Menjelaskan konsep pentaksiran formatif dan sumatif
Membanding bezakan pentaksiran formatif dan sumatif Membincangkan jenis-jenis ujian Menghuraikan ujian objektif dan ujian subjektif Menghuraikan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria Menjelaskan konsep pentaksiran autentik Menghuraikan ciri-ciri, pentaksiran prestasi, pentaksiran portfolio, penilaian rakan sebaya, penilaian kendiri dan pentaksiran atas talian Pentaksiran Formatif dan Sumatif
Pentaksiran formatif ialah proses pembelajaran yang
membolehkan guru dan murid mendapatkan maklumat dan evidens pembelajaran yang bertujuan untuk penambahbaikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa atau masa hadapan. Pentaksiran sumatif ialah aktiviti atau tugasan yang digunakan untuk mendapatkan evidens dan prestasi pembelajaran murid di akhir sesuatu tempoh pembelajaran. Perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif
Kriteria Pentaksiran Formatif Pentaksiran Sumatif
Tujuan Untuk menilai perkembangan Untuk memberikan penggredan
atau tahap penguasaan sesuatu atau pensijilan bagi menentukan unit atau topik pembelajaran. kejayaan sesuatu program atau Maklum balas daripada penambahbaikan pada kurikulum. pentaksiran ini digunakan untuk penambahbaikan pengajaran guru, merancang program pemulihan, program pengayaan atau mengajar semula topik yang masih belum dapat dikuasai oleh murid. Perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif (sambung…)
Kriteria Pentaksiran Formatif Pentaksiran Sumatif
Masa Dijalankan sepanjang proses Dijalankan pada
pengajaran dan pembelajaran. penghujung fasa pengajaran dan pembelajaran seperti di akhir semester atau tahun. Kaedah Ujian kertas dan pensel, Ujian kertas dan pensel, pemerhatian, kuiz, latihan, ujian lisan atau amali sesi amali dan lain-lain kaedah yang ditadbirkan kepada yang relevan yang ditadbirkan sekumpulan murid. kepada sekumpulan murid atau individu. Perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif (sambung…)
Kriteria Pentaksiran Formatif Pentaksiran Sumatif
Contoh Kuiz, esei, ujian diagnostik, Peperiksaan akhir semester/tahun,
laporan sesi amali, rekod anekdot peperiksaan peringkat kebangsaan dan lain-lain alat pentaksiran yang seperti UPSR, PT3, SPM sesuai. dan ujian kelayakan. Ujian Objektif dan Ujian Subjektif
Ujian objektif mengandungi item-item yang
memerlukan murid memilih respons daripada senarai yang diberikan atau mengemukakan respons sendiri dan respons murid adalah bersifat dikotomus (dua kategori respons). Ujian subjektif mengandungi item-item yang mengundang subjektiviti atau pelbagai respons polikotomus (pelbagai kemungkinan jawapan) supaya murid dapat mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dikuasainya. Jenis-jenis Ujian Objektif Jenis-jenis Ujian Subjektif Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria
Ujian Rujukan Norma ialah proses pentaksiran yang
bertujuan menentukan kedudukan dan membezakan murid berbanding dengan prestasi murid lain berdasarkan statistik lengkung normal. Ujian Rujukan Kriteria menggunakan kriteria yang ditetapkan bagi pencapaian sesuatu kemahiran untuk mentaksir prestasi murid. Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria
Tujuan • Membuat perbandingan prestasi • Membuat perbandingan seseorang murid dengan murid prestasi murid dengan beberapa yang lain pada peringkat atau kriteria. tahun yang sama. • Menentukan sama ada murid • Membuat pemilihan murid untuk telah menguasai sesuatu pensijilan dan sebagainya. pengetahuan atau kemahiran. • Menambah baik dan memperbaik pengajaran dan pembelajaran. Jenis item/ Item dibina daripada peringkat Item lazimnya mempunyai soalan mudah kepada sukar. tahap kesukaran yang hampir sama berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria (sambung…)
Pelaporan Gred atau markah diberikan. Tidak diberikan gred atau markah. Kecakupan Mencakupi kandungan yang Aspek kandungan yang Kandungan luas (contoh: semua topik spesifi k (contoh: skop yang dalam mata pelajaran). kecil dalam sesuatu topik). Contoh Peperiksaan akhir semester/ Ujian, kuiz, latihan, tahun, UPSR, PT3, SPM dan tugasan semua jenis peperiksaan berpusat. Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik merujuk penilaian yang dilakukan
