Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Pengenalan

• Sejarah Sarawak dapat dibahagikan kepada tiga zaman iaitu kesultanan


Brunei, Keluarga Brooke dan juga kerajaan British.
• Pada abad ke-15 negeri Sarawak ditadbir oleh kesultanan Brunei.
• Sarawak merupakan salah satu tanah jajahan kesultanan Brunei. Namun
begitu, selepas beberapa tahun, kuasa kesultanan Brunei mulai merosot
dan hanya tinggal beberapa sahaja wilayah yang kekal.
• Hal ini menyebabkan James Brooke yang mula menaruh minat terhadap
Sarawak pula berkeinginan untuk mengambil alih pemerintahan Sarawak.
James Brooke pula merupakan seorang bekas tentera Syarikat Hindi
Timur Inggeris (SHTI) yang pernah terlibat dalam perang di Burma.
• Kekuasaan James Brooke menjadi mudah apabila rakyat Sarawak sendiri
yang sering bertelagah dan penentang pemerintah Brunei.
• Perkara ini dikatakan demikian kerana Pangeran Muda Hashim meminta
bantuan James Brooke untuk menyelesaikan pertelingkahan dengan
penduduk Sarawak.
• Sebagai ganjaran, Pangeran Muda Hashim berjanji kepada James Brooke
untuk menyerahkan Sarawak sekiranya dapat menamatkan pertelingkahan
ini yang mana telah menyemarakkan lagi semangat James Brooke untuk
memerintah Sarawak.
• Tetapi apabila pertelingkahan dapat diselesaikan, Pangeran Muda Hashim
tidak menunaikan apa yang dijanjikan kerana tiada pengiktirafan daripada
Sultan Omar Ali Saifuddin sehingga James Brooke bertindak membedil
pesisir pantai Sarawak untuk mendapat persetujuan daripada Sultan Brunei.
• Sultan Brunei pula terpaksa bertindak untuk memberi hak mentadbir
kepada James Brooke serta mengiktiraf kedudukan James di Sarawak yang
pada permulaannya hanya sekitar Tanjung Datu hingga ke Sungai
Samarahan pada tahun 1842 yang menandakan bermulanya pentadbiran
keluarga Brooke.
• James Brooke pula bertindak meluaskan kekuasaannya dengan
menyelesaikan beberapa lagi masalah serta menyerang kawasan yang
berada dibawah kekuasaan Brunei dengan alasan banyak lanun di
kawasan tersebut.
• Selepas James Brooke meninggal dunia pada 11 jun 1868, beliau telah
digantikan oleh anak saudaranya Charles Brooke (1868-1917). Raja Brooke
terakhir ialah Vyner Brooke (1917-1946).
Kejayaan James Brooke
•Politik
• Penubuhan jabatan baru
• Jabatan baru yang ditubuhkan oleh James Brooke amat penting bagi
melicinkan pentadbirannya kerana negeri yang diperintahkan adalah
luas.
• Oleh itu, James Brooke telah menubuhkan jabatan kehakiman, jabatan
polis, jabatan kastam dan cukai dan pejabat pos.
• Pembaharuan yang dilakukan ini pula biasanya diketuai oleh pegawai
Eropah dan dibantu oleh penduduk tempatan.
• Dengan ini pembaharuan pentadbiran yang dilakukan oleh James
Brooke ini tidak mengabaikan penduduk tempatan dan kuasa para
pemimpin kaum pun terjamin selagi mereka memberi sokongan kepada
James Brooke.
Kejayaan James Brooke
• Ekonomi
Perdagangan bebas yang diamalkan oleh James Brooke adalah
kerana adanya firma Eropah tetapi beliau berpendapat
bahawa penduduk Sarawak tidak dapat untuk beradaptasi
dengan perubahan ini maka beliau membawa masuk orang
cina.
Orang cina yang dibawa oleh James Brooke ini pelombong
