Penaakulan Matematik - Pengenalan (Baru)

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Penaakulan

Penaakulan Matematik
Matematik
MTES 3023

Murugiah Velayutham/ TCG 1


Pengenalan
• Pelajar boleh menghubungkaitkan satu
pernyataan kepada pernyataan lain dan boleh
membuat rumusan daripada pernyataan-
pernyataan yang diberi.
• Proses ini dinamakan pemikiran logik atau
LOGIK.
• Tujuan di sini adalah untuk membolehkan para
pelajar memperkembangkan pemikiran logik
mereka kepada penaakulan matematik.
• Proses ini dapat membolehkan pelajar
membuat keputusan yang tepat dalam
menyelesaikan masalah harian yang penting.

Murugiah Velayutham/ TCG 2


Asas LOGIK
• Perkara yang paling penting dalam LOGIK ialah
PERNYATAAN.
• Pernyataan merupakan ayat yang mewakili
sesuatu maklumat.
• Bukan semua ayat adalah Pernyataan.
• Ayat-ayat boleh diklasifikasikan sebagai
pernyataan jika kita boleh tentukan ianya benar
atau palsu.
• Suatu ayat boleh jadi satu penyataan yang
benar atau palsu tetapi bukan kedua-duanya.

Murugiah Velayutham/ TCG 3


Asas Logik
(a) Gajah adalah mamalia.
Ini adalah satu pernyataan kerana kita boleh
tentukan samada ia benar atau salah. Dalam hal
ini, ia adalah benar, kita namakannya
pernyataan benar.
(b) Singa boleh berlari sepantas harimau bintang.
Ini adalah juga satu pernyataan kerana kita
boleh tentukan kebenarannya. Dalam hal ini, ia
adalah salah, kita namakannya pernyataan palsu.

Murugiah Velayutham/ TCG 4


Asas Logik
(c) Anda sangat hebat !
Ini bukan satu pernyataan kerana kita tidak boleh
menentukatan kebenaranya. Ini adalah ayat seruan.

(d) Boleh saya pinjam buku anda?


Ini pun bukannya pernyataan tetapi satu soalan.
(e) Sebuah Kapalterbang terbang sepantas 300 km/j.
Ini adalah satu pernyataan sebab kita boleh
tentukan samada ia benar atau salah.
Cuba yang ini: 12 + 5 = 18 ---- Pernyataan?
123 = 12 x 12 x 12 ---- Pernyataan?
Murugiah Velayutham/ TCG 5
Pengkuantiti
Pengkuantiti adalah perkataan-perkataan yang boleh
menentukan bilangan objek yang terlibat:

“Semua” : Pengkuantiti “semua” dalam ayat menyatakan


semua objek terlibat. Jika ada satu objek yang tidak
benar dalam pernyataan, ia akan menukarkan pernyataan
benar kepada pernyataan palsu.

“Sebilangan” : Pengkuantiti “sebilangan” dalam satu ayat


menerangkan hanya sebahagian dan bukan semua objek
yang terlibat.

Murugiah Velayutham/ TCG 6


Pengkuantiti
Cuba kita lihat beberapa contoh:
(a) Semua nombor Oleh kerana semua nombor genap boleh
genap boleh dibahagi 2, maka pernyataan ini adalah
dibahagi 2 benar.
(b) Semua pokok yang Terdapat sebilangan pokok yang tidak
tidak berbunga berbunga yang membuat makanannya
tidak membuat sendiri. Oleh kerana ada sebilangan
makanannya objek yang bercanggah dengan
sendiri. pengkuantititi “semua”, maka pernyataan
ini adalah palsu.
(c) Sebilangan sudut Terdapat sebilangan sudut refleks yang
refleks adalah kurang daripada 270o, tetapi olehkerana
lebih besar pengkuantiti yang digunakan ialah
daripada 270o “sebilangan”, pernyataan itu adalah
tetapi kurang pernyataan benar.
daripada360o.