berdasarkan pencapaian sebenar yang dipamerkan oleh murid di dalam bilik darjah. Ia merangkumi penilaian dari pelbagai aspek seperti pengetahuan murid, pemahaman murid, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran sosial, kepekaan terhadap persekitaran, serta simulasi kepada situasi kehidupan sebenar. Pentaksiran Autentik (sambung…)
Prinsip asas pentaksiran autentik adalah seperti yang berikut:
Murid diminta untuk mengemukakan jawapan. Menggalakkan pemikiran aras tinggi. Pendekatan secara langsung untuk menilai projek dan proses mencipta produk akhir. Seiring dengan pengajaran di dalam bilik darjah. Kerja murid yang telah dikumpulkan dari semasa ke semasa. Berdasarkan kriteria yang jelas dan diberikan kepada murid. Membenarkan pelbagai interpretasi, tafsiran dan tanggapan. Murid belajar untuk menilai hasil kerja sendiri. Ciri-ciri Utama Pentaksiran Autentik
Relevan dengan kehidupan sebenar murid
Kompleks Memberikan peluang berkolaboratif Memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi Memberikan peluang kepada murid untuk menyelesaikan dari pelbagai perspektif Merentas pelbagai bidang mata pelajaran Mencabar pemikiran murid dan menghasilkan pelbagai outcome. Perbandingan antara Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Tradisional Jenis-jenis Pentaksiran Autentik Pentaksiran Prestasi
Pentaksiran prestasi merupakan aktiviti atau tugasan yang dapat
menilai apa-apa yang murid boleh buat berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka pelajari dalam keadaan dunia sebenar. Kelebihan pentaksiran prestasi termasuklah: Mengukur secara langsung Mentaksir pembelajaran secara konstruktif Diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Murid berpeluang mempamerkan keupayaan dalam pelbagai kaedah Jenis-jenis: projek, persembahan, pemerhatian, produk, amali, tugasan bertulis, buku skrap, portfolio Pentaksiran Portfolio
Pentaksiran portfolio merupakan pentaksiran yang
dilakukan terhadap satu koleksi hasil kerja murid atau evidens kemajuan pembelajaran murid yang dilakukan bersama-sama guru dan murid berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Pentaksiran portfolio dapat dijalankan dengan lebih objektif, tepat dan konsisten sekiranya rubrik yang digunakan jelas, tepat dan menyeluruh. Jenis-jenis: portfolio produk, portfolio proses, portfolio penilaian Penilaian Rakan Sebaya
Dalam penilaian rakan sebaya, murid menilai dan
memberikan maklum balas hasil kerja rakan mereka secara individu atau berkumpulan. Penilaian haruslah berdasarkan kepada kriteria rubrik atau senarai semak yang disediakan. Penilaian rakan sebaya yang berkesan memerlukan persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah yang menyokong aktiviti ini dan murid haruslah berasa selesa dan percaya antara satu sama lain. Penilaian Kendiri
Penilaian kendiri membolehkan murid membuat
penilaian ke atas pencapaian mereka dan mengenal pasti status pembelajaran mereka sendiri. Penilaian yang dilakukan oleh murid sendiri mengenai kemajuan pembelajaran mereka berdasarkan matlamat pembelajaran atau standard yang perlu dicapai. Instrumen yang digunakan dalam penilaian kendiri ini lazimnya merupakan senarai semak dan rubrik. Pentaksiran atas Talian
Pentaksiran atas talian adalah proses pentaksiran secara
elektronik dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam semua aktiviti pentaksiran termasuk maklum balas (McLoughlin & Luca, 2006). Pentaksiran atas talian juga dikenali sebagai online assessment merupakan proses pentaksiran yang dilaksanakan secara elektronik dengan penggunaan komputer dan Internet. Kebolehan kognitif biasanya dinilai menggunakan perisian e-ujian, manakala kemajuan prestasi murid yang berterusan pula dinilai menggunakan e-portfolio atau perisian simulasi. Rumusan
Pentaksiran Formatif bertujuan memperbaik dan meningkatkan
pembelajaran. Pentaksiran Sumatif bertujuan mengetahui tahap penguasaan murid. Ujian Rujukan Norma ialah proses pentaksiran yang bertujuan menentukan kedudukan dan membezakan murid berbanding dengan prestasi murid lain berdasarkan statistik lengkung normal. Ujian Rujukan Kriteria menggunakan kriteria yang ditetapkan bagi pencapaian sesuatu kemahiran untuk mentaksir prestasi murid. Pentaksiran Autentik ini ialah proses pentaksiran alternatif yang lebih luas untuk melihat perkembangan murid dengan lebih menyeluruh. Refleksi
•Sejauh mana keyakinan anda bahawa
pentaksiran Autentik dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru serta meningkatkan pemahaman pelajar dalam proses PdP?