Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Tajuk: Meskipun undang-undang Zon Ekonomi

Eklusif (ZEE) penting dalam sesebuah negara.


Namun ZEE juga menimbulkan masalah dalam
hubungan serantau. Huraikan
Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) merupakan suatu kawasan laut
yang luasnya 200 batu nautika dari garis pantai sesebuah
negara. ZEE amat penting dalam sesebuah negara namun ZEE
turut menimbulkan masalah dalam kalangan negara serantau.
Undang-undang Zon Ekonomi Ekslusif penting dalam
pengurusan sumber alam. Hal ini kerana undang-undang ZEE
tersebut membenarkan setiap negara menjalankan
penyelidikan ke atas sumber alam. Sebagai contoh, setiap
negara boleh menjalankan penyelidikan tentang bagaimana
dan cara pengurusan ke atas hidupan marin. Kesannya,
hidupan marin dapat dipelihara dan banyak masalah alam
sekitar boleh dicegah.
Selain itu, kepentingan ZEE dalam sesebuah negara ialah
untuk menjamin keselamatan di perairan. Hal ini adalah
kerana untuk mengawal aktiviti nelayan asing di laut daripada
mencerobohi sempadan perairan bagi sesebuah negara.
Sebagai contoh, pencerobohan nelayan asing dari Thailand
dan Vietnam. Sejajar dengan itu, bilangan pencerobohan
nelayan asing dapat dikurangankan dan hak sempadan negara
dapat dipelihara.
Walau bagaimanapun, kepentingan ini juga menimbulkan
pelbagai masalah dalam hubungan serantau. Antarannya
adalah masalah lanun. Selat Melaka dan Laut China Selatan
merupakan sebahagian besar perairan negara yang sangat
terdedah kepada ancaman lanun. Kedatangan mereka akan
menjejaskan kegiatan ekonomi di sesebuah negara. Ancaman
lanun ini berlaku kerana kegiatan ekonomi yang bebas
dijalankan di kawasan perairan menyebabkan lanun
berkesempatan untuk mencerobohi kawasan perdagangan
tersebut. Hal ini akan mendatangkan masalah kepada ekonomi
sesebuah negara.
Masalah yang seterusnya yang telah ditimbul dalam
hubungan serantau ialah pencerobohan nelayan asing ke
kawasan ZEE. Masalah pencerobohan ini telah wujud dari dulu
dan masih berterusan sehingga sekarang. Nelayan asing telah
menggunakan kapal laut dalam untuk menangkap ikan laut
dalam di perairan negara jiran. Sebagai contoh, pencerobohan
nelayan asing dari Thailand dan Vietnam ke perairan Malaysia.
Hal ini demikian akan menjejaskan hubungan yang erat antara
sebuah negara dengan negara lain.
Akhir sekali, undang-undang ZEE juga telah menimbulkan
masalah pertindihan sempadan dalam hubungan serantau. Hal
ini berfokus kepada isu pertindihan sempadan antara negara
berjiran seperti Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan
Indonesia. Masalah ini akan menyebabkan berlakunya
perselisihan faham antara negara oleh sebab pihak yang
menjaga kawasan perairan masing-masing akan sering
dipersalahkan kerana tidak memantau serta menjaga
kedudukan di kawasan ZEE dengan cekap. Perkara ini akan
mengeruhkan lagi hubungan diplomatik antara negara yang
berkongsikan kawasan sempadan.
Kesimpulannya, ZEE harus dipelihara dengan bijak dan baik
kerana ZEE mendatangkan banyak kepentingan kepada
sesebuah negara. Oleh itu, setiap negara harus bekerjasama
untuk memelihara kawasan ZEE agar bertelingkahan antara
negara tidak berlaku.

You might also like