Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

FAKTOR PENYEBAB

KECACATAN DAN
IMPLIKASI
PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH: IYLIA, AUNI, HAZIRA &


S YA F I Q A H A S Y I K I N
S E BEL U M K EL A H I RA N :
• Baka merupakan faktor utama kerana mutasi dalam
kromosom telah menyebabkan berlakunya Sindrom
Down.
• Jangkitan penyakit juga merupakan salah satu
puncanya. Jangkitan ini akan menyebabkan kecacatan
di bahagian otak dan sistem saraf sewaktu proses
mengandung.
• Ibu yang menghidapi campak, rubella, atau siflis akan
menyebabkan kecacatan embrio.
• Dadah dan alkohol juga menjadi punca berlakunya
masalah ini. Dadah dapat dijumpa dalam pelbagai
bahan seperti bahan pembekuan, pencegahan
pembekuan, steroid, dan sebagainya.
• Segi pemakanan pula, zat makanan yang kurang
mampu menjejaskan perkembangan janin. Sebagai
contoh, kekurangan zat-zat penting seperti zat besi,
kalsium dan lain-lain.
• Bahan kimia atau sinaran X juga adalah salah satu
daripada puncanya. Pencemaran alam sekitar oleh
bahan kimia memberi kesan yang dalam kepada
kesihatan. Hal ini kerana, bahan kimia tersebut akan
masuk ke dalam tubuh melalui air, makanan, dan
udara.
SEMASA KELAHIRAN:
• Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang dan berat badan
kurang daripada 2.5kg mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami
kecacatan. Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan
kematangan organ dalaman janin yang sedang berkembang. .
• Peluang untuk hidup adalah tinggi bagi bayi yang usia kandungannya
adalah 21-34 minggu
• Punca utama bagi kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak
seimbang serta penggunaan dadah dan merokok.
• Selain itu, ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti
terpaksa menggunakan forcep dan vakum semasa proses kelahiran
berkemungkinan besar akan mengakibatkan kecacatan bayi.
• Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui
hubungan seks. Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di
bahagian genetalia mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi
cacat.
• Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh mencederakan otak
seseorang bayi sehingga menyebabkan kerencatan mental.
SELEPAS KELAHIRAN:

• Penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan. Penyakit


tersebut adalah seperti penyakit Encephalitis yang
disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan
akan menyebabkan kerencatan otak jika tidak dirawat.
• Persekitaran seperti kehidupan keluarga yang miskin akan
menyebabkan kekurangan kemudahan dan bahan untuk
memperkembangkan fizikal dn mental.
• Pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan
kerencatan mental kepada kanak-kanak yang terdedah
dengan logam berat seperti plumbum dan merkuri melalui
makanan atau pernafasan.
• Mereka akan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran,
masalah emosi dan sebahagiannya akan mengalami
kerencatan akal.
• Contoh bagi keracunan plumbum atau lead poisoning
ialah seperti cat rumah, paip air dan petrol.

You might also like