Tajuk 10 Motivasi & Pembelajaran PDPP

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

Tajuk 10

MOTIVASI & PEMBELAJARAN


KOMPILASI OLEH:
DR HASHIMAH BINTI HASHIM
JABATAN ILMU PENDIDIKAN, IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANDAR
BARU BANGI, BANGI , SELANGOR.
KANDUNGAN

PERSPEKTIF BEHAVIORIS
- Teori Peneguhan Skinner

PERSPEKTIF KOGNITIVIS
- Teori Pencapaian Mc Clelland
- Teori Atribusi WeineR
- Teori Expectancy x Value Vroom

PERSPEKTIF HUMANISTIK
- Abraham Maslow
- Carl Rogers

IMPLIKASI MOTIVASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Konsep Asas Motivasi
- Dirangsang oleh motif dan insentif perkataan “motif” yang
bermaksud “menggerakkan”.

- Motivasi adalah sesuatu yang menggerakkan kita untuk


mengambil sesuatu tindakan.

- Insentif – sebab atau kehendak yang membangkitkan seseorang


untuk bertindak
samb…Konsep Asas Motivasi
- Keadaan dalaman yang merangsang, mengarah
dan mengekalkan tingkah laku;

- satu penggerak dari dalam hati untuk melakukan sesuatu


tindakan demi mencapai matlamat

- Secara ringkas, proses menghasilkan tenaga oleh keperluan


yang diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat.
samb…Konsep Asas Motivasi
Tahap motivasi murid-murid akan berubah secara positif atau
negatif akibat suasana bilik darjah. Faktor yang mempengaruhi
motivasi murid:

- minat terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi


terhadap kegunaanya;

- keyakinan diri serta harga diri; dan

- keinginan untuk berjaya dalam pelajaran.


KESIMPULANNYA...

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,


motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting
yang membolehkan murid-murid melibatkan diri
secara aktif, disamping menjadikan proses
pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan
bermakna, berfaedah dan menggembirakan.
(Kamarudin Hj Husin, 1993)
JENIS MOTIVASI

Motivasi Ekstrinsik Motivasi intrinsiK

- Berpunca daripada luar seperti - Berpunca dari dalam atau


mendapat ganjaran. luar diri seseorang.

- Wujud daripada rangsangan - Lebih kepada


luaran yang bertujuan untuk penghargaan kendiri.
menggerakkan individu supaya
melakukan sesuatu.
PERSPEKTIF BEHAVIORIS
- Teori Peneguhan Skinner

Menurut ahli Behavioris, motivasi merujuk kepada


perubahan tingkahlaku akibat interaksi pengalaman
seseorang dengan persekitaran.

Prinsip yang diamalkan adalah motivasi kepada


murid dalam bentuk ganjaran atau dendaan luar.
samb…PERSPEKTIF BEHAVIORIS
- Teori Peneguhan Skinner

- Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk


menggalakkan sesuatu perlakuan.

- Menurut Skinner, peneguhan terbahagi kepada dua iaitu:


- Peneguhan positif
- Peneguhan negatif
samb…PERSPEKTIF BEHAVIORIS
- Teori Peneguhan Skinner

PENEGUHAN POSITIF
 Memberikan suatu ganjaran setelah sesuatu perlakuan positif.

 Dalam bilik darjah, peneguhan positif akan memberikan sesuatu berbentuk motivasi.

 Contoh : memberikan pujian, memberikan senyuman, memberi hadiah.

 Peneguhan positif dari guru akan mendorong pelajar untuk menghasilkan kerja yang
bermutu.

 Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja diberikan peneguhan positif.


samb…PERSPEKTIF BEHAVIORIS
- Teori Peneguhan Skinner

PENEGUHAN NEGATIF

 Ditafsirkan sebagai hukuman, tindakan atau denda yang digunakan oleh


seseorang guru bagi menghalang murid berkelakuan tidak diingini.

 Contoh : mengurangkan masa rehat berbanding rakan yang lain.

 Tindakan ini dapat menghalang murid daripada terus mengulangi kelakuan yang
tidak baik.
samb…PERSPEKTIF BEHAVIORIS
- Teori Peneguhan Skinner
Motivasi Ekstrinsik Menurut Skinner

Ganjaran – sesuatu objek atau peristiwa yang diberi akibat kelihatan atau manifestasi sesuatu
tingkahlaku yang diingini.

Contoh: murid anda yang berjaya menyelesaikan masalah Matematik dengan betul dalam masa yang
diperuntukkan diberi ekonomi token berbentuk bintang.

Insentif – sesuatu objek atau peristiwa yang menggalakkan tingkah laku positif atau menghindarkan
tingkah laku yang diingini.

