Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

BAB 4

ISLAM DI ALAM MELAYU

NURHIDAYAH MUHAMAD SHARIFUDDIN


Academy of Islamic Contemporary Studies [ACIS]
UiTM PERAK
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
 TEORI KEDATANGAN ISLAM

 FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM

 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU

 TAMADUN MELAYU SEBAGAI ASAS PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA


Alam Melayu termasuk wilayah Asia Tenggara yang termasuk
pulau-pulau Melayu seperti Borneo, Sumatera, Kepulauan Riau,
Jawa, Maluku, Luzon, dan Mindanao.

Terdapat 2 jenis kepercayaan yang menguasai Alam Melayu


iaitu:
1. Amalan warisan budaya tempatan yang kuat berpegang
kepada animisme dengan mempercayai wujudnya roh yang
boleh menguasai manusia.

2. Pengaruh Hindu-Buddha, ajaran Hindu-Buddha yang


mengagongkan dewa dewi telah mempengaruhi masyarakat
Melayu. Budaya agama Hindu masih mempengaruhi
masyarakat Melayu.

Pengaruh agama Hindu dari kitab-kitab Mahabratha, Bhagawad


Gita dan Baratayudha mempengaruhi kesenian masyarakat
Melayu.
Contoh seperti wayang kulit.
Kesusasteraan Hindu yang mempengaruhi kesusasteraan
Melayu ialah dari Epik Mahabharata:
• Hikayat Pandawa Lima
• Hikayat Pandawa Jaya
• Hikayat Panca Kelima
• Hikayat Pandawa
• Hikayat Sang Boma

Daripada Epik Ramayana:


• Hikayat Seri Rama
• Hikayat Maharaja Rawana RAJA

Pengaruh Hindu terhadap sistem politik Nusantara


PEMBESAR/

mewujudkan sistem feudal berasaskan sistem kasta


BANGSAWAN

yang dipraktikkan oleh agama Hindu. PEGAWAI


KERAJAAN

TUAN-TUAN
TANAH

SISTEM FEUDAL
sistem kemasyarakatan yang RAKYAT/PET
ANI

dikuasai oleh kaum


bangsawan
Kerajaan-kerajaan Hindu yang menguasai rantau Asia Tenggara ialah kerajaan
Langkasuka, Tambralinga, Kedah Tua (Lembah Bujang), Srivijaya, Mataram
dan Majapahit.