Murugiah Velayutham/ TCG 7


Pengkuantiti
Contoh:
(a) Kuasadua bagi semua nombor nyata ialah positif
-Adakah pernyataan ini benar?
-Olehkerana tidak ada nombor negatif bagi sebarang
nombor kuasadua, pernyataan ini adalah benar.
(b)Semua nombor yang berakhir dengan 2 boleh dibahagi
tepat dengan 4.
- Ujudkan semua nombor yang berakhir dengan 2
sebagai contoh 12, 22,32 dsb....olehkerana 22 tidak
boleh dibahagi tepat dengan 4, pengkuantiti “semua”
dalam pernyataan ini telah menjadikan pernyataan
ini “palsu”.
Murugiah Velayutham/ TCG 8
Pengkuantiti
Untuk memperkukuhkan lagi pemahaman, cuba bina
pernyataan dengan menggunakan pengkuantiti yang sesuai.
Ini dapat dilakukan dengan memperkenalkan konsep:
Objek: Subjek yang dibincangkan
Sifat: Ciri objek berkenaan
Example:
Objek: Set
Sifat: Mempunyai unsur
Jadi, sesuatu pernyataan boleh dibina dengan mengenal pasti
pengkuantiti yang betul-betul menghubung dengan tepat objek
dan sifat.
Oleh sebab bukan semua set mempunyai unsur,
maka pernyataan yang tepat adalah
sebilangan set mempunyai unsur.
Murugiah Velayutham/ TCG 9
Penafian Pernyataan
Perkataan “bukan” atau “tidak” boleh menafikan
kebenaran sesuatu pernyataan. Ini dikatakan penafian.
Example 1:
•3 ialah faktor bagi 12 [pernyataan benar]
•3 bukan faktor bagi 12 [pernyataan palsu]
Example 2:
•Segiempat sama mempunyai 4 sisi yang sama.
[pernyataan benar]
Segiempat sama tidak mempunyai 4 sisi yang sama
[pernyataan palsu]

Murugiah Velayutham/ TCG 10


Penafian Pernyataan
1. Simbol bagi penafian adalah (~).
2.Simbol “~p” mewakili “bukan p” atau “tidak p” atau
“songsangan bagi p”.
3. Simbol “~p” akan menukar nilai bagi p.

Jadual di bawah menunjukkan Jadual Kebenaran bagi


p and ~p:
p ~p
Benar Palsu
Palsu Benar

Murugiah Velayutham/ TCG 11


Pernyataan Bergabung
(a) Pernyataan Bergabung dengan perkataan “DAN”
Pernyataan 1 Segitiga mempunyai 3 bucu

Pernyataan 2 Segitiga mempunyai 3 sisi


Pernyataan Bergabung Segitiga mempunyai 3 bucu
dan sisi

Mengenalpasti 2 pernyataanyang bergabung:


4 dan 5 adalah faktor bagi 20
Objeck 4 dan 5
Sifat faktor bagi 20
Pernyataan 4 ialah faktor bagi 20
5 ialah faktor bagi 20

Murugiah Velayutham/ TCG 12


Pernyataan Bergabung
(b) Pernyataan Bergabung dengan perkataan “ATAU”
Pernyataan 1 Februari ada 28 hari
Pernyataan 2 Februari ada 29 hari
Pernyataan Bergabung Februari ada 28 atau 29
hari

Pernyataan 1 1/10 boleh ditulis sebagai 10%


Pernyataan 2 1/10 boleh ditulis sebagai 0.1
Pernyataan Bergabung 1/10 boleh ditulis sebagai 10%
atau 0.1

Murugiah Velayutham/ TCG 13


Simbol dan Jadual Kebenaran
(a) Nilai benar bagi Pernyataan Bergabung
menggunakan “DAN”
Pernyataan Bergabung Segitiga mempunyai 3 bucu dan sisi
Pernyataan 1 Segitiga mempunyai 3 bucu Benar
Pernyataan 2 Segitiga mempunyai 3 sisi Benar
Nilai Benar Pernyataan Bergabung adalah Benar

Pernyataan Bergabung 5 adalah lebih besar daripada 6 dan 5 adalah


nombor perdana
Pernyataan 1 5 adalah lebih besar daripada 6 Palsu
Pernyataan 2 5 adalah nombor perdana Benar
Nilai Benar Pernyataan Bergabung adalah Palsu

Murugiah Velayutham/ TCG 14


Simbol dan Jadual Kebenaran
(a) Nilai benar bagi Pernyataan Bergabung
menggunakan “DAN”
Pernyataan Bergabung 92 > 100 dan 100 = 99
Pernyataan 1 92 > 100 Palsu
Pernyataan 2 100 = 99 Palsu
Nilai Benar Pernyataan Bergabung adalah Palsu

p q P and q
Benar Benar Benar
Benar Palsu Palsu
Palsu Benar Palsu
Palsu Palsu Palsu

Murugiah Velayutham/ TCG 15


Simbol dan Jadual Kebenaran
(b) Nilai benar bagi Pernyataan Bergabung
menggunakan “ATAU”
Pernyataan Jumlah dua nombor positif atau hasil darab dua nombor
Bergabung negatif adalah positif
Pernyataan 1 Jumlah dua nombor positif adalah positif Benar
Pernyataan 2 Hasil darab dua nombor negatif adalah Benar
positif
Nilai Benar Pernyataan Bergabung adalah Benar

Pernyataan Satu nombor dengan digit akhirnya 4 atau 16 adalah


Bergabung gandaan bagi 16
Pernyataan 1 Satu nombor dengan digit akhirnya 4 adalah Palsu
gandaan bagi 16
Pernyataan 2 Satu nombor dengan digit akhirnya 16 adalah Palsu
gandaan bagi 16
Nilai Benar Pernyataan bergabung adalah Palsu

