Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

TEMA:

PENJAJAHAN KUASA ASING

PENYATAAN MASALAH:

KESAN SOSIAL EKONOMI SELEPAS


KEDATANGAN KUASA BARAT

TAJUK:
KEBUDAYAAN MASYARAKAT MAJMUK DI
TANAH MELAYU
OBJEKTIF KAJIAN:
1. Memberi kesedaran kepada pelajar untuk
melengkapkan diri bagi menghadapi dan menangani
pelbagai cabaran kehidupan dalam masyarakat majmuk.

2. Generasi masa kini perlu bersama-sama mengekalkan


keamanan negara dengan menunjukkan sikap perpaduan

yang jitu.
SAMBUNGAN...
3. Memahami dan mempelajari budaya kaum yang lain
untuk mengelakkan sifat prejudis sesama mereka.

4. Menghargai jasa dan sumbangan nenek moyang mereka


yang telah bersusah payah datang ke Tanah Melayu untuk
mencari kehidupan yang baru dan memberi peluang untuk
mejadi warganegara Tanah Melayu.
PENGENALAN
Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir
berdasarkan pendekatan ‘pecah dan perintah’ di Tanah Melayu.
Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan
budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan
kaum-kaum lain tidak digalakkan. Hasilnya terbentuklah
masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini dari
semasa ke semasa.
Kini, Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan
etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian Kaum dan Etnik
inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya dari segi perayaan
yang disambut, makanan dan pakaian.
KEBUDAYAAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH MELAYU

PERAYAAN KAUM MELAYU


HARI RAYA AIDILFITRI
 Kaum melayu khususnya yang beragama Islam di Malaysia
akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal dalam
tahun Hijrah.
 Sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya
Puasa. Hari raya ini disambut setelah menghabiskan
kewajipan puasa pada bulan Ramadan.
 Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya
apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada
penghujung bulan Ramadan.
HARI RAYA AIDILADHA

 Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari
Raya Haji merupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh
umat Islam di dunia.
 Hari raya ini menandakan berakhirnyatempoh mengerjakan
ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan
wukuf diArafah.
 Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10
Zulhijjah pada setiap tahun.
 Bulan ini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

 Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud


hari lahir seseorang.
 Apabiladisebut 'Maulidur Rasul', umum memahami ungkapan ini
bermaksud hari keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad
S.A.W.
 Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada
20April tahun Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah.
 Hari maulid ini dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia, oleh itu
negara kita turut memuliakan dan merayakan hari maulid.
 Hari maulid ini menjadi hari cuti umum di negara kita kerana
agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini.
KAUM MELAYU
MAKANAN ATAU JUADAH KAUM MELAYU

Antara tradisi makanan juadah bagi kaum melayu ialah nasi lemak, lemang, pulut
kuning, sate, rendang, karipap dan sebagainya .
Makanan ini biasanya dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke
rumah.
PAKAIAN KAUM MELAYU

Antara pakaian kaum melayu bagi wanita ialah baju kurung, kebaya
dan kurung Riau.
Manakala, pakaian kaum lelaki ialah baju melayu, kurta, dan baju
cekak musang.

KEBUDAYAAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH MELAYU

PERAYAAN KAUM CINA


TAHUN BARU CINA
 Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di
Malaysia yangmenandakan kedatangan tahun baru menurut kalender
mereka.
Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka
iaitu tikus , lembu,harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet,
ayam jantan, anjing dan babi.
 Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk
mengeratkan perhubungan sesama keluarga.
Pemberian ‘angpau’ juga dilakukan oleh mereka yang sudah
berumahtangga.
Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun
Baru Cina
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Makan bersama-sama ahli


keluarga
Pemberian Angpau
PERAYAAN CHAP GOH MEH

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei
disambut sebagaimenandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.

Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara sembahyang


secara besar-besaran,di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan
makan besar bersama keluarga. Bunga apidibakar dan tanglung dinyalakan bagi
meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para
gadis akanberpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar
mendapat pasangan yangsecucuk.

Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan
doa untukmendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan
agar mereka mendapatpasangan yang sesuai.
PERAYAAN KUIH BULAN

Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan


kelapan pada kalender Cinaiaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan
September. Perayaan Kuih Bulan disambut denganperarakan tanglung
pada malam perayaan.

Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan


Kuih Bulan itu sendiri. KuihBulan itu diperbuat daripada adunan manis
yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai,atau kuning telur
masin.
MAKANAN KAUM CINA
Masyarakat kaum cina mempunyai makanan tradisional
sendiri yang membawa maksud dan lambang tersendiri.
Makanan tradisional ini telah diwarisi secara turun-temurun
dalam masyarakat cina supaya tidak pupus.
 Antara makanannya ialah Char Koay Teow, Kuih Bakul, kuih
bulan, dan Yee Sang.
PAKAIAN KAUM CINA
 Pakaian tradisional bagi kaum Cina ialah Samfu dan Ceongsam.
Pakaian ini dipakai sempena menyambut Tahun Baru Cina.
KEBUDAYAAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH MELAYU

PERAYAAN KAUM INDIA

Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan


perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu
di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan
Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang bererti cahaya
dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan.
Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi
dalam kalendar Tamil antara bulan Oktober dan November.     Pada
hari yang bermakna bagi penganut agama Hindu, Sikh dan Jain,
kebanyakan daripada mereka akan menghias rumah dengan pelita
dan mercun akan dibakar.
Selain itu, mereka akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada
ahli keluarga, sanak-saudara, dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya,
mereka akan melakukan upacara sembahyang dan kegamaan.
KOLAM MENJADI PENYERI RUMAH

Hiasan 'kolam' ini merupakan lambang penyembahan dewa


Lakshmi. Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan
mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan 'kolam' di
pintu masuk rumah mereka.
MAKANAN KAUM
INDIA
Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini bukan
sahaja diminati oleh kaum  India tetapi juga masyarakat lain di
negara ini.
Dalam masyarkat India, manisan sering menjadi acara pembuka
sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaaan.
Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan,
nilai positif daan kesejahteraan yang berpanjangan.
Antara makanan lain bagi kaum India ialah maruku, kari, dhal,
thosai, idli dan kuih vadhai.
PAKAIAN KAUM INDIA

 Pakaian tradisional bagi kaum India ialah sari untuk wanita dan
dhoti untuk lelaki.
Pakaian ini kebiasaanya di pakai sempena Hari Deepavali dan
sambutan perayaan keagamaan bagi kaum Hindu.
USAHA MENGEKALKAN PERPADUAN
MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH MELAYU

Antaranya memantapkan lagi penggunaan bahasa


Melayu khususnya melalui sistem pendidikan sama ada di
peringkat sekolah termasuk sekolah vernakular hingga ke
peringkat pendidikan tinggi.

Selain itu, kepelbagaian agama, budaya dan adat resam


sesuatu kaum haruslah dihormati dan dipelihara. Setiap
individu berhak mengamalkan adat resam kaum masing-
masing dengan harmoni. Contohnya, melalui cara mereka
berpakaian, amalan beragama dan perayaan.
SAMBUNGAN...

Selain itu amalan ziarah-menziarahi, tolong–menolong


dan semangat kejiranan terutama dalam kalangan pelbagai
kaum perlu dijadikan budaya kita.
Perpaduan kaum juga boleh dipupuk melalui amalan
bersukan. Contoh terbaik ialah menjadikan minggu ke dua
bulan Oktober setiap tahun sebagai hari aktiviti sukan di
tempat tinggal kita seiring dengan penganjuran Hari Sukan
Negara.
 Sewajarnya sikap saling menghormati dan memahami
budaya sesama kaum ini perlu dipertahankan demi
kesinambungan perpaduan negara. Amalan ini bukan sahaja
menggambarkan persefahaman malah meningkatkan lagi
kemesraan sesama kaum.
KESIMPULAN
Dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di
Malaysia. Ia telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan
budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang
berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar


bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita
telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa
sahaja yang kita kecapi masakini.
SEKIAN.
TERIMA KASIH…

You might also like