Pa Soalan Kuiz

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1 Yang manakah bertepatan dengan konsep negara berdaulat.

A Mempunyai komuniti tertentu


B Mempunyai sempadan negara yang nyata
C Mempunyai hubungan dengan negara luar
D Mempunyai ketua negara yang dilantik rakyat

2 Yang manakah diamalkan dalam sistem pemerintahan di Malaysia.

I Demokrasi Berparlimen
II Demokrasi Terpimpin
III Raja Berpelembagaan
IV Raja Mutlak

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
 Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri
 Terdapat pembahagian kuasa pentadbiran dan perundangan antara kerajaan pusat
dengan kerajaan negeri

3 Penyataan di atas merujuk kepada kerajaan

A Kesatuan
B Gabungan
C Konfederasi
D Persekutuan

4 Yang manakah benar tentang sistem kerajaan kesatuan?

A Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa


B Pentadbiran banyak tertumpu kepada kerajaan negeri
C Kerajaan tempatan mempunyai kuasanya tersendiri
D Terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
5 Doktrin pengasingan kuasa bertujuan untuk

A menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang


B mengelakkan pemusatan kuasa dalam kalangan mana-mana pihak
C mengagihkan kuasa antara Dewan Rakyat dengan Dewan Negara
D membahagikan kuasa antara badan pemerintah Persekutuan dengan Negeri

 X warganegara Jepun dan isteri kepada warganegara Malaysia


 Telah bermastautin di Malaysia selama 10 tahun

6 Cara yang manakah untuk X mendapatkan kewarganegaraan?

A Masukan
B Pendaftaran
C Percantuman wilayah
D Kuat kuasa undang-undang
7 Yang manakah benar tentang pembahagian kuasa perundangan yang disenaraikan dalam Jadual
Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?

Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama


A Pasport Pertanian Kebajikan masyarakat
B Biasiswa Kebajikan orang asli Hukum syarak
C Kewarganegaraan Perancangan bandar dan desa Pemulihan tanah lombong
D Pos dan Telekom Ternakan binatang Penyu

8 Yang di-Pertuan Agong hendaklah berunding dengan Majlis Raja-Raja apabila Baginda ingin
melantik
A Peguam Negara
B Ketua Polis Negara
C Akauntan Negara
D Ketua Hakim Negara
9 Yang manakah termasuk di bawah bidang kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong?

I Seorang tentera yang telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tentera


II Encik Y yang telah dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak
III Encik X yang telah dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Labuan
IV Encik Z yang telah dijatuhi hukuman denda dan penjara oleh Mahkamah Syariah Kedah
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Ketua Audit Negara berhak mengaudit perbelanjaan yang dilaksanakan oleh

A Telekom Malaysia Berhad


B Khazanah Nasional Berhad
C Tenaga Nasional Berhad
D Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd
11 Yang manakah benar tentang Dewan Rakyat?

I Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dibantu oleh dua orang timbalan


II Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat
III Setiausaha Dewan Rakyat dilantik oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat
IV Parti yang menguasai majoriti kerusi di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12 Tugas Dewan Rakyat dan Dewan Negara ialah

A membahaskan masalah rakyat


B meluluskan dasar kerajaan
C membahaskan ideologi parti-parti politik
D menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan
13
I Proses kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
II Dipersetujui secara kolektif oleh Jemaah Menteri
III Kementerian merangka dasar Rang Undang-Undang

Susun perkara-perkara yang di atas mengikut urutan yang betul dalam proses penggubalan undang-
undang Malaysia

A II I III
B I III II
C III II I
D II I III

14 Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan setelah

A diluluskan oleh Majlis Parlimen


B diwartakan sebagai warta kerajaan
C ditandatangani oleh Ketua Hakim Negara
D diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
15 Padanan yang benar tentang klasifikasi perundangan?

I Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen


II Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di Semenanjung
III Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak

Ordinan Enakmen Akta


A III I II
B II III I
C I II III
D III II I

16 Yang manakah peranan agensi pusat

A melaksana pembangunan
B merancang pembangunan
C meluluskan sumber kewangan
D mengesahkan sesuatu rang undang-undang
 SetiausahaKerajaanNegeri
 PegawaiKewanganNegeri
 PenasihatUndang-UndangNegeri

Negeri X Negeri Y Negeri Z


Ketiga-tiga nya Hanya Penasihat Undang- Ketiga-tiganya tidak
mengambil bahagian Undang Negeri mengambil berhak mengambil
dalam persidangan bahagian dalam bahagian dalam
Dewan Undangan persidangan Dewan persidangan Dewan
Negeri Undangan Negeri Undangan Negeri

17 Z merujuk kepada negeri

A Perak
B Sabah
C Melaka
D Pulau Pinang

 Penggerak perubahan pentadbiran dan pengurusan bagi Perkhidmatan Awam


 Agen transformasi system penyampaian Perkhidmatan Awam

18 Pernyataan di atas adalah fungsi

A Unit Inovasi Khas


B Unit Kerjasama Awam Swasta
C Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
D Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Manusia
19 Yang manakah badan penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang
diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan?

I Majlis Perancangan Negara


II Majlis Kewangan Negara
III Majlis Keselamatan Negara
IV Majlis Tanah Negara

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

20 Yang manakah tanggungjawab Pejabat Setiausaha Persekutuan Cawangan Sabah dan Sarawak?

A memantau agensi kerajaan negeri berkenaan


B mengawasi kakitangan awam negeri berkenaan
C merancang belanjawan persekutuan di negeri berkenaan
D menjaga kepentingan harta Persekutuan di negeri berkenaan
 Memastikan dasar ekonomi mencapai matlamat yang diharapkan
 Mengawasi kegiatan agensi dan perbadanan awam

21 Pernyataan di atas merujuk kepada fungsi

A Perbendaharaan
B Unit Perancangan Ekonomi
C Jabatan Perkhidmatan Awam
D Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

22 Antara berikut peranan Unit Perancangan Ekonomi

A Merancang dan mengurus sumber pendapatan negara


B Menggubal dasar-dasar personel untuk keperluan negara
C Mengawal dan menilai pencapaian pembangunan negara
D Memantau dan menyelaras pelaksanaan pembangunan negara
23 Padanan manakah yang tepat

Agensi Peranan
I Jabatan Perkhidmatan Awam P Memantau projek dijalankan
II Unit Perancangan Ekonomi Q Menggubal dasar gaji
III Unit Penyelarasan Pelaksanaan R Menyelaras dasar penswastaan

I II III
A Q R P
B R P Q
C R Q P
D P Q R
24 Yang manakah benar tentang Majlis Tanah Negara

A Menukar status tanah


B Meluluskan permohonan tanah
C Menentukan pengawalan dan penggunaan tanah
D Membayar ganti rugi setiap tanah yang diambil kerajaan

25 Yang manakah benar tentang Setiausaha Kerajaan Negeri?

A Meluluskan dasar Kerajaan Negeri


B Menyelaras pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri
C Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
D Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri

You might also like