Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

STRUKTUR

MASYARAKAT MODEN

NAMA : NUR IMANINA ARISSHA BINTI ZAHARI


ANIS SYAKIRAH BINTI SAIPULYAZAN
NUR HIDAYAH SOLEHAH BINTI FAIZUL
Kemunculan Masyarakat Majmuk

• Sebelum tahun 1800, penduduk di negara


kita hanya terdiri daripada penduduk
tempatan. Walau bagaimanapun, pada
akhir abad ke-19 berlaku kemasukan orang
Cina dan India secara beramai-ramai ke
negara kita.
Kemasukan orang Cina dan India
disebabkan oleh banyaknya Malahan British telah membawa
peluang ekonomi yang terdapat di masuk orang Cina dan India ke
Tanah Melayu. Mereka mencari Tanah Melayu sebagai tenaga kerja
kehidupan yang lebih selesa di di sektor perlombongan dan
Tanah Melayu kerana keperitan perladangan.
hidup di negara asal mereka.

Kehidupan yang selesa di Tanah Situasi ini memberikan kesan


Melayu menyebabkan golongan ini terhadap kehidupan sosioekonomi
telah menetap di Tanah Melayu.
secara terus.
Pada tahun 1931, jumlah penduduk
Kesan sosial kemasukan orang bukan Melayu lebih ramai berbanding
Cina dan orang India pada dengan masyarakat tempatan di Tanah
akhir abad ke-19 dan awal Melayu. Situasi tersebut telah
melahirkan situasi masyarakat majmuk
abad ke-20 ialah pertambahan Pada tahun 1870, bilangan di negara kita.Kehidupan mereka
bilangan penduduk Tanah penduduk Tanah Melayu kira- bercorak berasingan dan mengamalkan
Melayu yang begitu pesat. kira 500 000 orang. Setelah kebudayaan masing-masing.

kedatangan orang Cina dan


orang India ke Tanah Melayu,
jumlah penduduk bertambah
menjadi 3 300 000 orang
pada tahun 1921.
Orang Cina yang datang ke Sedangkan penduduk
Tanah Melayu terdiri daripada tempatan, iaitu orang Melayu
pelbagai kelompok. Mereka tinggal di kawasan kampung
berbeza dari segi dialek, adat luar bandar dan pesisir pantai.
dan pengkhususan ekonomi.
Orang India pula tinggal di
kawasan ladang-ladang getah.
• Di samping itu, kesan kemasukan orang Cina dan orang India ialah kewujudan sistem
persekolahan yang tidak seragam dan menyulitkan pemerintahan British menguruskan
persekolahan di Tanah Melayu. Sistem pendidikan vernakular telah berkembang dengan
pesat.

Orang Cina dan orang India membuka sekolah masing-masing. Mereka menggunakan
sistem pendidikan yang dibawa dari negara asal mereka. Situasi ini mewujudkan jurang
antara kaum kerana semangat perpaduan melalui pendidikan tidak wujud sama sekali.

Selain itu, kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India ialah masalah jenayah
yang berleluasa, khasnya di negeri-negeri kawasan lombong bijih timah seperti di
Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Kumpulan orang Cina yang berbeza telah mewujudkan kongsi gelap untuk menjaga
kepentingan masing-masing. Kumpulan kongsi gelap Cina sering bermusuhan untuk
mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan kawasan lombong bijih timah mereka.
Antara kumpulan kongsi gelap ialah Hai San dan Ghee Hin.
• Kesan ekonomi kemasukan orang Cina dan India ialah perekonomian semakin
meningkat, khususnya dalam bidang perlombongan bijih timah dan perladangan
getah.

• Orang Cina dibawa ke Tanah Melayu sebagai buruh di lombong bijih timah
kerana kemahiran dalam aktiviti tersebut. Manakala orang India merupakan
buruh yang mahir dalam perladangan getah.

• Selain itu, aktiviti perniagaan turut berkembang dengan pesat. Contohnya,


orang Teochew dan Hakka merupakan peniaga yang telah membuka banyak
kedai di kawasan bandar dan lombong bijih timah. Hal ini telah meningkatkan
ekonomi di Tanah Melayu.
Kesan seterusnya ialah pembentukan bandar-
bandar baru. Orang Cina dan orang India membuat Seiring dengan kewujudan bandar-bandar baru
petempatan berkelompok di kawasan lombong dan tersebut, kerajaan British telah membina jaringan
ladang getah seperti di Ipoh, Kinta, Taiping, Kuala jalan perhubungan dan pengangkutan seperti jalan
Lumpur, Seremban dan Johor Bahru. kereta api dan jalan raya.

Sistem jalan pengangkutan tersebut


menghubungkan antara ladang getah dan lombong
bijih timah dengan kilang mahupun pelabuhan.
Di samping itu, kesan ekonomi
Orang Cina dan orang India banyak
kemasukan orang Cina dan India ialah
menetap di kawasan pantai barat
meningkatkan kemajuan Tanah Melayu
Tanah Melayu.
secara keseluruhannya.

Hal ini telah menyebabkan kedua-dua


buah negeri tersebut berkembang
Malahan orang Cina dan India lebih
dengan pesat. Contohnya, Singapura
banyak menetap di Pulau Pinang dan
telah berkembang sebagai sebuah
Singapura.
pelabuhan entrepot.
Selain itu, kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India ialah
aktiviti pelacuran yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Terdapat aktiviti membawa wanita-wanita Cina dari negara China


untuk dijadikan pelacur.

Walaupun aktiviti tersebut hanya melibatkan orang Cina, tetapi sering


menimbulkan keadaan tidak tenteram kerana berlaku pergaduhan.

Hal ini telah menyebabkan kemantapan politik terganggu. British telah


mengambil tindakan untuk mengatasi masalah pelacuran dan
pergaduhan tersebut.
Rumusan

Kesimpulannya, kemasukan orang Cina dan orang India telah


memberikan kesan terhadap kehidupan sosioekonomi di Tanah Melayu.
Orang Cina dan India yang datang untuk memperbaik kehidupan
mereka telah tinggal secara tetap di Tanah Melayu. Tidak dapat
dinafikan bahawa orang Cina dan orang India telah memainkan peranan
yang penting dalam pembentukan masyarakat majmuk. Mereka terlibat
secara langsung dalam kehidupan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu.
Kehidupan secara bersama antara kaum di Tanah Melayu telah
mewujudkan keharmonian kaum.

You might also like