Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Pendekatan, Teknik ,Kaedah dan

Strategi Pengajaran Bahasa Melayu

Mohd Haikal Aminuddin


Muhammad Norhisyam Shamsudin
Mohd Taufiq Mohd Desa
Roslina Amir
Shabana Munawwarah Ishak
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu

Terdapat dua pendekatan yang terdapat dalam RPH


iaitu:
i.Induktif
-mendahulukan contoh-contoh struktur
penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari
dan kemudian membuat kesimpulan mengenainya.
-berdasarkan RPH yang dikaji, contoh pendekatan
induktif yang telah digunapakai ialah : Guru
memberi teks berita tentang pencemaran udara
berdasarkan power-point.
Sambungan…

ii. Komunikatif
- untuk melengkapkan pelajar dengan
kecekapan komunikatif iaitu kecekapan
berkomunikasi untuk bertukar-tukar
penerangan atau pendapat.
- berdasarkan RPH yang dikaji, contoh
pendekatan komunikatif yang telah
digunapakai ialah : Guru mengadakan
perbincangan kumpulan antara murid-murid.
Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu
Terdapat dua teknik yang digunakan di dalam RPH yang dikaji
iaitu:
i. Soal Jawab
- dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-
soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar
dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-
soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir
disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
- contoh teknik soal jawab yang terdapat di dalam RPH ialah :
Guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya
mereka masih tidak memahami tajuk pada hari tersebut.
Sambungan…

ii. Perbincangan
- satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat
tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih
pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat
dengan bernas.
- contoh teknik perbincangan yang terdapat di
dalam RPH ialah : Murid dikehendaki
membentangkan isi penting tentang pencemaran
udara dan membandingkan berdasarkan
pengalaman dan pengetahuan mereka.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu
Dua kaedah yang telah digunakan di dalam RPH yang telah
dikaji iaitu:
i. Kaedah Oral-Aural
- merupakan juga kaedah dengar-tutur diajarkan kepada
murid bertujuan untuk membolehkan pelajar
memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa
tersebut.
- contoh kaedah Oral-Aural yang terdapat di dalam RPH
ialah : Murid diminta membaca petikan itu secara
individu dengan kuat dan mengikut intonasi serta gaya
yang betul.
Sambungan…

ii. Kaedah Natural


- kurang menekankan rujukan kepada analisis
gramatikal, latih tubi gramatikal atau teori
tatabahasa tertentu. Penggunaan bahasa
lebih kepada penguasaan struktur secara
berperingkat-peringkat.
- contoh kaedah Natural yang terdapat di
dalam RPH ialah: Murid ditayangkan dengan
power-point yang berkaitan dengan jenis-
jenis pencemaran.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu
Terdapat tiga strategi P&P Bahasa Melayu iaitu:
i. Berpusatkan murid
- menekankan tanggungjawab murid
sepenuhnya untuk menentukan hala tuju
dalam proses P&P.
- contoh berdasarkan RPH ialah: Murid
dikehendaki membentangkan isi penting
mengenai pencemaran udara dan
bandingkan dengan pengetahuan dan
pengalaman mereka.
Sambungan…

ii. Berpusatkan guru


- guru berperanan secara aktif dalam proses
P&P untuk memberi penerangan,bertindak
sebagai model dan penunjuk cara
penyelesaian masalah.
- contoh berdasarkan RPH ialah: Guru
menjelaskan tujuan dan tajuk pengajaran
tang akan diajar.
Sambungan…

iii. Berpusatkan bahan


- menekankan lebih kepada peranan dan
penggunaan bahan sumber P&P seperti
pengajaran terancang, modul, pengajaran
audio-tutorial, makmal bahasa, pembelajaran
berbantukan komputer dan bahan-bahan
interaktif seperti CD ROM.
- contoh berdasarkan RPH ialah : Murid
dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan
yang disediakan.

You might also like