Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

KESANTUNAN MASYARAKAT

MALAYSIA

Kod Kursus: GSB1012


TAJUK 1: Konsep Budi Bahasa dalam
Masyarakat Malaysia (Kuliah)

Pengertian Budi
Pengertian Bahasa
Pengertian Budi Bahasa
Ciri-ciri Budi Bahasa
Budi Bahasa dalam Masyarakat Malaysia
PENGERTIAN BUDI
Pengertian Budi
-Budi berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu Budhi yang
bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia.
-merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik, mulia,
dan memberikan kebaikan kepada orang lain.
-hal ini bersesuaian dengan maksud budi yang ditakrifkan
oleh Zaidi Daud (1996), iaitu sifat yang menggambarkan
peribadi yang mulia.
Definisi Dewan Bahasa dan Pustaka

 Budi didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaan atau sifat


baik, perbuatan baik dan kebajikan (DBP:2002)
Definisi Kamus Dewan
 budi ialah akal dan kebijaksanaan, perangai, akhlak,
tingkah laku, kelakuan, watak, dan sifat baik, perbuatan
baik, kebajikan, bicara dan daya upaya
• Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa
pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang
diberikan kepada individu yang lain. Lazimnya,orang yang
menaburkan budi tidak mengharapkan balasan.

• Budi bagi masyarakat Cina ialah perbuatan yang baik kepada


orang lain yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan
balasan.

• Budi bagi masyarakat India merujuk kepada perbuatan


memberi bantuan kepada orang lain yang memerlukan bantuan
dengan sukarela.
PENGERTIAN BAHASA

 Bahasa ialah alat yang menyimpan perbendaharaan atau


himpunan memori sesuatu bangsa. Oleh itu, bahasa ialah
kenderaan yang memindahkan suatu kebudayaan dari satu
generasi kepada generasi akan datang.

 Sejenis alat yang digunakan sebagai medium untuk


berkomunikasi antara sekelompok manusia.
Pengertian Bahasa
Kamus Dewan Edisi ke-4 DBP
 sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu
kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran
 kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan
atau tulisan
 Setiap bangsa mempunyai sistem lambang bunyi yang berbeza dengan bangsa yang lain dan
menjadi medium komunikasi masyarakat dalam menjalani kehidupan dan diwarisi oleh
generasi ke generasi yang lain.
Ferdinand de Saussure (1960)
 Satu sistem isyarat abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk
berinteraksi dalam masyarakat.
 Pertuturan merupakan hasil perlakuan bahasa untuk melahirkan perasaan
 Sistem isyarat yang digunakan dalam sesuatu masyarakat bergantung kepada
sosiobudaya, politik, kepercayaan dan nilai yang didukung dalam
sesuatu masyarakat.

Noam Chomsky (1957)


 Bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak
terbatas yang terbentuk daripada unsur bahasa yang dikenali
sebagai fonem (unit bunyi terkecil yang boleh membezakan makna
kata)
 Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu sama ada dalam
bentuk perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis
yang dikatakan bersistem
 Penting untuk membolehkan penyampaian idea, fikiran, gagasan
dan pendapat dengan berkesan dan bermakna.
 Bahasa terdiri daripada sistem perlambangan & bahasa
mencerminkan kebudayaan penuturnya (Asmah Hj Omar:1993) –
ada kaitan dengan gaya hidup penuturnya.

 Asmah Hj Omar (1986)-bahasa ialah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh


rongga tekak dan rongga mulut manusia
 Mempunyai bentuk tertentu sama ada dalam bentuk buny-bunyi
perkataan, susunan-susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis
 Mempunyai bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat yang
bersistem dan sistematik
 Bahasa merupakan kebolehan semula jadi manusia dalam bentuk satu
sistem simbol bunyi suara yang arbitrari
 Harimurti Kridalaksana (1994) – bahasa adalah
sistem lambang yang arbitrari yang dipergunakan
oleh suatu masyarakat untuk bekerjasama,
berinteraksi dan mengidentifikasikan diri.
Raminah Hj Sabran&Rahim Syam (1985)
 Bahasa ialah alat untuk menyatakan perasaan, pendapat dan fikiran
 Selaras dengan pengertian Edward Sapir ;bahasa ialah satu sistem
lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari.

Lutfi Abas (1985)


 Bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik
 Bahasa merupakan satu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada
bunyi-bunyi yang diucapkan atau melalui mulut manusia, dipersetujui
bersama, dipelajari, sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya
manusia berkomunikasi.
 Simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi itu merupakan gabungan vokal
dan konsonan yang disusun secara sistematik
CIRI-CIRI BAHASA
1. Bersistem dan sistematik: Bahasa mempunyai peraturan dan pola-pola tertentu yang perlu dipatuhi dan
terdiri daripada dua sistem, iaiatu sistem bunyi dan sistem makna.
2. Arbitrari: Bahasa yang wujud dalam masyarakat tidak mempunyai peraturan khusus yang dapat mengatur
pembentukan kata-kata atau makna yang diberikan dalam sesuatu bahasa. Mekanisme yang ada hanyalah
kesepakatan yang diterima dalam masyarakat itu sahaja.
3. Vokal : bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi bersifat lisan.
4. Simbol: bunyi yang diucapkan oleh seseorang hasil daripada penggabungan simbol-simbol atau lambang
bahasa yang disusun secara sistematik. Simbol-simbol itu akan dilihat apabila bahasa itu diungkapkan
secara bertulis dan mempunyai makna yang disepakati.
5. Alat komunikasi: manusia menggunakan bahasa untuk berinteraksi dalam kehidupan seharaian.
6. Dinamis: sesuatu Bahasa terus mengalami perubahan dan perkembangan mengikut peredaran zaman.
APA BUDI BAHASA??
Budi bermaksud kebaikan yang dilakukan seorang individu dan bahasa
bermaksud sistem lambang bunyi suara yang digunakan dalam perhubungan.

