Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PEMAKANAN

SIHAT

P E N D I D I K A N K E S I H ATA N
4 T A Q WA
J U M A AT
11 . 0 9 . 2 0 2 0
1 0 . 4 5 - 11 . 1 5 PA G I
VIDEO PEMAKANAN SEIMBANG & PIRAMID MAKANAN
1) Apakah dia Piramid Makanan?
• Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan
jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.

2) Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?


• Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada 4 aras yang
berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:

3) ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian
• Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat
kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan
vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada
kumpulan iniperlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi,
bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan
kentang.
ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan
• Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan
serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.

ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang
• Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B,
zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan
ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan
serat.
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.
• Hasil Tenusu
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya
dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula
• Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.
Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan
4) Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?
Aras 1 >>> (8-12 sajian)
Aras 2 >>> (3-5 sajian)
Aras 3 >>> (2-3 sajian)
Aras 4 >>> (1-2 sajian)

5) Apakan dia saiz sajian?


• Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat
yang serupa dan boleh ditukar ganti .
PIRAMID MAKANAN MALAYSIA
KUIZ
Sila tekan link di bawah untuk menjawab soalan kuiz

• https://quizizz.com/admin/quiz/5e9eabb47f17f6001b0cfd18/pendidikan-kesihatan-pemakanan-sihat
• https://wordwall.net/ms/resource/2397624/menu-sihat
• https://wordwall.net/ms/resource/1693458/makan-sihat-badan-sihat
• https://wordwall.net/ms/resource/1083092/kelas-4-topaz-pilih-jawapan-yang-betul-tentang-pemakanan-sihat
• https://wordwall.net/ms/resource/2054383/piramid-makanan
• https://wordwall.net/ms/resource/3023322/aras-piramid-makanan
• https://wordwall.net/ms/resource/1390200/piramid-makanan
• https://wordwall.net/ms/resource/1212202/ulangkaji-bersama-cikgu-ayu-piramid-makanan
PENGUKUHAN

You might also like