2.2 Ciri-Ciri Bunyi

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

Ciri-ciri Bunyi

• Muzik – getaran/nada dalam keadaan seragam


dengan satu atau lebih frekuensi malar
• Bunyi yang bersifat estetik yang harmoni dan
menyenangkan.
• Bising/hingar adalah gelombang bunyi yang tidak
teratur, tiada getaran yang berulang yang
selalunya menghasilkan bunyi yang tidak
menyenangkan.
• Bising adalah bunyi yang tidak mempunyai
frekuensi malar
Bunyi mempunyai ciri-ciri :
1. kenyaringan (loudness)
2. kelangsingan/pic (pitch)
3. kualiti
Muzik dan Bising/hingar

Muzik

Bising
Ciri-ciri Bunyi
1. kenyaringan/kekuatan bunyi
• kenyaringan bunyi ditentukan oleh keamatan bunyi di
tempat mana bunyi terdengar
• Keamatan bunyi, I – kadar pemindahan tenaga
(kuasa) menerusi seunit luas yang normal ke arah
gerakan gelombang bunyi tersebut
P P
I  Wm -2

A 4d 2

• .
Ciri-ciri Bunyi
1. kenyaringan bunyi
• Keamatan bunyi I bergantung kepada
• Ketumpatan medium di mana gelombang itu
bergerak
• amplitud gelombang, A → I α A2
1
• jarak, d dari sumber → I
d 2

• Kekuatan bunyi diukur dengan unit desibel (dB)


yang dikenali aras keamatan bunyi.
• semakin kuat bunyi, semakin besar desibelnya
 I 
L( dalam dB)  10 log 1 0  
 Io 
keamatan ambang/threshold intensity, Io= 10-12 W m-2
Kenyaringan Bunyi
• Kenyaringan bunyi bergantung kepada amplitud
gelombang bunyi.
• Semakin tinggi amplitud gelombang bunyi,
semakin tinggi kenyaringan bunyi
A↓I ↓L↓

A ↑I ↑ L ↑
Ciri-ciri Bunyi
2. kelangsingan bunyi
• bergantung kepada frekuensi gelombang bunyi
• semakin tinggi frekuensi semakin tinggi
kelangsingannya
• Manusia dapat mendengar bunyi antara frekuensi 20
Hz – 20,000 Hz, tetapi berkurang dengan
peningkatan umur
3. kualiti bunyi
• ciri kualiti bunyi membolehkan kita membezakan
bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik/sumber bunyi
yang berbeza tetapi kelangsingan dan
keamatan/kekuatan yang sama
• Kualiti suatu not muzik/nada ditentukan oleh bentuk
gelombang daripada gelombang bunyi itu.
Kelangsingan Bunyi

Frekuensi ↑
Kelangsingan ↑

Frekuensi ↓
Kelangsingan ↓
Kualiti bunyi

a. Tala bunyi b. Alat muzik

c. Tala bunyi d. Biola/violin


a dan b, c dan d mempunyai amplitud dan frekuensi sama
tetapi bentuk gelombang yang berbeza tetapi mempunyai
bunyi yang dapat dibezakan
Hubung kait kualiti bunyi dengan alat bunyi
• kualiti suatu not/nada muzik bergantung kepada bentuk
gelombang bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik
• Bentuk gelombang bagi nada muzik yang sama
dihasilkan oleh alat-alat muzik yang berlainan
• alat muzik tidak menghasilkan nada muzik yang tulen.
Nada muzik terdiri daripada tindihan beberapa not tulen
dengan frekuensi yang berbeza
• Antara nada ini terdapat satu nada dengan frekuensi
paling rendah yg dikenali sebagai nada asas. Frekuensi
lain dikenali sebagai nada kalian
• Nada kalian ialah gandaan frekuensi asas. Kehadiran
nada kalian dalam suatu nada muzik menentukan bentuk
gelombang dan seterusnya kualiti muzik tersebut
Hubung kait kualiti bunyi dengan alat bunyi
Bentuk gelombang suatu not/nada
yang mempunyai kelangsingan sama

Sound waves from a flute, clarinet, oboe


and saxophone playing the same note.
clarinet
Flute

oboe saxophone
Apa
perbezaan
antara dua
bunyi ini?