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan


santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan
kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia dengan kata lain,
setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan
perasaan baik terhadap orang lain.
• ketertiban dan kesantunan seseorang
BUDI

• bunyi percakapan atau pertuturan manusia atau


BAHASA berbentuk penulisan

• Tutur kata seseorang secara tertib dan bersopan


BUDI
BAHASA
santun semasa berkomunikasi
Oleh itu, budi bahasa :
 Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP -tingkah laku serta
tutur kata yang halus (sopan), berbudi luhur, budi pekerti yang halus,
kesopanan, akhlak, pemurah
 Budi bahasa -Nilai murni yang diterima oleh masyarakat Malaysia ialah nilai
sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dna budaya
 Berbudi bahasa membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai
budi. Penting bagi menjamin keharmonian bangsa
 Oleh itu, kempen budi bahasa diadakan pada tahun 2005.
Rumusan pengertian budi bahasa

Berbudi bahasa memperkukuh TUTUR KATA


lagi pengertian budi dan
bahasa sebagai percakapan
yang baik, elok dalam tutur
kata, halus tutur kata, hormat,
bijaksana, tinggi budi bicara, PERBUATAN/
pemurah, belas kasihan, TINGKAH LAKU
beradab, bersopan santun,
bertatatertib, berbudi pekerti
mulia, tingkah laku yang baik
dan akhlak yang mulia.
Ciri-ciri Budi Bahasa
-Tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan santun
semasa berkomunikasi dengan orang lain.
- Seseorang yang berbudi bahasa mempunyai sifat ikhlas, jujur, benar, merendah
diri, pemurah, suka menolong, berjasa, dan berbakti. ( Mustafa Hj Daud, 1995 )
 Budi bahasa bukan sekadar pertuturan malah melibatkan tingkah laku. -
Masyarakat Melayu yang berpegang kuat pada adat resam dan agama
menjelmakan sifat berbudi bahasa.
- Amalan berbudi bahasa akan menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain.
 Rasulullah S.A.W menganjurkan supaya seseorang yang beriman selalu
menguasai lisannya (lidahnya ) dan membiasakan supaya berdiam diri jika lebih
baik berfaedah
 Berbudi Bahasa termausklah bersikap pemaaf, sabra, positif, kesantunan tinggi
semasa berinteraksi, tertib
Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat
Malaysia
 Konsep budi bahasa -Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan
bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.
 Menurut Amat Huhari Moin (1989), apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur sapa dengan
seseorang yang lain, bahasa yang hendak digunakan mestilah difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih
dahulu.
 Setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi
mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.
 Justeru semua nilai murni yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat dan negara merupakan nilai sejagat
yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat istiadat dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang bertamadun.
 Kesimpulannya, budi bahasa merujuk kepada tutur kata yang sopan, teratur, halus dan menyenangkan
pendengar.
Budi Bahasa Dalam Masyarakat Melayu

 Nilai budi bahasa dipandang tinggi dan dipupuk kepada anak-anak sejak kecil lagi.

 Islam merangkumi aqidah dan syariat mengandungi roh akhlak.

 Akhlak - tabiat, kelakuan, perangai, tingkah laku, adat kebiasaan.

Contoh nilai-nilai budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Melayu :

a)    Bercakap dengan lembut dan halus

b)    Menundukkan badan apabila berjalan di hadapan orang tua

c)    Memberi salam apabila bertemu

d)    Makan menggunakan tangan

e)    Bersabar
Budi Bahasa Dalam Masyarakat Cina

Ajaran Konfusius menitik beratkan budi yang luhur kepada penganutnya.

Confusius menitikberatkan pengamalan kebaikan iaitu :

 (a) Budi bahasa

(b) Kemurahan hati

( c )Kerajinan

(d) Sifat baik

Contoh nilai-nilai budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Cina :

a)    Makan menggunakan penyepit

b)    Siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan

c)    Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan

d)    Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang

e)    Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-kanak


Budi Bahasa Dalam Masyarakat India  

  Ajaran agama Hindu mementingkan budi bahasa yang mulia dalam kalangan penganutnya.

Contoh nilai-nilai budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat lndia :

a) Duduk ketika makan dan menggunakan tangan


   

b) Sentiasa menjaga ibu bapa yang uzur


   

c) Tidak bising ketika sembahyang


   

d) Sentiasa menolong orang susah


   

e) Membuka kasut ketika memasuki kuil


   
Tingkah laku yang tidak memperlihatkan
budi bahasa
1.Pemandu yang tidak bertimbang rasa, kurang sopan dan beraksi bahaya di jalan raya
2.Orang ramai membuang sampah kesilapan
3.Bercakap kasar dengan pelanggansesuka hati
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10
Budaya positif dalam masyarakat

1. Mengenang jasa ibu bapa


2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Sekian

Disediakan oleh:

Dr Sara Beden
Jabatan Pengajian Melayu
IPGK Tun Abdul Razak
Kota Samarahan Sarawak
Malaysia

You might also like