Perang Qadisiah 3

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 39

Perang Qadisiyah

Miss merahjambu
Gambar yang dipaparkan rekaan semata-mata berlandaskan sejarah perang Qadisiyah suatu ketika dahulu.
Diharapkan lakonan semula dipaparkan dalam sudutan cerita memberi ikhtibar kepada kita.
Nanti dulu…
How and why perang qadisiyah boleh berlaku?

• KEJAYAAN Khalifah Abu Bakar as-Siddiq (10-13H) menyelesaikan pemberontakan


golongan riddah dan nabi palsu pada zamannya, telah membolehkan Khalifah Umar al-
Khattab (13-23H) meluaskan wilayah Islam di luar Jazirah Arab. Antara sasaran
Khalifah Umar al-Khattab ialah dua kuasa besar iaitu Rom di barat dan Parsi di timur
Tanah Arab.
• Khalifah Umar al-Khattab telah menemui Mutsanna bin Harithah, Abu Ubaid ats-Tsaqafi
dan Sulaith bin Qais al-Ansari untuk menggerakkan cadangannya menakluk Iraq
• Rancangan menguasai Iraq ini sangat penting dalam sejarah Islam kerana ia menjadi
pintu masuk bagi menghancurkan Parsi. Bahkan ia menjadi perlaksanaan terhadap
janji Nabi SAW kepada Suraqah bin Malik untuk memakaikan gelang Kisra Parsi
kepadanya.
Sebelum berlakunya perang Qadisiyah, ada perang Buwaib dan perang
Yarmouk.

• Perang Buwaib = 14 Ramadan 13H, mendepani kekuatan Parsi untuk


membuka Iraq. Tentera Islam dan Parsi dipisahkan oleh sungai Furat. Tentera
Islam diketuai oleh Mutsanna Bin Harithah. Perperangan tercetus dalam
pelbagai penjuru, sehingga ada tentera Islam berjaya masuk dalam pasukan
Parsi menyebabkan pasukan Parsi mula berpecah dan mundur. Seramai
100,000 tentera Parsi terbunuh. Lalu menguasai wilayah-wilayah Parsi =
pasar di Khanafis, Baghdad, Shifin…
• Siri-siri kekalahan Parsi ini telah membolehkan pengaruh Islam melebar
cepat ke wilayah Majusi itu sehingga membawa kepada Perang Qadisiyah.
Latar belakang
• Tahun ke-14 Hijrah.
• Pertempuran paling hebat di antara tentera Islam dengan Parsi di era
pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab RA.
• Panglima perang yang disegani, Sa’ad bin Abi Waqqas RA,
• Panglima tentera Mahjusi dari Parsi, Rustum bin Farrukhzad al-Armani. 
• Tentera Islam = 30,000 - 36,000 orang,
- 300 lebih (para sahabat Nabi SAW),
- 70 lebih, ahli Badar,
- 700 orang anak-anak para Sahabat RadhiyaAllahu ‘anhum
• Tentera Parsi = sekitar 80,000 orang.
- Riwayat lain kata (120,000 orang berserta 33 ekor gajah.
• Dalam peperangan ini, Sa’ad bin Abi Waqqas RA tidak dapat
menyertai tentera Islam untuk berperang secara lansung kerana
keuzuran yang menimpanya.
• Dia telah memberi arahan kepada tentera Muslimin daripada Istana
lama yang mana dia berehat di dalamnya.
Tunggu… belum mula perang lagi…

Sebelum itu, ada berlakunya penantian


dengan penuh kesabaran yang tinggi.

Apa maksudnya?
Situasi di Parsi
• Rustum berbincang dengan Raja Parsi Yazdajir bahawa ada satu strategi untuk
menyekat tentera Islam datang ke sempadan empayar Parsi.
• Strategi Rustum:
“Pihak Parsi membuatkan pihak Islam menunggu sehingga jemu. Apabila pihak
Islam dan bosan menunggu, nanti pihak Islam akan mula datang dan
menyeberang sungai. Kemudian, pihak Parsi pula akan menyerang.”
• Strategi Hurmuzan:
“Menumpukan perhatian seorang individu, Dahulu ketika Muhammad mati,
berlaku kacau bilau murtad di sana. Lalu kita telah membantu golongan murtad
hingga kita hampir2 mengalahkan Islam. Kalaulah kita mnegupah seseorang
membunuh Umar, pasti mustad akan berlaku lagi.”
Kata-kata Rustum
• “Orang Arab berperang dengan jumlah
yang sedikit tetapi mereka mempunyai
keimanan yang kuat terhadap tujuan
peperangan yang disertai mereka.”
• “Orang Parsi sanggup mati untuk raja”
• “Orang Arab berperang dan dibelakang mereka hanya padang pasir,
sementara kita berperang mempertahankan keluarga dan kemewahan”
• “Orang Arab Iraq bersaudara dengan orang Arab lain di Madinah dan Syam,
kemungkinan mereka akan bergabung untuk membentuk tentera lebih
ramai untuk berperang”
Hurmuzan