Bagaimana
pula dengan
dua bunyi
ini?
Kelangsingan (Pitch) dan
keamatan (Intensity)
1. Loud & low pitch 4. Loud & high pitch
2. Soft & high pitch 5. Soft & low pitch
3. Med-loud & high pitch 6. Medium pitch &
loud
Gelombang Pegun/Standing Waves
• Gelombang pegun dihasilkan apabila dua gelombang
maju dengan amplitud dan frekuensi yang sama
bergerak dalam arah yang berlawanan bertindih -
superposisi gelombang
• Gelombang pegun boleh dihasilkan dalam tali bergetar
dan turus udara dalam paip (air column in a pipe)
• Kebanyakan alat muzik menghasilkan bunyi dengan
cara pembentukan gelombang pegun
Laju gelombang melintang tali
teregang yang bergetar
•Seutas
  tali teregang mempunyai panjang L di antara dua
hujung yang tetap dan jisim m. Ketegangan T wujud
dalam tali. Jisim per unit panjang tali adalah

Gelombang melintang bergerak di sepanjang tali


teregang apabila ia bergetar. Laju gelombang melintang
itu adalah
Contoh
Seutas tali teregang mempunyai panjang 1.5 m, jisim
9.1 g dan ketegangan dalam tali adalah 1.5 kN.
Kirakan laju gelombang melintang yang bergerak di
sepanjang tali apabila tali bergetar.
Mod Getaran (Modes of
Vibration) Tali Teregang
Gelombang pegun pada tali bergetar
• Bunyi dihasilkan
apabila tali teregang
bergetar.
• Tali teregang boleh
bergetar dalam
pelbagai mod
Harmonik (Harmonics) dan
Nada kalian (Overtones)
• Mod bergetar berlainan menghasilkan bunyi
dengan frekuensi yang berlainan
• frekuensi terendah terhasil pada getaran mod
asas (fundamental mode) dipanggil frekuensi asas,
fo (fundamental frequency)
• Nada kalian/ not kalian adalah mod getaran apabila
tali bergetar lebih daripada satu segmen, iaitu
pada frekuensi yang lebih tinggi daripada
frekuensi asas
• Frekuensi nada kalian adalah dalam gandaan
frekuensi asas, fo dan dipanggil harmonik
Harmonik dan Nada/not kalian
Panjang tali = L v = fλ
½λ = L v
λ = 2L f1   fo
2L
Harmonik pertama/frekuensi asas

v v
λ=L f 2   2( )  2 f 0
L 2L
Harmonik Kedua/nada kalian pertama

3v v
3/2λ = L f3   3( )  3 f 0
λ = 2/3 L 2L 2L
Harmonik Ketiga/nada kalian kedua
Harmonik dan Nada kalian
Panjang tali = L

f 4  4 f0
Harmonik Keempat/nada kalian ketiga

f5  5 f 0
Harmonik Kelima/nada kalian keempat

f6  6 f0
Harmonik Keenam/nada kalian kelima
Harmonik dan Nada kalian
Hubungan L
Harmonik Corak # gegelung dan λ

1st 1 L=λ

2nd 2 L=λ

3rd 3 L= λ

4th 4 L= λ

5th 5 L= λ

6th 6 L= λ

  nth --
-- n L= λ
Soalan
1. Laju gelombang dalam suatu tali gitar adalah 425 m/s.
Tentukan frekuensi asas tali (harmonik pertama) jika
panjangnya ialah 76.5 cm

2. Tentukan panjang tali gitar yang diperlukan untuk


menghasilkan frekuensi asas (harmonik pertama)
256 Hz. Laju gelombang pada tali gitar adalah 405
m/s.
Soalan
3. Frekuensi resonans paling rendah bagi satu
tali gitar yang panjangnya 0.75 m ialah 400 Hz.
Kirakan laju gelombang melintang pada tali itu.
Soalan
4. Seutas tali panjang 20 cm teregang antara dua
hujung tetap. Jika laju gelombang melintang pada
tali adalah 40 m s-1, tentukan sama ada frekuensi
berikut adalah frekuensi resonans tali itu.
50 Hz, 150 Hz, 300 Hz dan 600 Hz
Soalan
5. Getaran seutas tali yang panjang 50 cm
mengeluarkan suatu nada pada harmonik ketiga.
Laju gelombang melintang pada tali adalah 30 m s -1
dan laju bunyi di udara ialah 340 m s-1. Hitung
panjang gelombang nada yang terhasil.
Gelombang pegun dalam turus udara
gelombang terpantul
gelombang tuju

