Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

PEMBELAJARAN DI

LUAR BILIK DARJAH


TOPIK 4
PENGENALAN

• Mengajar kanak-kanak bukan sekadar menghabiskan masa


dan membimbing kanak-kanak di dalam bilik darjah sahaja.
• Kumpulan ibu bapa dan rakan sekerja merupakan sumber
penting kepada guru.
• Guru perlu diberi sokongan dari luar bilik darjah.
4.1 BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA

• Penglibatan ibu bapa dapat meningkatkan perkembangan dan


pembelajaran.
• Tidak mudah untuk bekerjasama dengan ibu bapa.
• Terdapat ibu bapa yang enggan terlibat secara langsung.
• Keputusan pendidikan diserahkan kepada pendidik.
• Penglibatan dan kerjasama ibu bapa dan guru adalah sangat penting.
4.1.1 MENGEMBANGKAN HUBUNGAN IBU BAPA-
GURU

• Dahulu, pusat jagaan adalah tempat untuk mendidik kanak-kanak.


• Guru perlu membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka.
• Peringkat seterusnya, guru kurang berkomunikasi dengan ibu bapa
tentang pendidikan anak mereka.
• Guru dianggap sebagai orang yang ‘mengetahui perkara yang
terbaik’ untuk kanak-kanak.
• Ibu bapa terlibat jika mereka mempunyai
kelapangan.
• Kini, guru dan ibu bapa perlu bekerjasama.
• Penyertaan ibu bapa lebih kepada perkongsian
tanggungjawab tentang pendidikan kanak-kanak.
• Kejayaan kanak-kanak bergantung pada keperluan
keluarga, nilai, aspirasi dan kemahiran.
4.1.2 MATLAMAT KERJASAMA IBU BAPA-GURU

• Memberi kuasa kepada guru dan ibu bapa untuk bertindak mengikut
peranan masing-masing.
• Merupakan alat paling berkuasa untuk membantu kanak-kanak berjaya.
• Berpeluang untuk meningkatkan komunikasi mengenai kemajuan
kanak-kanak.
• Membangunkan strategi dan rancangan untuk masa depan kanak-kanak.
KELEBIHAN KERJASAMA ANTARA GURU DAN IBU BAPA DI PUSAT AWAL KANAK-KANAK

a) Ibu bapa akan merasa diberi kuasa apabila mereka percaya keupayaan mereka sendiri
untuk merancang, memilih dan memperkukuh pilihan mereka sendiri untuk
perkhidmatan kepada anak mereka;
b) Guru akan merasa diberi kuasa apabila mereka tahu cara untuk memenuhi keperluan
anak didik mereka sama ada secara langsung atau dengan kerjasama ibu bapa dan rakan
sekerja;
c) Kanak-kanak juga boleh diberi kuasa dalam proses ini apabila orang dewasa
mendengar pilihan dan cadangan mereka untuk menyelesaikan masalah.
APA YANG IBU BAPA PERLU ADA SUPAYA MEREKA MERASA BAHAWA MEREKA
MEMPUNYAI SESUATU YANG BERGUNA UNTUK DISUMBANGKAN:

a) Pengiktirafan terhadap kemahiran mereka;


b) Dorongan untuk menyumbang kepada pendidikan anak mereka;
c) Maklumat mengenai pilihan mereka;
d) Rasa kawalan ke atas pilihan mereka; dan
e) Masa dan sumber lain seperti tenaga.
4.2 AMALAN BEKERJASAMA

• Guru perlu mencari jalan untuk menyampaikan mesej kepada ibu bapa untuk
bekerjasama.
• Berikut merupakan beberapa idea mengenai cara meningkatkan amalan kerjasama.
i. Peramah
ii. Menghormati ibu bapa
iii. Mengekalkan kawalan ibu bapa
iv. Mengimbangi keperluan secara individu dan keluarga
v. Hadkan tanggungjawab guru
4.3 PENGLIBATAN IBU BAPA

• Kanak-kanak yang paling berjaya adalah mereka yang mempunyai


pengalaman yang sama di rumah mahupun di sekolah.
• Berkembang maju apabila ibu bapa dan guru berusaha untuk memahami
dan menghormati antara satu sama lain.
• Rasional penglibatan ibu bapa adalah berdasarkan beberapa anggapan:
a) Ibu bapa dan anak mempunyai hubungan yang paling penting dan
berkekalan;
b) Kanak-kanak belajar lebih banyak dari persekitaran di
rumah;
c) Menyumbang kepada sikap dan tingkah laku kanak-kanak
sebagai murid;
d) Menggalakkan rasa saling menghormati dan persefahaman
antara rumah dan sekolah; dan
e) Ibu bapa boleh memberi sumbangan positif kepada
sekolah.
4.4 MERUMUSKAN POLISI DISIPLIN