CHANDI CANDI BUKIT BATU


BOROBUDUR di PAHAT di DAERAH
PULAU JAWA BUJANG, KEDAH
TEORI
KEDATANG
AN ISLAM

CHINA
DAN
CHAMPA

TANAH
INDIA
ARAB
Teori kedatangan Islam dari tanah Arab mendapat sokongan kebanyakan
TANAH ARAB ahli sejarah terutamanya sejarawan tempatan, Prof HAMKA dan Prof
Syed Naquib al-Attas
1. Aktiviti perdagangan
 Melalui aktiviti perdagangan rempah ratus & kapur barus
 Khalifah Muawiyah mengirim utusan kepada raja kerajaan Srivijaya di Kepulauan Melayu supaya baginda memeluk agama Islam
2. Tulisan & hasil karangan
 Tulisan jawi menjadi teras tulisan di Alam Melayu
3. Cara pembacaan al-Quran
 Cara bacaan al-Quran jelas menunjukkan wujudnya pengaruh bacaan Arab
4. Istilah Arab-Melayu
 contoh: Melaka  berasal bahasa Arab “Mulaqat” bererti tempat pertemuan
 Contoh lain : adil, zalim, tabib, ilmu, kanun, kalam
5. Sistem undang-undang Islam
 Kerajaan Melayu-Islam menggunakan sistem undang-undang Islam dalam pentadbiran negara
 Contoh: Undang-undang Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka (wujud pengaruh pemikiran hukum aliran Mazhab Syafie)
6. Nama Arab-Melayu
 Gelarah Syed & Syarifah
 Fatimah, Hafiz, Zulkifli, Muhammad dll
Teori ini dibawa oleh sarjana Barat – Snouck Hugronje,
INDIA Moquette, Brian Harrison, Thomas Arnorld, Weirtheim.
1. Khidmat nasihat perdagangan
 [menurut Snouck Hurgronje & disokong oleh Brian Harisson]= Masyarakat Alam Melayu (AM)
mendapatkan khidmat nasihat & bimbingan drp masyarakat India
2. Masyarakat Malabar = mazhab Syafie
 [Thomas Arnold] = agama Islam di AM sama dengan yg dianuti oleh msykt Malabar yg berpegang kepada
mazhab Syafie.
 Bukti: Islam masuk ke AM selepas Gujerat terima Islam
3. Pedagang Gujerat
 Mereka dipercayai menyebarkan Islam ke AM
 Bukti: penemuan batu nisan Maulana Malik Ibrahim di Gersik & batu nisan Umar ibn Ahmad Kazaruni di
Gujerat
4. Pengaruh perkataan India
 Contoh: “labbaygon”  lebai
 LABBAYGON: Orang muslim india yg menjaja batu permata memakai songkok putih.
5. Senibina
- Kubah masjid pengaruh senibina India
Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang dibina Masjid India Muslim di Ipoh dibina
pada abad ke-18 oleh saudagar India Muslim. pada 1908 digunakan oleh masyarakat
India-Muslim
Teori ini berdasarkan catatan orang Cina Islam bahawa
CHINA/CHAMPA orang Arab-Islam telah datang ke China pada zaman
pemerintahan Maharaja T’ai Tsuing dari Dinasti Pang
(627-650 M).
1. Pemberontakan Di Canton
 Canton- pusat tumpuan para pedagang & pendakwah Islam
 Saad ibn Waqas & Qutaibah ibn Muslim pernah sampai ke sempadan negara China
 Pemberontakan yg berlaku mengorbankan ramai pedagang asing (Arab & Parsi) – menyebabkan mereka terpaksa selamatkan diri &
berhijrah ke Kalah (Kedah) & Palembang
2. Pedagang Islam Dari China
 catatan Dinasti Sung bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan & dibawa oleh pedagang-
pedagang Islam dari negara China pada awal 977 M.
3. Batu Bersurat Teluk Cik Munah Di Pahang
- Islam masuk melalui Pantai Timur – dari China & Indochina
4. Monumen-Khat Kufi-Hukum Islam
 kewujudan batu nisan yang bertulis khat Khufi bertarikh 1039 M dan tugu yang bertarikh 1025M dan 1039M di Champa (Vietnam).
 Khat khufi popular di China
 Pada tugu ini terdapat catatan yang berkait dengan hukum-hukum Islam.
5. Batu Bersurat Terengganu
 Penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu memperkukuhkan teori Islam dibawa dari China dan Champa kerana penggunaan
Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kampung Keling (1748)
dibina pada abad ke-18, antara masjid tertua di Malaysia.
Namun seni binanya juga mempunyai pengaruh Hindu pada
ukiran selain pengaruh China pada menara pagoda.

Batu Bersurat di Kuala


Berang, Terengganu
FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM
MELAYU
 Kehebatan Islam – ajaran Islam yang mempunyai keindahan dan kesan tersendiri di mana
orang Islam tidak akan meninggalkan agama ini.
 Pendakwah – melakukan dengan ikhlas dan sepenuh hati tanpa mengharapkan ganjaran
dunia.
 Perkahwinan – mempercepatkan usaha dakwah.
 Politik dan penaklukan – negara-negara sekitar bernaung di bawah negara Islam seperti
Pasai dan Melaka.
 Ekonomi dan perdagangan – menggalakkan penyebaran Islam dengan hubungan
langsung
 Pemimpin dan Pembesar- sikap taksub dan taat masyarakat melayu kepada raja
FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU

Sistem pendidikan
Islam di masjid,
surau, istana,
pondok & rumah
ulama’

Pengislama
n raja-raja
Melayu

PENDAKW
KEISTIMEWAA AH
N ISLAM

Kegigihan &
kebijaksanaa
n pendakwah
PERKAH
WINAN

Raja + Puteri
raja
berhampiran

Pembesar & Sufi,


rakyat mengikut pedagang +
jejak langkah anak gadis
raja mereka tempatan
PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU

