang yang
dijual berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk
digunakan.

(v) Maklumat yang tepat


Pengeluar hendaklah memberi maklumat yang lengkap
dan tepat tentang sesuatu barang atau perkhidmatan yang
dijual.

(vi) Mesra alam


Pengeluar hendaklah mengelakkan pencemaran alam
sekitar ketika menjalankan proses pengeluaran.
Sekian, Terima Kasih! 

You might also like