Oleh kerana kata-kata Rustum, Hurmuzan bercadang untuk melagakan


orang Arab dan Arab Iraq agar tak bergabung dalam perang tapi sertai
Parsi.
• Maka Hurmuzan menghantar utusannya kepada orang Iraq.
Bagi rasuah kepada orang Arab, tetapi mereka menolak walaupun
mereka beragama Kristian.
“Arab mesti sokong saudara Arab,
kita mesti sokong Umar”
Add-on
Rustum dan Permaisuri Buran
• Bercinta secara rahsia
• Sering berjumpa secara diam-diam
• Rustum selalu ajak kahwin dan mahu hubungan mereka disebarkan
tetapi Buran tidak mahu kerana Rustum bukan keturunan Sasani.
• Ayah Rustum terbunuh dan gagal mendapat takhta Parsi. Kerana
Azarmidakh tidak pernah mencintai ayahnya.
Situasi di Qadisiyah
1. Saad kahwin dengan Salma
2. Peminum arak – Abu Mihjan
3. Nisryani – buah untuk Raja Parsi
4. Ibnu Ummi Makhtoom – Pemegang panji Islam
5. 3-4 orang tidak puas hati dengan keputusan Saad memilih penglima
baru
6. Puteri Shereen
THEN PASUKAN PARSI DAN ARAB…

• Ketika mana kedua-dua tentera sudah bersedia untuk bertempur,


Rustum telah meminta dihantar kepadanya seorang yang bijak dan
berilmu di kalangan tentera Islam untuk berdialog dengannya.
• OKAY.. Ceritanya,
• Maka, Sa’ad RA menghantar al-Mughirah bin Syu’bah RA untuk
berdialog dengan Rustum.
• Ketika dialog antara mereka berdua sedang berjalan, Rustum telah
mencuba untuk memujuk al-Mughirah RA agar mereka tidak diserang
dengan mengatakan mereka adalah jiran kepada umat Islam dan tidak
melakukan kejahatan terhadap umat Islam, bahkan tidak menghalang
umat Islam dari masuk dan berniaga di negara mereka.
• Al-Mughirah RA menjawab bahawa umat Islam tidak mengejar dunia,
tetapi ingin menyeru kepada Islam dan mentauhidkan Allah
seterusnya menerangkan asas-asas Islam kepada Rustum. Jika mereka
tidak mahu menerima Islam, maka mereka perlu membayar jizyah
kepada kerajaan Islam.
• Penerangan dan dakwah yang disampaikan oleh al-Mughirah serta
tawaran yang diberikan telah menarik minat Rustum. Selepas sesi
dialog tersebut, Rustum berbincang dengan pembesar-pembesar
kaumnya tentang perkara tersebut, namun mereka menolak untuk
memeluk agama Islam ataupun membayar jizyah kepada kerajaan
Islam.
• Kemudian, Sa’ad RA mengutus Rib’i bin ‘Amir RA pada hari berikutnya,
seterusnya Huzaifah bin Mihsan RA dan yang terakhir, sekali lagi Sa’ad
mengutuskan al-Mughirah RA untuk berdialog serta menyampaikan
mesej Islam kepada Rustum dan pembesar-pembesarnya. Namun,
Rustum dan pembesar-pembesarnya menolak untuk menerima Islam
atau membayar jizyah kepada kerajaan Islam.
Maka,

