4.1 Perubahan Jirim

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BAB 4: JIRIM DAN

BAHAN
4.1: Perubahan Jirim
Teori Kinetik Jirim
 Jirim ialah sesuatu yang mempunyai jisim dan
memenuhi ruang.
 Teori kinetik jirim menyatakan:
 Jirim terdiri daripada zarah-zarah seni & diskrit.
 Zarah-zarah sentiasa bergetar, berputar/
bergerak bebas.
 Terdapat daya tarikan & daya tolakan di antara
zarah-zarah.
 Zarah-zarah mempunyai tenaga kinetik & sentiasa
berlanggar sesama sendiri.
 Apabila suhu meningkat, tenaga kinetik juga
meningkat.
Sifat Jirim dalam Keadaan Pepejal, Cecair
dan Gas
Perubahan Jirim
 Perubahan keadaan jirim disertai dengan
pembebasan haba/ penyerapan haba.
 Peleburan berlaku pada takat lebur pepejal – bagi
ais pada 0oC. Haba yang diserap menyebabkan
zarah-zarah bergetar dengan lebih kuat & cepat.
Daya tarikan antara zarah akan berkurang dan
menyebabkan zarah-zarah bergerak lalu menjadi
cecair.
 Pembekuan ialah proses di sebalik peleburan –
pada takat beku, iaitu 0oC. Cecair disejukkan &
haba daripada cecair dibebaskan. Tenaga kinetik
semakin berkurang & daya tarikan bertambah.
Zarah-zarah semakin dekat & diikat untuk
membentuk pepejal.
 Pendidihan berlaku pada takat didih cecair.
Apabila cecair dipanaskan sehingga takat didih,
haba diserap & tenaga kinetik bertambah.
Tenaga kinetik yang tinggi mengatasi daya
tarikan antara zarah-zarah terbebas berubah
menjadi gas.
 Kondensasi adalah proses di sebalik pendidihan.
Apabila gas disejukkan, haba dibebaskan,
tenaga kinetik berkurang, daya tarikan antara
zarah bertambah & akhirnya cecair terbentuk.
 Pemejalwapan berlaku apabila pepejal berubah
menjadi gas/ gas berubah menjadi pepejal
tanpa melalui keadaan cecair.

You might also like