ialah daripada Hakka dan rakan kongsinya, iaitu Twelve
Companya(San-Tiao-Kou)0 di daerah Bau di bawah pimpinan
Liaw Shang Pang.
• Sosial
Semasa pemerintahan James Brooke, mubaligh Kristian juga
turut datang ke Sarawak. Antara mubaligh Kristian yang pertama
menjalankan kegiatan di Sarawak ialah aliran Anglikan yang
dinamakan The Society for the Propogation of the Gospel (SPG).
Selepas persaraan Mc Dougall pada tahun 1869, aktiviti
mengembangkan agama Kristian telah diteruskan oleh paderi-
paderi yang lain, iaitu Walter Chambers (1870-1881) semasa
pemerintahan James Brooke. Kedatangan Mubaligh Kristian
bukan sahaja mencabar kedudukan agama islam tetapi juga
melahirkan satu pendidikan sekular yang berlainan coraknya
daripada system pendidikan orang melayu.
• Sosial
James Brooke mengamalkan dasar bebas, tidak mengganggu
adat istiadat bumiputra. Namun begitu beliau menggalakkan
dan menyokong penubuhan sekolah-sekolah yang dikendalikan
oleh badan dakwa Kristian, mazhab Anglican, oleh sebab
penubuhan sekolah-sekolah ini dipercayai akan dapat mengikis
faham animisma orang-orang Dayak seperti pemujaan semangat,
roh dan hantu. Beliau yakin bumiputera Sarawak yang bukan
Islam dapat "ditamaddunkan" melalui perkembangan agama
Kristian ini. Walaupun demikian beliau tidak lupa bahawa
Sarawak diperolehi dari tangan pembesar-pembesar Melayu
Brunei atas sokongan ketua-ketua Melayu Sarawak.
• Corak pelajaran penduduk Sarawak terutamanya masyarakat Melayu
tidaklah diberi pembangunan oleh James Brooke dan hanya terdedah
dengan pelajaran yang diperolehi daripada agama Islam. Bagi masyarakat
bumiputera yang lain pula, James Brooke meletakkan harapan kepada
mubaligh Kristian untuk mendisiplin dan mengubahkan cara hidup mereka
yang dikatakan sangat liar.
• Kegiatan suka berperang masyarakat bumi putera tempatan pula
membuatkan James Brooke mengelar mereka lanun sehingga kemarahan
dan perselisihan faham antara orang iban terhadap James Brooke. Oleh hal
yang demikian, James Brooke telah melancarkan serangan ke atas orang
Iban di Saribas dan Skrang dengan bantuan Sir Henry Keppel dan orang
Iban kalah dalam pertempuran tersebut dan James Brooke telah
melemahkan benteng pertahanan utama lanun di Padeh, Paku dan Rimbas
pada Julai 1843. perkara ini kemudian telah membawa kepada perjanjian
untuk orang Iban dan Melayu agar tidak terlibat lagi dalam aktiviti lanun.
Kejayaan Charles Brooke

• Charles Brooke telah diberi kepercayaan sepenuhnya oleh James Brooke


untuk membantu beliau mentadbir Sarawak iaitu kira-kira lima tahun
sebelum pertabalan rasminya sebagai Rajah Kedua Sarawak.
• Pada 21 Julai 1852, beliau datang ke Sarawak dan mula berkhidmat dalam
Pentadbiran Sarawak pada Januari 1853. Beliau telah mengalas tugas pada
waktu itu sebagai Pentadbir Kawasan Lundu yang terletak di barat bandar
Kuching. Dengan ini, Charles Brooke telah ditabalkan sebagai Rajah Putih
Kedua di Sarawak pada 3 ogos 1868 dimana gelaran Rajah Ribai atau Rajah
Putih telah digunakan khas untuk beliau oleh penduduk tempatan kerana
beliau mempunyai hubungan yang erat dengan penduduk tempatan.

You might also like