”KITA AKAN SERANG


MEREKA!”, RUSTUM
4 hari perang
• Setelah jalan pendamaian menemui jalan buntu, maka peperangan
antara tentera Islam dan tentera Parsi pun meletus selama lebih
kurang 4 hari.
Hari pertama
• Peperangan berlanjutan sehingga ke waktu Subuh, namun kedua-dua
pasukan kental bertahan dan tiada tanda-tanda peperangan akan
tamat. Tentera Islam menghadapi kesukaran untuk menembusi
tentera Parsi yang menggunakan gajah sebagai senjata utama dalam
tentera mereka.
Strategi perang Saad bin Abi Waqqas
Laungan Allahu Akbar 1 = Susun barisan tentera
Laungan Allahu Akbar 2 = Bersiap sedia untuk perang
Laungan Allahu Akbar 3 = Mubarazah
Laungan Allahu Akbar 4 = Serang musuh seperti tidak takut mati
Pertarungan satu lawan satu pihak Islam menang dua kali berturut. Salah satunya Ghalib bin
Abdullah Al-Laythi VS Hurmuz.
- Untuk melemahkan semangat tentera musuh.

Setelah itu, Rustum arahkan Jalinos dan tenteranya untuk mulakan serangan anak panah ke atas
pasukan Islam sayap kanan yang dipimpin oleh Bajeelah.
- Kerana Bajeelah merupakan pasukan yang kuat dan tahu taktik serangan Parsi.

Kemudian, diteruskan lagi dengan serangan tentera gajah pada bahagian sayap kanan menyebabkan
barisan depan kanan terpaksa berundur.

Bagi atasi masalah ini di bahagian sayap kanan, Saad Bin Abi Waqas
kirimkan utusan kepada Abani Asad untuk membantu Bajeelah.
Ini menyebabkan pasukan sayap kiri Parsi pun berundur.

Saad berjumpa dengan Asim Bin Amr yang cekap memerangi gajah.
Lalu Saad mencadangkan agar potong tali candu tentera
Parsi agar mereka jatuh dari gajah.

Kemudian panahkan mata gajah dan potong belalainya. (Hari ke-2)


Hari Kedua

• Pada hari kedua, umat Islam memperolehi bantuan tentera daripada


Syria yang baru selesai menghadapi peperangan Yarmuk dan
peperangan berterusan sehingga hari keempat.
Strategi perang Saad bin Abi Waqqas
Barisan tengah hadapan akan berundur ke belakang sedikit demi sedikit sehingga
musuh masuk menyelinap. Setelah musuh kena kepung, serang serentak dari kiri
dan kanan.
Pertarungan satu lawan satu dari pihak Islam berlanjutan sehingga tengahari sehingga bantuan datang
dari Syiria yang baru selesai Perang Yarmurk.
- Qa’qa Bin Amru VS Bahman Jazawayh
- Qa’qa VS Bayruzan – bila hamper kalah pasukan Parsi mula menyerang Qa’qa tapi nasib baik sempat
backup oleh tentera Islam yang lain.
Fungsi – meruntuhkan semangat tentera Parsi

Saad Bin Abi Waqa mengambil keputusan untuk menyerang serentak barisan askar tentera Parsi. Tiada
kelibat gajah digunakan. Sehingga bahagian tengah sayap kiri Parsi terdedah kepada bahaya.

Sumber dari patriots asia: Strategi tentera Islam: menghiasi unta-unta seperti raksasa yang menakutkan
membuatkan tentera Parsi kucar kacir.

Namun, kedua-dua pasukan masih belum mendapat kata putus


siapakah pemenangnya memaksa pertempuran dilanjutkan
ke hari seterusnya
Hari Ketiga
Strategi Saad Bin Abi Waqas
Tentera Qa’qa dibahagikan kepada kumpulan2 kecil sebelum
masuk ke medan perang sebab takut Hasyim Bin Utbah tak
sempat sampai.

Tapi akhirnya bantuan tambahan dari Qa’qa pula yang tiba lebih
awal tanpa pengetahuan Saad.

Pertarungan dimulakan dengan Parsi menggunakan tentera bergajah. Rustum mengarahkan serangan
serentak ke atas tentera Islam tidak seperti peperangan pada hari pertama. Seribu serangann anak panah
menghujani tentera Islam sebelum tentera gajah tempur.