enjana isyarat audio


] Gelombang terpantul pada hujung paip yang tertutup akan
mengganggu dengan gelombang tuju
] Frekuensi gelombang bunyi yang dikeluarkan oleh penjana
suara ditambahkan secara perlahan-lahan. Pada suatu
frekuensi tertentu, satu bunyi dengan keamatan yang tinggi
kedengaran. Apabila ini berlaku, gelombang pegun terhasil
dalam turus udara.
] Keadaan ini dikatakan resonans (Resonance) berlaku.
Frekuensi di mana terjadi resonans dipanggil frekuensi
resonans
Resonans (Resonance)
• Apabila frekuensi getaran paksa suatu objek
berpadanan (matches) dengan frekuensi asli
objek tersebut, suatu peningkatan besar
pada amplitud berlaku (dramatic increase in
amplitude occurs). Ini dipanggil resonans.
• Udara dalam paip mengalami getaran paksa.
Apabila frekuensi getaran paksa ini sama
dengan frekuensi jati/asli getaran paip, maka
resonans berlaku. Pada frekuensi resonans,
keamatan gelombang pegun dalam paip
adalah maksimum dan bunyi yang kuat
kedengaran
Mod Getaran pada paip tertutup
pada satu hujung
L
¼λ = L v
f0 
λ = 4L 4L
Frekuensi asas

 ¾λ
=L v
λ=L
f1  3( )  3 f o
4L
Nada kalian pertama/
Harmonik ke-3
 λ
=L
v
λ= L f 2  5( )  5 fo
4L
Nada kalian kedua/ Harmonik
ke-5
,f = frekuensi asas
Mod Getaran pada paip terbuka pada
kedua-dua hujung
L

v
½λ = L f0 
λ = 2L 2L
Frekuensi asas

v v
λ=L f 1   2( )  2 f 0
L 2L
Nada kalian pertama/Harmonik ke-2

 λ
=L 3v v
λ= L f2   3( )  3 f 0
2L 2L
Nada kalian kedua/Harmonik ke-3
f = frekuensi asas
Soalan
1. Sebuah tabung uji mempunyai panjang 15.0 cm.
Hitungkan tiga frekuensi yang paling rendah bagi
bunyi yang dihasilkan apabila udara ditiup
melintasi hujung terbuka tabung uji itu.
(Laju bunyi di udara = 340 m s-1)
Soalan
2. Kirakan frekuensi nada kalian ketiga bagi
satu paip terbuka yang panjangnya 1.0 m.
Laju bunyi dalam udara ialah 334 m s-1.
Soalan
3. Sebuah kapal mempunyai satu wisel, 0.600 m
panjang, merupakan satu turus udara yang tutup
pada satu hujung. Jika laju bunyi dalam udara ialah
340 m/s, hitungkan tiga frekuensi resonans yang
terendah bagi wisel kapal ini.
Soalan
4. Suatu turus udara panjang 1.00 m terbuka pada
kedua-dua hujung. Jika laju bunyi ialah 340 m/s
dan resonans berlaku. Apakah dua frekuensi
resonans yang paling rendah, dan apakah
perhubungan yang wujud antara dua not/nada itu?
Soalan
5. (a) Satu tiub kadbod P yang terbuka pada kedua-
dua hujung mempunyai panjang 67.0 cm.
Hitung 3 frekuensi terendah.
(b) Tiub lain Q dengan panjang sama tetapi terbuka
pada satu hujung. Bandingkan frekuensi asas
tiub Q dengan frekuensi asas tiub P
(Laju bunyi di udara = 340 m s-1)
Soalan
6. Apakah frekuensi asas bagi suatu paip organ
panjang 25 cm jika hujungnya
(a) terbuka
(b) tertutup
(Laju bunyi di udara = 343 m s-1)

You might also like