Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Mod Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

i. Mod Tutorial
ii. Mod Penerokaan
iii. Mod Aplikasi
iv. Mod Komunikasi
Mod Tutorial
Dalam mod tutorial, TMK digunakan untuk
menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan
urutan yang telah ditetapkan dan merangkumi:

• Pendedahan kandungan
• Tunjuk cara sesuatu fenomena
• Latihan atau latih tubi
Mod Penerokaan
Dalam mod penerokaan, TMK digunakan sebagai
medium untuk:

• mencari dan mengakses maklumat daripada


bahan sumber seperti CDROM, portal maklumat
dan internet
• mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena
secara tunjuk cara di bawah kawalan murid sendiri
Mod Aplikasi
Dalam mod aplikasi, TMK digunakan sebagai
medium untuk membantu murid melaksanakan
tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat
kepada orang lain.

Contoh teknologi yang boleh digunakan:


• Pemproses kata untuk menghasilkan karangan
• Editor grafik, editor bunyi, editor movie, perisian
persembahan elektronik untuk menyampaikan
persembahan
• Perisian mereka bentuk berbantukan komputer
untuk mencipta reka bentuk bahan
Mod Komunikasi
Dalam mod komunikasi, TMK digunakan sebagai
medium perhubungan oleh guru dan murid di lokasi
yang berbeza menghantar dan menerima maklumat
antara mereka.

Perkongsian maklumat boleh berlaku melalui bentuk:


• Teks melalui Chat
• Email
• Audio
• Video
• Pembinaan laman web untuk akses melalui internet

You might also like