Contoh: guru memberi janji atau jaminan kepada murid yang berjaya mengumpulkan sejumlah
token ekonomi yang ditetapkan.
PERSPEKTIF KOGNITIVIS

- Teori Pencapaian Mc Clelland


- Teori Atribusi WeineR
- Teori Expectancy X Value Vroom
PERSPEKTIF KOGNITIVIS

 Ahli kognitivis memberi penekanan kepada kepercayaan, jangkaan dan


keperluan untuk peraturan, ramalan dan pemahaman.

 Semulajadi - murid-murid akan dimotivasikan untuk belajar apabila mereka


mendapati ketidaktekalan antara pengalaman mereka dengan pemahaman masa
kini

 Mereka telah menemui persamaan antara perkara-perkara yang belum wujud


dalam skema mereka.
PERSPEKTIF KOGNITIVIS
- Teori Motivasi Pencapaian Mc Clelland
• Motivasi meningkat jika pelajar dimotivasikan, memahami unsur-unsur motivasi
dan libatkan diri dalam usaha itu.

• Motivasi bertindak dua hala,memberi dan menerima. Beliau membezakan di antara


high achievers dengan low achievers yang mana pada kebiasaannya high achievers
menetapkan matlamat tidak mudah dan terlalu susah untuk dicapai.

• Satu set proses memberi tenaga kepada tingkah laku seseorang itu dan matlamat
menjuruskan tingkah laku itu kepada satu matlamat; pilihan positif bermakna dan
memuaskan keperluannya.
samb…PERSPEKTIF KOGNITIVIS
- Teori Pencapaian Mc Clelland

Perlu wujud maklumbalas yang jelas dan nyata tentang kejayaan daripada usaha
seseorang.

• Teori ini menjelaskan bahawa pencapaian akan dipertingkatkan malalui latihan


atau pendedahan kepada pengalaman baru.

• Teori ini menyebabkan harapan untuk kejayaan dan ketakutan untuk kegagalan
tertanam dalam jiwa pelajar.
PERSPEKTIF KOGNITIVIS
- Teori Atribusi Weiner

- Teori ini merupakan teori kontemporari yang berpengaruh terhadap implikasi motivasi
akademi.

- Weiner menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang
diingini.

- Penekanan tertumpu kepada persepsi murid yang mempengaruhi cara mereka mentafsirkan
kejayaan atau kegagalan hasil usaha sendiri dan turut mempengaruhi kecenderungan murid
untuk mengulangi tingkah laku yang sama.
Samb…PERSPEKTIF KOGNITIVIS
- Teori Atribusi Weiner

- Atribut boleh wujud dalam tiga dimensi;


1. Lokus : Lokasi sesuatu penyebab berada.
2. Stabiliti : Penyebab boleh berubah atau tidak berubah.
3. Kawalan : Sejauhmana murid bertanggungjawab atas
kejayaan atau kegagalan mereka dalam mengawal situasi
pembelajaran yang dilalui.
Samb…PERSPEKTIF KOGNITIVIS
- Teori Atribusi Weiner

Aras kesukaran
tugas yang Kebolehan
diberi

Nasib Usaha
PERSPEKTIF KOGNITIVIS
- Teori Expectancy X Value Vroom
- Menurut Victor Vroom - kita biasanya dimotivasikan untuk melakukan sesuatu berasaskan kepada
apa yang kita anggapkan sebagai impak ke atas tindakan kita.

- Kita akan mengkaji ganjaran yang timbul hasil daripada tindakan yang kita ambil.

- Seterusnya kita bertindak mengikut cara yang akan membawa kejayaan dan pemberian ganjaran
yang paling besar.

- Teori ini diwakili oleh rumus :


Motivasi = Harapan X Nilai

hasil dua variable, iaitu:


- harapan untuk mencapai sesuatu matlamat dan
- nilai matlamat tersebut kepada individu berkenaan.
PERSPEKTIF HUMANISTIK

- ABRAHAM MASLOW
 CARL ROGERS
PERSPEKTIF HUMANISTIK
- Menekankan bahawa manusia menginginkan kebebasan peribadi dalam
membuat pilihan dan memiliki.

- Kegigihan kendiri yang mendorong untuk melakukan tingkah laku tertentu


ke arah penyempurnaan kendiri.

- Menyakini bahawa manusia dilahirkan dengan kecenderungan semulajadi


dan ada keperluan untuk berusaha mencapai potensi yang optimum.