EKONOMI
KEBUDAYAA
N
PENDIDIKA
N
UNDANG-UNDANG

AKIDAH
PERUBAHAN DARI ASPEK AKIDAH /
KEPERCAYAAN
 Kepercayaan masyarakat melayu sebelum kedatangan Islam:

1. Animisme & Dinamisme  percayai setiap benda mempunyai jiwa, roh @ semangat

2. Percaya kuasa roh nenek moyang

3. Percampuran ajaran Hindu-Buddha

4. Kepercayaan politheisme  kepercayaan kepada banyak tuhan

 Selepas kedatangan Islam:

1. Keyakinan berteraskan ketauhidan Allah swt – menjadi asas akidah Islam

2. Kepercayaan monotheisme  kepercayaan kepada tuhan yg satu

3. Melahirkan amalan yg selaras dengan syariat Islam


PERUBAHAN DARIPADA ASPEK UNDANG-
UNDANG
 Selepas kedatangan Islam, undang2 melayu di ubahsuai mengikut undang2 Islam

 Berpandukan sumber asli iaitu al-Quran dan as-Sunnah

 Hukum Kanun Melaka – 18 fasal undang-undang Islam. Contoh kesalahan yang terdapat di
dalam fasal iaitu kesalahan membunuh

 Undang-undang Laut Melaka – yang mengandungi 25 fasal, hanya 1 fasal sahaja


berpandukan Islam iaitu kesalahan zina
PERUBAHAN DARIPADA ASPEK
PENDIDIKAN
 Pengaruh terbesar kedatangan Islam dapat dilihat dalam pendidikan.

 Pengajaran ilmu berasaskan Islam dilakukan secara meluas.

 Kanak-kanak Islam diwajibkan mempelajari cara-cara membaca Al-Quran.

 Pada awalnya, guru-guru agama adalah orang asing – Arab, India dan Parsi.

 Kemudiannya lahir ulama Melayu.

1. Nuruddin al-Raniri – Nama Kitab: Hidayah al-Imam, Sirat al-Mustaqim

2. Abdul Rauf Fansuri – Nama Kitab: Umdat al-Muhtajin, Mir’at al-Tullab

3. Abdul Samad al-Falimbangi – Nama Kitab: Zuhra al-Murid


PERUBAHAN DARI ASPEK KESENIAN

 Pengaruh Islam - batu nisan, makam, masjid dan khat.

 Antara batu nisan yang menampakkan pengaruh Islam ialah batu nisan Syeikh Abd al-
Qadir bertarikh 903 M di Kedah.

 Batu nisan Maulana Malik Ibrahim berbentuk kapal terbalik menunjukkan pengaruh
Parsi. Ini termasuk pengaruh tulisan dan hiasan dedaunnya.
Berasaskan seni bina Mongol di India
Berasaskan seni bina Moorish

Seni ukir Islam berasaskan flora Seni khat di dalam masjid


PERUBAHAN DARIPADA ASPEK SOSIO-EKONOMI

 Sebelum kedatangan Islam- ekonomi tidak menentu. Ibarat kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang
 Selepas kedatangan Islam:
 Aktiviti ekonomi bercorak agraria iaitu penanaman, perikanan, penternakan
 Lahir pasar atau kota bersifat antarabangsa
 Sistem mata wang digunapakai secara meluas
TUGASAN AKHIR CTU 151
 TUGASAN MENGIKUT KUMPULAN MASING-MASING
 PEMBENTANGAN AKAN BERMULA PADA 21 MEI 2018 dan 4 JUN 2018
 BUAT DALAM BENTUK POWERPOINT
 PENILAIAN MARKAH (10 MARKAH):
1) 7 MARKAH (KUMPULAN)
 KEKEMASAN DAN KEPADATAN ISI
 TIADA COPY DAN PASTE DARI LAMAN SESAWANG
 CARA PEMBENTANGAN DIJALANKAN (tidak hanya membaca dari slide sahaja. Perlu ada penerangan
yang diberikan dan eye contact dengan audience)
2) 3 MARKAH (INDIVIDU)
 MENJAWAB SOALAN DARIPADA AUDIENCE
3) 1 MARKAH TAMBAHAN
 BAGI SETIAP SOALAN YANG DIBERIKAN KEPADA PEMBENTANG
1. LGBT : BAHAYA KEPADA UMAT ISLAM