• Disiplin ialah proses yang membantu kanak-kanak belajar dan mendapatkan kemahiran
peribadi.
• Elemen yang perlu disertakan dalam polisi disiplin atau peraturan:
a) Mandat
Guru perlu mengambil kira polisi yang lebih tinggi yang mengawal polisi disiplin. Di
Malaysia, sekolah dikawal oleh polisi yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan.
b) Falsafah
Tempat yang positif untuk memulakan polisi disiplin kerana ia dapat membantu untuk
memberi tumpuan kepada perkara yang ingin dicapai.
c) Keperluan Peribadi
Polisi ini harus mengambil kira keperluan peribadi guru termasuklah:
i. Persekitaran fizikal yang menyenangkan untuk bekerja;
ii. Ukuran kedudukan di dalam bilik darjah;
iii. Tingkah laku yang sopan antara semua ahli kelas;
iv. Kepuasan kerja; dan
v. Sokongan ibu bapa dan sekolah
d) Matlamat Pendidikan
Fokus utama ialah memenuhi matlamat yang perlu dicapai oleh murid, termasuklah:
i. Mewujudkan persekitaran yang selamat dan penyayang serta persekitaran emosi
yang menyokong dan melindungi hak kanak-kank dan guru;
ii. Memudahkan kejayaan kanak-kanak melalui penyediaan kurikulum yang bermanfaat
dan menyeronokkan;
iii. Menyedari pencapaian kanak-kanak yang melibatkan pertimbangan tentang maklum balas
bermaklumat dan penilaian;
iv. Memperkasakan kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam keputusan yang memberi
kesan kepada mereka;
v. Mengalakkan tingkah laku prososial melalui cara proaktif;
vi. Menyediakan kanak-kanak dengan strategi mengatasi tekanan; dan
vii. Mengekalkan hubungan kerjasama dengan ibu bapa.
e) Teori
Mesti konsisten dengan falsafah dan harus selaras dengan pandangan tentang pendidikan dan
perkembangan kanak-kanak.
f) Amalan
Perlu memperincikan beberapa kaedah dan prosedur yang cekap untuk mencapai matlamat guru
dan murid. Prosedur harus memberi tumpuan kepada cara pengurusan sekolah atau bilik darjah.
Antaranya ialah:
i. Campur Tangan
Menurut Rogers (1998), Empat R (4R – rights , rules, responsibilities, relationship)
harus diterima pakai pada setiap polisi disiplin sekolah.

Hak

Perhubungan

Peraturan Tanggungjawab

Rajah 4.1: Rangka polisi untuk hak, peraturan, tanggungjawab dan perhubungan (4R)
Sumber: Porter (2000)
Bagi memastikan campur tangan yang berlaku dapat membantu kanak-kanak
menangani perubahan sikap dan tingkah laku, guru harus sedar tentang hak
mereka dan peraturan yang dikenakan kepada mereka. 4R adalah saling
berkaitan.
ii. Penglibatan Murid
Polisi perlu terperinci, menyatakan cara untuk memperkasakan penglibatan
murid dalam membuat keputusan mengenai tingkah laku dan pembelajaran
mereka.
iii. Kerjasama dengan Ibu Bapa
Rancangan harus merangkumi prosedur sistematik yang melibatkan nasihat dan
sokongan daripada ibu bapa terhadap isu akademik dan tingkah laku dan bukan
sekadar melaporkan tentang sekolah dan kelakuan anak mereka.
iv. Isu Tertentu
Mungkin berguna kepada polisi sekolah untuk menyebut isu tertentu seperti buli,
prosedur gangguan seksual dan penderaan kanak-kanak. Guru perlu melaporkan
sebarang tindakan penderaan bagi menghalang penderaan daripada berlaku atau
menjadi lebih teruk.

g) Penilaian Terhadap Rancangan Polisi


pengubahsuaian diperlukan setelah mengenalpasti keperluan khusus murid
atau apabila rancangan itu tidak berkesan. Tanyakan pada diri soalan-soalan
berikut:
i. Adakah rancangan disiplin selaras dengan teori?
ii. Adakah prosedur tersebut dapat dicapai dengan baik?
iii. Adakah hasilnya bersesuaian dengan perkara yang telah dibuat?
iv. Adakah murid menjadi lebih atau kurang berjaya?
v. Apakah sumber tambahan yang diperlukan untuk menjadikan
polisi itu lebih berkesan.
h) Kekangan pada Pelan Tatatertib
Faktor kekangan perlu dipantau agar tidak menganggu pengajaran
dan pembelajaran. Ini termasuklah:
i. Faktor Kontekstual
Tindak balas guru terhadap gangguan akan dipengaruhi oleh
faktor kontekstual seperti pada masa tingkah laku terjadi dan
orang yang ada pada waktu tersebut.
ii. Keperibadian Guru
Guru adalah berbeza dalam pelbagai aspek. Walau bagaimanapun, harapan guru
terhadap murid atau kanak-kanak perlulah realistik, dengan mengambil kira kebolehan
dan tuntutan tugas.
iii. Tahap Tekanan Guru
Mengajar kanak-kanak kecil boleh menjadikan seseorang sangat tertekan pada masa-
masa tertentu. Untuk mengelakkan tekanan, guru boleh membangunkan rancangan
yang menawarkan beberapa garis panduan untuk mengurangkan tahap tekanan.
iv. Rangka Minda Murid
Tiada jaminan bahawa guru akan dapat mempengaruhi semua murid secara positif.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan ketidakpatuhan ini terjadi. Polisi formal
yang menyeluruh mempunyai kelebihan untuk memastikan tindakan displin guru tidak
dapat dijangka sementara masih membenarkan beberapa autonomi dalam
pelaksanaannya berlaku.
TAMAT
Terima Kasih

You might also like