Tentera Islam terpaksa berundur ke belakang. Hurmuzan yang mahu menamatkan peperangan mahu
menyerang Saad Bin Abi Waqas di istana Qudays tetapi dapat dihidu dan disekatkan. (Kisah Puteri
Shereen dan Jufayah)
Semasa Hasyim hamper tiba ke Qadisiyah, Qa’qa
mengarahkan seseorng untuk menyampaikan utusan
agar bahagikan pasukan tentera dalam kumpulan kecil
agar Parsi berasa gerun dengan jumlah tentera Islam
yang ramai. Kemudian masuk ke medan perang
berperingkat.

1 kump = 70 orang

Kemudian, tentera Islam mula menyerang tentera gajah dengan membutakan dan memotong belalai
gajah. Setelah itu, gajah mula hilang kawalan dan menjadi kucar kacir kepada tentera Parsi. Gajah mula
menyerang membabi buta termasuklah barisan tentera Parsi.

Kejadian sebegini, memudahkan tentera Islam untuk membuat serangan serenta sekali lagi. Namun
tentera Parsi juga masih bertahan meski mereka terkesan dengan serangan tentera Islam. Hari ketiga
dikenali sebagai Malam yang dipenuhi bunyi-bunyi gegaran.
Hari Keempat

• Pada hari keempat, telah berlaku ribut pasir yang sangat kuat
sehingga terangkat khemah-khemah tentera Parsi. Kesempatan ini
dimanfaatkan sepenuhnya oleh kaum Muslimin untuk menyerang
tentera Parsi dalam ribut pasir tersebut sehingga terbunuhnya
Rustum. Pembunuhan Rustum telah menjatuhkan moral tentera-
tentera Parsi, seterusnya membawa kepada kemenangan besar
tentera Islam ke atas tentera Parsi.
Semangat syahid tentera Islam masih berkobar-kobar meski sehari
bertempur. Maka mereka tidak memilih berehat lebih lama. Semangat ini
memberikan kejutan kepada tentera Parsi.

Oleh itu, tentera Islam dapat menembusi bahagian tengah Parsi. Lalu rebut pasir pun melanda medan
pertempuran dan menyukarkan tentera Parsi untuk berperang. Apabila tentera Parsi semakin lemah, Raja
Yazdajir masih tidak mahu mengirimkan bantuan tentera beliau dari Mada’in kerana Raja memerlukan
perlindungan di istana.

Rustum yang telah kecewa pula membuat keputusan untuk bertempur sendirian. (Kiranya dah sedia untuk
kalah dan mati) Lalu Rustum pun menyampaikan wasiat terakhirnya kepada Rufay untuk diutuskan ke
istana Parsi.

Setelah Rustum keluar dari khemah tempat berlindung, Rustum bersembunyi di sebelah unta untuk
berlindung dari rebut pasir,

Sumber lain: mengatakan ada senjata yang terikat pada tubuh unta tersebut jatuh dan mengenai belakang
tubuh Rustum membuatkannya cedera.
Rustum berkata “aku bukanlah bersedih tetapi aku sudah bersiap sedia untuk mati”

Rustum kemudian pergi berperang dengan Hilal bin Ullafah al-Taimi di kawasan ‘berair’ (tak tahu istilah
betul) Lalu Hilal pun menang dengan mengatakan

“Demi Allah yang memiliki Kaabah, aku telah membunuh Rustum”

Berita ini sampai ke istana. Dan tentera Parsi mula lemah apabila melihat ketua mereka telah mati. Ramai
yang menyerah dan melarikan diri dari medan perang, menuju ke sungai yang terbentang di belakang
mereka sampai ke Mada’in.

Di istana Parsi pula, setelah membuat mesyuarat dan berdoa kepada tuhan api, Raja membuat keputusan
untuk melarikan dirinya bersama harta dan pengikutnya.

Tiba2, “Tuanku, bangsa Arab sedang menyeberang sungai seperti melompat-lompat seperti belalang”

Sementara itu, tentera Islam pula sudah menyeberang sungai dengan menunggang kuda untuk menyerang
tentera Parsi yang berlindung di Mada’in. Namun, setelah melihat kekuatan dan semangat tentera Islam,
mereka pun menyerah dan melarikan diri.
WASIAT TERAKHIR RUSTUM

Namun, Rustum berubah fikiran supaya tak sampaikan


kata-katanya tadi, tapi bagi sahaja ‘topi perlindungan’ ini.
Sesampai sahaja tentera Islam
di istana Parsi, mereka jumpa
Makcik Raja Yazdajir yang buta.

Dannnn Permaisuri Buran pula


bunuh diri dengan memakan
racun.

