Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

* PERATURAN AM

PELAJAR IPG
*ETIKA PEMAKAIAN
PELAJAR
*PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI KULIAH
Siswa Pendidik Lelaki
• Hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang
• Bertali leher
• Berseluar panjang (slack)
• Bertali pinggang
• Berkasut kulit warna gelap serta berstokin
• Sentiasa memakai kad matriks pelajar

Siswa Pendidik Wanita


• Memakai pakaian yang tidak mendedahkan mana-mana
bahagian anggota dari paras bawah leher hingga ke paras
bawah lutut.
• Berkasut tumit tidak melebihi 1.5 inci (3.75 cm)
• Pelajar perempuan Islam digalakkan memakai pakaian yang
menutup aurat dan bercirikan wanita muslimah
• Pelajar dilarang memakai penutup muka/purdah.
* Pelajar lelaki dilarang membotakkan kepala
* Pada hari gaya hidup sihat (hari rabu) pelajar lelaki perlu
memakai baju t-shirt berkolar dan seluar track serta
berkasut sukan.
* Mankala pelajar perempuan perlu memakai t-shirt berlengan
panjang dan seluar track serta berkasut sukan.
* Pada hari khamis, pelajar perlu memakai baju batik.
* Pada hari jumaat, pelajar lelaki Muslim digalakkan memakai
baju melayu, bersongkok dan bersampin ketika menghadiri
kuliah.
* Pelajar lelaki dilarang memakai kurta atau jubah pada hari
jumaat
* Pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan
mempamer kad matrik semasa berada di dalam kampus IPG
atau menghadiri aktiviti rasmi di luar kampus IPG.
* Pelajar dikehendaki pada setiap masa memakai tanda nama
(nametag) yang ditetapkan oleh pihak IPG semasa
menghadiri kuliah dan majlis rasmi di dalam atau di luar
IPG.
* Pelajar diwajibkan hadir ke kuliah, tutorial, kokurikulum,
praktikum, program berasaskan sekolah dan aktiviti rasmi IPG.
* Pelajar wajib menepati masa ketika menghadiri kuliah, tutorial,
kokurikulum, praktikum, program berasaskan sekolah dan aktiviti
rasmi IPG.
* Pelajar yang tidak hadir kerana sakit hendaklah mengemukakan
surat cutisakit daripada hospital/klinik kerajaan/swasta atau
mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah.
* Pelajar yang mengalami sakit/demam perlu memaklumkan
terlebih dahulu kepada warden asrama.
* Pelajar dikehendaki menggunakan pintu pagar keluar masuk yang
ditentukan oleh pihak IPG. Pintu pagar ditutup pada pukul 11.00
malam.
* Pelajar boleh keluar selepas waktu kuliah iaitu pada jam 5.00
petang dan pulang sebelum 11.00 malam
* Pelajar perlu memakai kasut jika hendak keluar daripada kawasan
IPG
* Pelajar PPISMP tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri.
* Semua pelajar yang mendaftar di IPG diwajibkan tinggal menetap
di kolej kediaman seperti yang diarahkan oleh Pengarah.
* Tiada sesiapa pun boleh memasuki atau berada di dalam
bilik yang diduduki oleh pelajar termasuk ibu bapa kecuali
semasa hari pendaftaran asrama.
* Pelajar menetap perlu menjaga kebersihan, kesihatan dan
keselamatan di kolej kediaman.
* Pelajar menetap dilarang membuat bising dan perkara-
perkara yang boleh
* mengganggu ketenteraman warga kolej kediaman.
* Pelajar menetap perlu mengamalkan tingkah laku dan
menghayati Budaya IPG bersesuaian dengan profesion
keguruan.
* Pelajar menetap hendaklah memakai pakaian yang kemas
dan sopan sama ada di dalam atau di luar kolej kediaman
selaras dengan Etika Pakaian Pelajar IPG.
* Pelajar menetap hanya dibenarkan menggunakan cerek
penrsendirian dan seterika elektrik.
* Pelajar dilarang membawa peralatan memasak atau
pembakar roti atau alat mainan muzik seperti piano dan
sebagainya
* Pelajar menetap tidak boleh membazirkan air dan elektrik.
* Pelajar menetap dikehendaki menyusun semua kasut dan
selipar di tempat yang disediakan.
* Pelajar menetap dikehendaki membawa dan memasang
kain cadar dan sarung bantal masing-masing.
* Pelajar menetap tidak dibenarkan memasak dengan
menggunakan apa-apa jua kaedah di dalam bilik kediaman.
* Pelajar menetap tidak dibenarkan menggunakan lampu
minyak, lilin, lingkaran ubat nyamuk, setanggi, kemenyan,
colok atau alat/benda yang boleh menyebabkan kekotoran
dan kebakaran.
* Pelajar dilarang berkeliaran atau keluar daripada kawasan
kolej kediaman selepas jam 11.00 malam.
* Pelajar perlu memakai pakaian yang sopan ketika mahu ke
kafeteria atau koperasi.
* Pelajar perlu memakai kad matriks ketika berjumpa
pensyarah atau ke blok pensyarah
* Pelajar dilarang terlibat dalam sebarang
aktiviti buli, ugut dan mendera.
* Pelajar dilarang merokok atau vape, menjual,
mengedar atau membeli rokok di kawasan
kampus IPG.
* Pelajar dilarang berniaga dan membuat
pekerjaan tetap atau sambilan sepanjang
tempoh pengajian kecuali dengan kebenaran
Pengarah.

You might also like