Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Disleksia

Pengenalan – Definisi Disleksia


 Gabungan perkataan Greek, “dys” – kesukaran
dan “lexia” – perkataan
 Sanders dan Myers (1996), Ciri-ciri disleksia –
mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam
bacaan, menulis dan mengeja.
 Mempunyai kesukaran yang khusus
dalam membaca, menulis dan mengeja,
nombor, tanda matematik atau not muzik
 Baik dalam kemahiran pertuturan atau
penaakulan
Ciri-ciri Murid Disleksia

 Mempunyai masalah ingatan –pandang


dengar (lemah ingatan)
 Mempunyai masalah dalam susunan
urutan huruf dan nombor
 Kekeliruan memahami hala kiri dan
kanan, bawah dan atas, kebalikan huruf,
kebalikan huruf atau nombor tertentu
 Perkembangan bahasa atau pertuturan
yang lambat
 Hasil penulisan yang lemah
 Kelajuan menulis yang lambat
 Ejaan yang lemah
Jenis-jenis Disleksia

1.Disleksia Visual

Dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat


membezakan, membuat interpretasi atau
mengingat perkataan yang dilihat
Bacaan yang terjejas bergantung kepada
darjah masalah yang dihadapi itu secara
individu
 Ada yang tidak dapat membaca langsung, atau
hanya mengalami masalah penyebutan perkataan
yang mempunyai suku kata yang banyak sahaja
(kvkvk)
 Mempunyai kadar pengamatan yang lambat
 Cenderung kepada kebalikan huruf : dig > big
 Cenderung kepada songsangan huruf : spa > sap
 Keliru untuk mengenal perkataan atau huruf yang
sama seperti : beg @ bog
 Defisit dalam ingatan pandangan
 Lukisan yang rendah mutu kerana banyak butiran
penting tertinggal walaupun merupakan benda
biasa
 Tinggi daya kebolehan dalam aktiviti kemahiran
mendengar
 Tidak dapat menjalani latihan permainan yang
sukar atau kompleks
 Perlu diberi keutamaan kepada aktiviti
pendengaran untuk menutup kekurangan dalam
aktiviti pandangan
2. Disleksia auditori (pendengaran)
Dapat melihat persamaan antara perkataan
tetapi menghadapi masalah menjalankan
aktiviti yang berkaitan dengan fungsi
pendengaran seperti tidak dapat membezakan
antara bunyi, tidak dapat mengenal pasti bunyi
dalam setiap perkataan, pengadunan bunyi
untuk menjadikan perkataan dan
membahagikan perkataan ke dalam suku kata
tertentu
 Keadaan ini menyebabkan murid mengalami
masalah untuk belajar membaca
 Menghadapi kecelaruan dalam mendiskriminasi
pendengaran dan pengamatan yang menyebabkan
sukar untuk belajar membaca megikut kaedah
analisis fonetik
 menghadapi masalah dengan analisis dan sintesis
pendengaran – tidak dapat memecahkan
perkataan kepada suku kata atau bunyi tertentu
atau mengabungkan bahagian perkataanmenjadi
satu perkataan yang lengkap

 tidak dapat membunyikan semula bunyi


perkataan cth: tidak dapat menyebut bunyi huruf
atau tidak dapat menyebut perkataan walaupun
tahu maknanya
 kekeliruan dalam memahami bunyi secara
berurutan cth: penyebutan yang tidak betul atau
mengubah urutan huruf kerana tidak dapat
mengingat atau mengekalkan urutan bunyi

 lebih cenderung melakukan aktiviti pendengaran


kerana lemah dalam daya ingatan, pendengaran,
urutan dan diskriminasi pandangan
Kelebihan kanak-kanak disleksia

biasanya sangat cerdik dan berupaya


meyatakan idea-idea dengan baik dalam sesi
perbincangan

berjiwa seni dan kreatif serta amat baik


dalam mengendalikan peralatan seperti
komputer
Kelemahan kanak-kanak disleksia

Mengambil masa yang lama untuk


bercakap dengan jelas berbanding dengan
orang lain yang seusia dengannya

Cenderung untuk mencampur aduk


perkataan-perkataan dan lemah dalam
puisi berirama atau tidak boleh menyanyi
Bacaan lambat dan tidak yakin kerap
meninggalkan perkataan atau ayat-ayat
Mengambil masa yang lama untuk
menulis dan sukar untuk dibaca
Cara menangani disleksia

• Menggunakan peralatan mudah suai


khas
• Cengkaman jari pensel segi tiga
• Permukaan menulis menyerong
• penggunaan komputer ‘bercakap’
• Cd-rom
• Pita rakaman untuk merakam maklumat

You might also like