Jenis Dan Bentuk Kesusasteraan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

BENTUK

KESUSASTERAA
N
• KESUSASTERAAN
MELAYU KLASIK
(TRADISIONAL).
•KESUSATERAAN
MELAYU MODEN.
KESUSATERAAN MELAYU KLASIK
(TRADISIONAL)
• Klasik bermaksud serius dan abadi nilainya, tertinggi
mutunya, dan menjadi standard kepada yang lain,
mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-ciri
yang lazim dan tidak berubah mengikut masa.
• Sastera klasik ialah bentuk sastera yang masih kekal
dan sentiasa subur dalam kalangan masyarakat melayu,
sama ada sebagai sumber pengetahuan, amalan,
pengajaran, sempadan tingkah laku atau sumber atau
perundangan dan pengenalan masyarakat Melayu
kepada masyarakat luar dari alam Melayu.
•Pada awalnya, sastera jenis ini menerima pengaruh
Hindu dan Buddha.
•Buktinya: Kesan tapak kuil dan batu bersurat yang
melambangkan bahasa Melayu pada ketika itu yang
dikenali sebagai bahasa Melayu kuno.
•Selepas itu, munculnya kerajaan Melayu Sriwijaya yang
berwibawa dan menjadi pusat pentadbiran agama
Buddha.
•Contohnya: Puisi bertajuk Jakatamala yang merupaan
puisi sanjungan terhadap dewa-dewa.
• Mengalami ledakan perkembagan pada abad ke-14
hingga ke abad ke-16 dengan kedatangan Islam.
•Munculnya tulisan Jawi.
•Agama Islam mengambil alih peranan agama Hindu
dan Buddha.
•Istana menjadi pusat perkembangan kesusasteraan
Melayu klasik yang utama.
•Kesusasteraan Melayu klasik ialah hasil karya seni
yang disampaikan melalui bahasa, sama ada secara
lisan atau tulisan yang menyatukan falsafah pencipta
dengan penerimanya pada zaman itu.

•Terbahagi kepada dua genre iaitu:


1. Sastera lisan (sastera rakyat)
2. Sastera tulisan (sastera istana)
Sastera Rakyat (lisan)

Bukan
Naratif
naratif
• Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat
yang menghuraikan suatu peristiwa. Sub-genre sastera
naratif termasuklah mitos, legenda, dan juga cerita
rakyat.

•Sastera rakyat bukan naratif merujuk kepada


pengucapan yang indah-indah yang tidak
mengandungi penceritaan suatu peristiwa. Bentuk
sastera ini sebenarnya wujud di sekeliling kita, tetapi
umumnya orang ramai tidak menyedari
kewujudannya.
CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT
1. Penyebaran dan diwariskan secara lisan.
2. Bersifat tradisional dan lama.
3. Wujud dalam variasi yang berbeza-beza.
4. Bersifat anonimi.
5. Menjadi hak milik bersama masyarakat yang
menghasilkannya.
6. Mempunyai bentuk berpola dengan plot yang lebih kurang
sama.
7. Mempunyai fungsi tertentu.
8. Penulisannya bersifat sederhana, spontan dan kasar.
SASTERA ISTANA (TULISAN)
•Mula diperkenalkan selepas penerimaan Islam pada
abad ke-15.
•Berkembang dalam lingkungan istana.
•Jenis dan bentuk sastera istana ialah:
1. Sastera hikayat
2. Sastera undang-undang
3. Sastera epik
4. Sastera panji
5. Sastera agama/kitab
6. Sastera ketatanegaraan
KESUSASTERAAN MELAYU
MODEN
•Hasil karya sastera selepas tahun 1800M digolongkan
dalam sastera moden.
Annas Hj. Ahmad (1988: 52)
•Faktor yang memisahkan sastera Melayu moden
dengan sastera Melayu klasik ialah:
1. Pembahagian masa
2. Cara sesuatu masyarakat itu berfikir
•Contohnya, sajak bebas yang ada pada hari ini
merupakan satu penyimpangan daripada bentuk puisi
lama seperti pantun dan syair dalam kesusasteraan
Melayu klasik.
• Abdullah b. abdul Kadir Munsyi merupakan orang
yang membawa pembaharuan dalam sejarah
kesusasteraan Melayu moden.
• contoh karyanya yang terkenal ialah:
1. Hikayat Abdullah
2. Kisah Pelayaran Abdullah
Jenis dan bentuk kesusasteraan
Melayu moden

Sajak

Cerpen Balada
NovelOda
Roman Epigram Himne Elergi Satira

You might also like