Gelang Kisra yang ditemui dalam istana pula diberikan kepada Suraqah. Saad menceritakan sebabnya kepada tentera
yang lain bahawa gelang kisra adalah janji Rasulullah kepada Suraqah.

Rekod pertempuran:

Tentera Islam kehilangan 8.5K orang


Tentera Parsi kehilangan 40 K orang
• Kemenangan umat Islam dalam peperangan ini menjadi titik tolak
kepada kejatuhan empayar Parsi serta penguasaan umat Islam
terhadap negeri-negeri di bawah taklukan kerajaan Parsi dan kawasan
sekitarnya.
Ikhtibar
• Islam adalah agama rahmat. Jalan peperangan merupakan jalan yang terakhir selepas
seruan dakwah dan tawaran bayaran jizyah ditolak oleh sesuatu kaum. Prinsip ini
dapat dilihat apabila Sa’ad RA telah menghantar beberapa orang wakil untuk
menyatakan dan memberikan pilihan yang Islam tawarkan. Selepas tawaran ditolak
dan jalan pendamaian menemui jalan buntu, barulah jalan peperangan dipilih untuk
menegakkan agama Allah.
• Kewajipan menyampaikan dakwah, menyeru kepada kebaikan dan melarang
kemungkaran. Walaupun sudah berada di ambang peperangan, kewajipan
menyampaikan dakwah, menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran tetap
diteruskan melalui utusan-utusan yang telah dihantar oleh panglima perang tentera
Islam, Sa’ad bin Abi Waqqas RA. Utusan-utusan yang telah dihantar tersebut dengan
berani dan tanpa rasa gentar telah menyatakan kebenaran walaupun berada di kubu
musuh dan di hadapan panglima perang mereka.
• Keangkuhan membawa kepada kehancuran. Orang-orang Parsi dengan
angkuhnya menolak tawaran yang ditawarkan kepada mereka, bahkan
mereka menghina utusan-utusan yang telah dihantar kepada mereka.
Akibatnya, mereka telah ditewaskan dalam peperangan ini dengan
kekalahan yang sangat teruk.
• Tidak lari daripada tanggungjawab walaupun diuji. Kita boleh
mengambil semangat dan tauladan yang telah ditunjukkan oleh Sa’ad
bin Abi Waqqas RA yang terus memimpin tentera Islam dan tidak lari
daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan ke atasnya oleh
Khalifah Umar al-Khattab RA mengikut kemampuannya ketika itu
walaupun ketika itu sedang jatuh sakit.
• Bantuan daripada Allah kepada mereka yang benar-benar
berjuang. Pada hari keempat peperangan al-Qadisiyyah, bantuan
Allah yang berupa angin ribut telah menjadi sebab kepada
kemenangan umat Islam. Ini adalah bantuan daripada Allah kepada
tentera-tentera Islam yang tidak berputus asa dan ikhlas untuk
berjuang walaupun menghadapi kesukaran menewaskan tentera Parsi
yang dilengkapi dengan tentera bergajah.
• Semoga peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam dapat kita
ketahui dengan sebaiknya, seterusnya mampu menjadikannya sebagai
satu iktibar dan pengajaran untuk kita teladani serta sebagai suatu
motivasi buat seluruh umat Islam di masa kini yang menghadapi
pelbagai ujian dan tekanan daripada pelbagai aspek. 
Rujukan
• Filem di Youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=gxrdBLg7MRA&t=6292s
• https://www.thepatriots.asia/pertempuran-qadisiyyah-detik-detik-berakhir
nya-empayar-parsi/
• https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3409-al-kafi-1262-ikti
bar-pengajaran-daripada-peperangan-al-qadisiyyah
• http://www.tarbawi.my/2017/06/mesej-islam-di-marakah-al-qadisiyyah.ht
ml
• https://berita.pas.org.my/marakah-buwaib-kebangkitan-islam-ke-atas-parsi
-14-ramadhan-13/
• Kitab al-Bidayah wa al-Nihayah karangan al-Hafiz ibn Kathir Rahimahullah,
jilid ke-9, muka surat 618 sehingga 635.
• Kitab Tarikh ar-Rusul wa al-Muluk (Tarikh at-Tobari) karangan Imam ibn
Jarir at-Tobari Rahimahullah, jilid ke-3, muka surat 477 sehingga 579.

You might also like