Murugiah Velayutham/ TCG 16


Simbol dan Jadual Kebenaran
(b) Nilai benar bagi Pernyataan Bergabung
menggunakan “ATAU”
Pernyataan Bergabung 4 Є {nombor genap} atau 4 Є {nombor
perdana}
Pernyataan 1 4 Є {nombor genap} Benar
Pernyataan 2 4 Є {nombor perdana} Palsu
Nilai Benar Pernyataan Bergabung adalah Benar

p q P and q
Benar Benar Benar
Benar Palsu Benar
Palsu Benar Benar
Palsu Palsu Palsu

Murugiah Velayutham/ TCG 17


Implikasi
Sifat sesuatu pernyataan mungkin akan menghubungkan objeknya
kepada yang lain dan ini dikenali sebagai implikasi.
Biasanya , kita akan gunakan pernyataan dalam bentuk
“jika p, maka q” di mana p dikenali sebagai antejadian dan q is the
jadian.
Untuk menjelaskan dengan lanjut, “antejadian” boleh dijelaskan
sebagai “sebab” dan akibat sebagai “akibat”.
Contoh:
Kuasa dua suatu nombor adalah genap jika nombor berkenaan
adalah genap.
Implikasi:
(a)Jika suatu nombor itu genap, maka kuasadua nombor tersebut
juga adalah nombor genap; dan
(b) Punca kuasa dua suatu nombor genap harus juga menjadi
nombor genap.
Murugiah Velayutham/ TCG 18
Implikasi
Di bawah implikasi, objek mesti memenuhi sifat.

Ia boleh ditulis: p q
Bermaksud p q dan q p

Contoh:
Satu segitiga adalah segitiga sama jika dan hanya jika
setiap sudut pedalamannya ialah 60o.
“Jika dan hanya jika” setiap sudut segitiga adalah 60o,
maka setitiga tersebut adalah segitiga sama.
Ini menunjukkan terdapat hanya satu keadaan bagi segitiga
sama.

Murugiah Velayutham/ TCG 19


Akas bagi Implikasi
1. Akas bagi implikasi adalah songsangan bagi implikasi
yang asal dan ia tidak semestinya benar.
2. Akas implikasi mungkin akan menukar nilai benar bagi
implikasi asal.
Contoh:
• Implikasi: “jika p, maka q”
• Akas bagi implikasi: “jika q, maka p”
Contoh:
• Implikasi: Jika satu integer boleh dibahagi tepat oleh 4,
maka ia boleh dibahagi tepat oleh 2 Benar
• Akas Implikasi: Jika suatu integer boleh dibahagi tepat
oleh 2, maka ia boleh dibahgi tepat oleh
4 Palsu

Murugiah Velayutham/ TCG 20


Premis dan Hujah
1. Bahagian ini akan memperkenalkan cara sistematik dan
teratur untuk membuat kesimpulan dengan penghujahan
daripada pernyataan yang diberi.
2. Kita harus mengenalpasti perkara-perkara penting yang
akan membawa kita membuat kesimpulan.
3. Perkara-perkara penting tersebut adalah dikenali
sebagai premis.
Contoh Hujah 1:

Premis 1 Semua A adalah B

Premis 2 C adalah A

Kesimpulan C adalah B

Murugiah Velayutham/ TCG 21


Premises/subjects under Consideration
Contoh Hujah 2:

Premis 1 Semua pelajar perempuan Muslim


memakai tudung
Premis 2 Ani pelajar perempuan Muslim

Kesimpulan Ani memakai tudung

Contoh Hujah 3:

Premis 1 Semua segiempat sama mempunyai


pepenjuru yang sama panjang
Premis 2 ABCD adalah segiempat sama

Kesimpulan ABCD mempunyai pepenjuru yang sama


panjang

Murugiah Velayutham/ TCG 22


Deduksi and Aruhan
Deduksi didefinisikan sebagai satu proses membuat
keputusan khusus berdasarkan pernyataan umum.
Aruhan didefinikan sebagai satu proses membuat keputusan
umum berdasarkan pernyataan-pernyataan khusus.
Contoh: Semua titik yang terletak pada lilitan bulatan
adalah sama jarak dari pusat bulatan, O.
P dan Q adalah dua titik pada lilitan bulatan.
Deduksi: P dan Q adalah sama jarak dari pusat bulatan, O
“PO = OQ”
Contoh:
Kes Spesifik: 1 + 2 = 3, 2 + 3 = 5, 3 + 4 = 7, 5 + 6 = 11
Anggapan : 1 + 2, 2 + 3 adalah jumlah dua integer berurutan
Aruhan: Jumlah dua integer berurutan adalah
nombor ganjil.
Murugiah Velayutham/ TCG 23

You might also like