Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1E2 MENGAPLIKASI

ASAS LITAR ELEKTRIK

OBJEKTIF PENGAJARAN:

 1I5 MENGENALPASTI KOMPONEN ARUS ULANG-


ALIK (AU) DAN ARUS TERUS (AT)
Tujuan Pembelajaran
Di akhir pembelajaran, pelatih-pelatih mesti boleh:

 Mengetahui jenis sumber bekalan elektrik


 Memahami istilah pengalir, penebat dan separuh
pengalir
Skop
 KOMPONEN ARUS ULANG ALIK DAM ARUS
TERUS
 KOMPONEN KAWALAN ELEKTRIK
KOMPONEN ARUS ULANG
ALIK (AU) DAN ARUS TERUS
(AT)
Pengenalan
 Tenaga elektrik merupakan sejenis tenaga yang
sangat penting kepada pengunaan manusia.
 Tenaga elektrik digunakan untuk menghasilkan
haba, cahaya dan pergerakan. Contoh
penghasilan daripada tenaga elektrik seperti
pemanasan ketuhar, pencahayaan lampu dan
pusingan motor kipas.
Sumber Tenaga Elektrik
 Tenaga elektrik perlu dijana atau dihasilkan melalui
beberapa sumber seperti cahaya, haba, magnet
dan geseran.
 Sumber-sumber ini berkeupayaan untuk
menyebabkan wujudnya beza upaya elektrik yang
diperlukan untuk arus mengalir.
Sumber Tenaga Elektrik
 Tiga kaedah terpenting penghasilan tenaga elektrik
ialah melalui:

 Tindakan elektromagnetan
 Penghasilan tenaga elektrik menggunakan alat
yang dinamai penjana (generator).
 Apabila gegelung pengalir di dalam penjana
berputar, ia memotong fluks magnet dan kesan
daripada itu tenaga elektrik terhasil.
 Turbin penjana boleh diputarkan melalui kuasa
hidro, ombak, angin dan geoterma. Jenis tenaga
elektrik yang dihasilkan adalah voltan arus ulang
alik (alternating current)
Sumber Tenaga Elektrik
 Tiga kaedah terpenting penghasilan tenaga elektrik
ialah melalui:

 Tindakan sel suria


 Penghasilan tenaga elektrik melalui ujaan atau
tindakan electron di dalam fotosel yang
menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga elektrik.
 Apabila cahaya matahari mengenai permukaan sel,
electron yang terdapat di dalam bahan sel tersebut
mempunyai tenaga yang cukup untuk
menyeberangi simpang di antara bahan P dan N
yang menghasilkan beza upaya elektrik.
 Jenis tenaga elektrik yang dihasilkan adalah voltan
arus terus (direct current).
Sumber Tenaga Elektrik
 Tiga kaedah terpenting penghasilan tenaga elektrik
ialah melalui:

 Tindak balas kimia.


 Penghasilan tenaga elektrik secara langsung
daripada tindak balas kimia di dalam bateri.
 Bateri terdiri daripada dua elektrod positif dan
negatif. Bahan elektrolit yang terdapat di dalam
bateri memastikan kestabilan ion di dalam sel bagi
mengekalkan sifat elektrod-elektrod di dalam sel.
 Jenis tenaga elektrik yang dihasilkan adalah voltan
arus terus (direct current).
Pengalir (Conductors), Penebat
(Insulators) Dan Separuh
Pengalir (Semicondutors)
 Komponen elektrik terbahagi kepada tiga jenis
utama iaitu pengalir, penebat dan separuh
pengalir.
 Pengalir merupakan bahan yang membenarkan
arus melaluinya dengan kadar rintangan yang
sangat rendah. Contoh bahan pengalir yang baik
ialah kuprum, aluminium, emas dan perak. Namun
begitu, terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi kadar rintangan bagi suatu
pengalir.
Pengalir (Conductors), Penebat
(Insulators) Dan Separuh
Pengalir (Semicondutors)
 Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan bagi pengalir
seperti berikut:
a) Panjang pengalir, l
 Semakin panjang pengalir, semakin tinggi nilai rintangannya.
b) Luas keratan rentas, A
 Semakin kecil luas keratan rentas pengalir, semakin tinggi nilai
rintangannya.
c) Kerintangan bahan, ρ (Rho)
 Semakin besar nilai ρ, semakin tinggi nilai rintangannnya.
d) Suhu persekitaran
 Semakin tinggi suhu persekitaran, semakin tinggi tinggi nilai
rintangan.
Pengalir (Conductors), Penebat
(Insulators) Dan Separuh
Pengalir (Semicondutors)
 Penebat merupakan bahan yang tidak membenarkan arus
melaluinya dengan kadar rintangan yang sangat tinggi.
Contoh bahan penebat adalah getah, polivinil, klorida,
mika, tembikar dan kertas.
 Separuh pengalir merupakan bahan di antara pengalir dan
penebat atau dikenali sebagai semiconductor. Ia
membenarkan arus mengalir melaluinya dengan kadar
rintangan tertentu bergantung kepada sifat bahan yang
digunakan. Contoh bahan separuh pengalir adalah
germanium dan silicon.
KUIZ
 NYATAKAN 3 KAEDAH DALAM PENGHASILAN TENAGA
ELEKTRIK.
 TAKRIFKAN BAHAN PENGALIR.
 TAKRIFKAN BAHAN PENEBAT.
 TAKRIFKAN BAHAN SEPARUH PENGALIR.
TERIMA KASIH

You might also like