- Matlamat pendekatan humanistik adalah untuk meransang pengalaman


murid supaya mereka dapat bertindak lebih terbuka terhadap pembelajaran
berbanding persekitaran
PERSPEKTIF HUMANISTIK
Abraham Maslow
Keperluan merupakan
desakan yang
memotivasikan
seseorang untuk
bertindak terhadap
sesuatu matlamat sama
ada untuk memenuhi
keperluan fisiologi,
psikologi, emosi atau
intelek.
PERSPEKTIF HUMANISTIK
Carl Rogers
 menekankan kecenderungan manusia ke arah penyempurnaan kendiri

 Mengesyorkan supaya kecenderungan ini berorientasikan pertumbuhan kendiri,


autonomi (hak sendiri) dan kebebasan berbanding dengan kawalam kuasa-kuasa
luaran

 Kecenderungan ini bersifat semula jadi yang bergantung kepada pengalaman dan
interaksi seseorang dgn org lain yang boleh memupuk atau menghalang
pertumbuhan dan perkembangan autonomi murid-murid
PERSPEKTIF HUMANISTIK
Carl Rogers
 pengalaman yang amat penting ialah penerimaan positif tanpa syarat iaitu
kepercayaan bahawa orang lain haruslah diterima secara holistik walaupun
mempunyai kekurangan tertentu dari segi tingkah laku mereka

 Melalui pendekatan ini, guru perlu percaya bahawa semua murid mempunyai
potensi masing-masing yang boleh dipupuk dan dikembangkan ke tahap
maksimum
Implikasi Motivasi
Terhadap
Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi
Motivasi Perspektif Behavioris
Terhadap Pengajaran & Pembelajaran
- Guru mengiktiraf dan memberi peneguhan kepada kejayaan murid serta
membantu murid menimbang nilai dan manfaat peribadi terhadap pembelajaran.

- Insentif positif dalam pembelajaran diberikan dalam bentuk menghadiahi


bintang, memberi skor dan gred yang baik berdasarkan hasil kerja murid yang
memuaskan.

- Mempamer hasil kerja murid pada papan buletin.

- Menganugerahkan sijil pencapaian


Samb…Implikasi
Motivasi Perspektif Behavioris
Terhadap Pengajaran & Pembelajaran

- Memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti yang digemari


seperti membenarkan  murid bermain game yang diminati.

- Memberi peluang kepada murid untuk mengikuti lawatan yang


dianjurkan oleh pihak sekolah secara percuima.
Implikasi
Motivasi Perspektif Kognitivis
Terhadap Pengajaran & Pembelajaran
- Guru perlu membantu murid untuk percaya bahawa mereka ialah kompenten.

- Kegagalan hanya berlaku sekai sekala atau mungkin disebabkan oleh nasib
dan usaha yang tidak mencukupi. Justeru perkara ini tidak akan berlaku  pada
masa hadapan.

- Guru menggalakkan murid untuk berusaha  dan melipat


gandakan usaha untuk berjaya.

- Guru memastikan murid berusaha dan beranggapan bahawa


mereka boleh berjaya.
Samb…Implikasi
Motivasi Perspektif Kognitivis
Terhadap Pengajaran & Pembelajaran

- Guru perlu melakukan sesuatu agar murid tidak gagal berulang


kali supaya murid tidak berasa tidak kompenten.

- Guru membantu murid untuk memahami bahawa tingkah laku


mereka akan membawa kepada kejayaan atau kegagalan.

- Guru meransang konsep kendiri murid dan memfokus usaha


sebagai faktor kejayaan.
Samb…Implikasi
Motivasi Perspektif Kognitivis
Terhadap Pengajaran & Pembelajaran

- Meransang murid untuk menghargai nilai pendidikan sebagai


satu cara untuk meningkatkan taraaf hidup murid.
- Memberi semangat berkenaan nilai pendidikan dengan
membawa model yang telah berjaya untuk dikongsi kejayaan.
- Memberi penekanan kepada murid bahawa model yang
berjaya kini ialah murid yang tidak cemerlang pada masa
dahulu.
- Memastikan tugasan penguasaan dan perkembangan yang
membolehkan murid memperolehi kejayaan
Implikasi
Motivasi Perspektif Humanistik
Terhadap Pengajaran & Pembelajaran
- Mengamalkan penerimaan positif murid tanpa syarat seperti
mengasingkan tingkah laku murid daripada kebolehan dan bakat
mereka.
- Mewujudkan bilik darjah yang selamat dan tersusun supaya murid-
murid percaya bahawa mereka dapat belajar.
- Memberi pertimbangan kepada pengalaman pengajaran dan
pembelajaran daripada perspektif murid-murid.
- Membantu murid mencapai kejayaan  terutama dalam tugasan
yang mencabar.
Implikasi Motivasi Perspektif Humanistik
Terhadap Pengajaran & Pembelajaran

- Memberi murid mekanisme konkrit supaya mereka dapat melihat


kemajuan masing-masing dari masa ke semasa.

- Mengurangkan persaingan dan mengelakkan wujudnya situasi-


situasi murid dinilai secara kurang adil dalam kalangan rakan
sebaya.

- Menggalakkan murid mencari makna dalam pembelajaran secara aktif.

- Menggalakkan murid menentukan matlamatnya sendiri


SEKIAN & TERIMA KASIH

You might also like