Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

BMMB 3013 FONETIK DAN

FONOLOGI BAHASA
MELAYU
Nur Hidayatul Sofea binti Jamal
PISMP PI 3 JUN 2020
BUNYI BAHASA

• Merupakan gelombang-gelombang udara yang keluar daripada kedua-dua belah paru-paru


seterusnya melalui pita suara menuju ke rongga tekak dan akhirnya keluar terus melalui rongga
mulut atupun rongga hidung.
• Gangguan sekatan ataupun tidak boleh berlaku ketika udara melaui rongga tekak dan mulut.
• Maka, udara yang keluar itu akan terkena pada bahagian gegendang telinga dan terdengarlah
bunyi.
• Bunyi-bunyi bahasa Melayu juga terbahagi kepada tiga iaitu : ‘vokal’, ‘konsonan’, dan ‘diftong’.
BUNYI VOKAL

• Bunyi bahasa yang bersuara iaitu ketika membunyikannya, pita suara digetarkan.
• Udara keluar daripada paru-paru melalui rongga tekak dan mulut tanpa sebarang gangguan dan
sekatan.
• Dalam bahasa melayu, terdapat 6 vokal asli iaitu:-
(3 vokal depan lidah, 1 vokal tengah lidah, 2 vokal belakang lidah)
SIMBOL FONETIK HURUF VOKAL

• Terdapat enam fonem / bunyi vokal yang standard.


• Hurf-huruf / symbol-symbol yang melambangkan fonem-fonem itu adalah :-
‘ a, e, i, o, u’
CARA KELUAR HURUF VOKAL
HADAPAN

1. Vokal Hadapan Sempit (i)


- Hadapan lidah dinaikkan sehingga hampir menyentuh lelangit keras
- Hujung lidah didekatkan pada gusi
- Lelangit lembut diangkat bagi menutup rongga hidung
- Udara dari paru-paru => rongga mulut => menggetarkan pita suara tanpa sekatan => geseran kedengaran
- Bibir dalam keadaan terhampar
- Pita suara dirapatkan = udara yang keluar dapat menggetarkan selaput udara
- Contoh: itik, ikan, lari
2. Vokal Hadapan Separuh Sempit ( e )
- Hadapan lidah dinaiikan tetapi lebih rendah daripada bunyi vocal (i), kira-kira 1/3 daripada
kedudukannya semasa menghasilkan vokal depan sempit
- Lidah tidak menyekat arus udara daripada paru-paru
- Bibir dihamparkan dan glottis dirapatkan
- Lelangit lembut dinaikkan
- Udara ditekan keluar daripada paru-paru => pita suara bergetar
- Contoh: elak, ekor, ekar
3. Vokal Hadapan Separuh Luas €
- Bahagian depan lidah diturunkan 2/3 daripada kedudukan semasa menghasilkan vokal hadapan sempit
dan udara tidak menyekat arus udara daripada paru-paru
- Keadaan bibir dihamparkan
- Keadaan glottis diratakan
- Lelangit lembut dinaikkan dan udara ditekan keluar daripada paru-paru
- Pita suara bergetar
- Hadir dalam beberapa dialek
- Contoh: b€lot, b€lon, g€l€k
4. Vokal Hadapan Luas (a)
- Bahagian hadapan lidah diturunkan serendah-rendahnya
- Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung
- Kedudukan alat pertuturan yang lain sama seperti menghasilkan vocal (i) dan (e)
- Contoh: apa, pandai, siapa
TENGAH

1. Vokal Tengah Pendek (‘e)


- Bahagian tengah lidah dinaikkan kearah pertemuan lelangit keras dan lelangit lembut
- Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung
- Pita suara dirapat dan akan bergetar
- Contoh: empat, kenduri, perahu
2. Vokal Tengah Panjang
- Sama seperti vokal tengah pendek tetapi vokal ini lebih rendah
- Bunyinya lebih tegas dan panjang
- Tengah lidah dinaikkan lebih tinggi daripada keadaan semasa menghasilkan vocal separuh sempit
- Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rngga hidung
- Pita suara dirapatkan supaya bunyi yang keluara bersuara
- Hanya terdapat pada akhir perkataan
- Contoh: dia, kereta, manja
BELAKANG

1. Vokal Belakang Sempit (u)


- Menaikkan belakang lidah setinggi-tinggi yang mungkin
- Tidak menyekat arus udara daripada paru-paru
- Keadaan bibir bundar
- Glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan
- Udara ditekan keluar daripada paru-paru
- Pita suara bergetar
- Contoh: ubat, udang, ular
2. Vokal Belakang Separuh Sempit (o)
- Menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah
- Lidah tidak menyekat arus udara daripada paru-paru
- Keadaan bibir bundar
- Glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan
- Udara ditekan keluar daripada paru-paru
- Pita suara bergetar
- Contoh: obor, solo, orang
3. Vokal Belakang Separuh Luas [ )]
- Belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit
- Bentuk bibir dibundarkan
- Lidah tidak menyekat arus udara daripada paru-paru
- Glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan
- Udara ditekan keluar daripada par-paru
- Pita suara bergetar
- Hadir dalam dialek dan bahasa baku
- Contoh: oleh

You might also like