Pembinaan Dan Pengesahan Instrumen

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

PEMBINAAN DAN

PENGESAHAN
INSTRUMEN

DR ELLYZA BINTI KARIM


(PhD bidang PENGUKURAN DAN
PENILAIAN)
Objektif kajian

Peringkat 1: Reka bentuk instrumen


• Menetapkan indikator kemahiran proses sains
berdasarkan rujukan literatur
Peringkat 2: Pembinaan instrumen
• Membina instrumen Kemahiran Proses Sains
(KePSa) berdasarkan rujukan literatur dan konsultasi
Objektif kajian

Peringkat 3: Pengesahan instrumen


• Menentukan kesahan kandungan instrumen KePSa berdasarkan
kesepakatan para pakar menggunakan kaedah Fuzzy Delphi.
• Mengenal pasti kesahan konstruk pada instrumen KePSa
menggunakan analisis model pengukuran Rasch.
• Menentukan kesahan ramalan dan kesahan serentak instrumen
KePSa menggunakan nilai pekali korelasi.
• Menentukan nilai kebolehpercayaan dan indeks pemisahan
item-individu instrumen KePSa menggunakan model
pengukuran Rasch.
Objektif kajian

Peringkat 4: Pembinaan profil


• Mengenal pasti profil KPS murid berdasarkan
jantina dan lokasi menggunakan analisis kuartil
dan persentil.
1. Kesahan muka: semakan calon ujian
iaitu pelajar, semak kesilapan
teknikal, bahasa, aras soalan dll oleh
pakar atau ketua bidang.
2. Kesahan kandungan secara
4 jenis empirikal, rasional atau gabungan
empirikal-rasional. Kesahan
kesahan kandungan dibuat melalui semakan
pakar penilai. Dapatan boleh
(sebenarnya ada banyak lagi)
diperoleh melalui kaedah kuantitatif
atau kualitatif.
3. Kesahan konstruk.
4. Kesahan kriteria: dua jenis iaitu
kesahan ramalan dan kesahan
serentak.
Kerangka
pembinaan
instrumen
Kesahan isi kandungan:
Metode Fuzzy Delphi
(Untuk mendapatkan kesepakatan pakar)
Syarat 1: sekiranya d ≤ 0.2, bermaksud: kesemua
pakar mencapai konsensus
(Chen 2000; Cheng & Lin 2002)

Syarat 2: nilai peratus kesepakatan


pakar ≥ 75%
(Chu & Hwang 2008 ; Murry & Hammons 1995)
Syarat 3: nilai skor A untuk proses defuzzification ≥ 0.5
(Tang & Wu 2010)
• Terdapat beberapa kaedah untuk menentukan kesahan
kandungan.
• Salah satu kaedah yang biasa digunakan adalah
berdasarkan model Lawshe (1975) iaitu Nisbah
Kesahan Kandungan atau CVR. CVR digunakan bagi
mengukur kesahan kandungan item melalui
pengukuran empirikal.
• Umumnya, terdapat beberapa kaedah dalam penilaian
kesahan kandungan secara kuantitatif seperti Cohen’s
kappa (κ; Cohen, 1960), Tinsley – Weiss T index
(Tinsley & Weiss, 1975), rWG and rWG (J) indexes
(James, Demaree, and Wolf’s, 1993), dan r*WG(J)
(Lindell, Brandt, dan Whitney’s, 1999). Namun kaedah
ini dilihat lebih kompleks secara pengkomputeran selain
lebih fokus hanya pada persetujuan antara panel pakar
secara umum.
Kesahan konstruk
Analisis Faktor
• Dalam sains sosial, kita cuba mengukur sesuatu yang tidak boleh
diukur secara langsung iaitu pemboleh ubah terpendam (latent
variables).
• Cth: tahap kecerdasan menghadapi cabaran (konstruk kawalan,
kepunyaan, jangkauan, ketahanan)
Model Pengukuran Rasch

Jadual 1: Analisis unidimensionaliti konstruk KPS asas dan bersepadu


Subkonstruk Jumlah Analisis komponen Tahap gangguan item Nilai
item prinsipal (PCA) dalam kontras satu Eigen
KPS Asas 42 47.3% 3.4% 2.7
KPS Bersepadu 26 52.8% 4.7% 2.6