2. ISLAM LIBERAL: IMPLIKASI TERHADAP AGAMA DAN NEGARA

3. SYIAH: MENCEGAH SEBELUM PARAH

4. ISLAMOFOBIA: STRATEGI MENGATASINYA

5. SEKULARISME: KESANNYA TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

6. ISIS: PEJUANG ATAU PENGGANAS


TAMADUN MELAYU SEBAGAI ASAS
PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

BANGSA MELAYU MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

ISLAM DAN PERLEMBAGAAN

DASAR PENDIDIKAN NEGARA

DASAR KEBUDAYAAN NASIONAL

DASAR BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI

JATI DIRI MELAYU


1. BANGSA MELAYU MENURUT PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

 Kedudukan & keistimewaan Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu

 Kedudukan keistimewaan orang Melayu & agama Islam [kontrak sosial]

 Takrif Melayu: “seseorang yang menganut agama Islam, bertutur bahasa Melayu, mengamalkan
adat istiadat Melayu, lahir sebelum hari merdeka di persekutuan @ Singapura. Sementara ibu
dan bapanya lahir di Persekutuan @ Singapura pada hari Merdeka”.

 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara


2. ISLAM DAN PERLEMBAGAAN
 “agama Islam adalah agama bagi persekutuan; agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai

di mana-mana bahagian persekutuan”.

 Adat Melayu dan perundangan Islam

•Melaka: Hukum kanun melaka, undang-undang laut melaka

•Johor: undang-undang Johor, undang-undang tubuh negeri johor

•Pahang: undang-undang pahang

•Kedah: undang-undang kedah

•Terengganu: itqan al-mulk [perlembagaan negeri terengganu]

•Perak: undang-undang ii, undang-undang keturunan daripada turun negeri perak

•Negeri sembilan: hukum adat, undang-undang adat


3. DASAR PENDIDIKAN NEGARA

 Falsafah pendidikan negara: “satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi


individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan”.

 Ilmu + pendidikan + budi pekerti = warganegara yang baik

 Ilmu: mempengaruhi, mengubah & membentuk diri masyarakat

 Pendidikan: pembangunan & kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu bermula


dengan keluarga hingga ke masyarakat & negara.
4. DASAR KEBUDAYAAN NASIONAL
Perkara 1
 Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura,
Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari
kawasan tamadun.
 Rantau ini pusat pemancaran, pengembangan dan warisan kebudayaan Melayu.
 Persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu-Austronesia, kedudukan geografi,
pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya.
Perkara 2
 Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai boleh diterima sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses
penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.
 Budaya Cina, India, Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi pengimbangan dan penerimaan dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan.
Perkara 3
 Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan agama sebagai agama rasmi negara
 Nilai-nilai Islam telah sedia didukung oleh sebahgian besar rakyat rantau ini.
5. DASAR BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI

 Bahasa rasmi: bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan harian negara

 Bahasa kebangsaan: bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan di kalangan warganegara

Fungsi bahasa rasmi:

 Bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas rasmi negara

 sebagai media segala urusan surat-menyurat di dalam dan di antara jabatan-jabatan kerajaan

 Digunakan dalam semua rekod-rekod kerajaan

 Sebagai media untuk menuliskan semua undang-undang dan peraturan-peraturan negara

 Digunakan untuk semua jenis borang urusan rasmi kerajaan


6. JATI DIRI MELAYU

 Maksud jati: asli, murni, tulen dan tidak bercampur

 Maksud jati diri: identiti yang memisahkan suatu peribadi dengan peribadi yang lain

 **Jati diri merujuk kepada ciri-ciri sejati yang dimiliki oleh seseorang secara lahiriah dan
nilai-nilai yang menjadi pegangannya.

 Melayu: jati diri sebagai orang Melayu + jati diri sebagai rakyat Malaysia + jati diri
sebagai penganut Islam

You might also like