• Keseluruhan KPS mengatasi syarat pertama iaitu PCA melebihi 20


peratus (Reckase 1979)
• Bagi syarat kedua iaitu tahap gangguan item yang seharusnya berada di
bawah nilai 15 peratus
• Syarat ketiga pula iaitu nilai Eigen menunjukkan nilai Eigen keseluruhan
4.1. Nilai dapatan kurang daripada lima menunjukkan tidak wujud
dengan jelas dimensi kedua (Linacre 2005). us (Fisher 2007)
Kesahan kriteria

Panduan kekuatan korelasi merujuk Cohen


(2003) iaitu antara 0.10-0.29 mewakili perhubungan
yang lemah, antara 0.30-0.49 sebagai perhubungan
sederhana manakala di atas 0.50 sebagai
perhubungan yang kuat.
1. Adakah wujud perhubungan
antara min KePSa dengan min
SPSI bagi aspek kesahan
serentak?
Ho: Tidak terdapat korelasi antara
Kesaha min KePSa dengan min SPSI
H1: Terdapat korelasi antara min

n KePSa dengan min SPSI

2. Adakah wujud perhubungan

kriteria antara min KePSa dengan markah


sains bagi aspek kesahan
ramalan?
Ho: Tidak terdapat korelasi antara
min KePSa dengan markah sains
H1: Terdapat korelasi antara min
KePSa dengan markah sains
Kesahan serentak

Terdapat
korelasi positif
pada tahap
kuat, r = 0.613,
n = 514, p
< 0.01

Kesahan serentak antara min instrumen KePSa dengan


min instrumen SPSI (Arnold & Bourdeau 2009)
Kesahan ramalan

Terdapat
korelasi
positif pada
tahap kuat,
r = 0.520, n
= 514, p
< 0.01

Kesahan ramalan antara min instrumen KePSa


dengan markah percubaan UPSR sains
Kebolehpercayaan
• Nilai kebolehpercayaan item bagi instrumen KePSa
adalah tinggi dan kuat untuk diterima kerana
melebihi 0.80 (Bond & Fox 2015).
• Ini menunjukkan item-item ini mempunyai
ketekalan apabila ditadbir berulang kali kepada
kumpulan responden lain tetapi mempunyai
kebolehan yang hampir sama.
• Kebolehpercayaan item yang tinggi juga
menunjukkan kecukupan item untuk mengukur apa
yang sepatutnya diukur (Azrilah et al. 2013).
  Pengujian 1 Pengujian 2
  Pengasingan Keboleh- Pengasingan Keboleh-
percayaan percayaan
       
Item 11.70 0.99 12.71  0.99

Individu 5.03  0.96 5.41 0.97 


   
Cronbach α 0.97 0.97
• Kebolehpercayaan menunjukkan kecukupan item untuk
mengukur apa yang sepatutnya diukur.
• Pengasingan item mengesahkan hierarki kesukaran item
instrumen.
• Pengasingan individu menunjukkan bahawa instrumen cukup
sensitif untuk membezakan antara individu pada prestasi
berbeza.
• Nilai indeks pengasingan individu dan item melebihi dua adalah baik
(Jones & Fox 1998) manakala lebih daripada 5 dikategorikan sebagai
cemerlang merujuk Fisher (2007).
• Indeks pengasingan menunjukkan bilangan strata kebolehan individu
dan kesukaran item.
• Indeks pengasingan individu bertujuan untuk menganggarkan
kebolehan sesuatu instrumen untuk mengelaskan individu kepada
beberapa tahap dalam konstruk yang diukur.
• Indeks pengasingan item pula bertujuan untuk menganggarkan
kebolehan individu dengan mengasingkan kesukaran item kepada
beberapa tahap dalam konstruk yang diukur (Wright & Masters
2002).
• Menurut Boone et al. (2014), nilai indeks pengasingan individu yang
rendah menandakan instrumen tidak cukup sensitif untuk
membezakan individu berpencapaian tinggi dengan rendah. Lebih
item diperlukan manakala indeks pengasingan item yang rendah
menandakan saiz sampel tidak mencukupi untuk mengesahkan
hierarki kesukaran item.
TERIMA
KASIH

You might also like