Kajian Tindakan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENGENALAN KAJIAN TINDAKAN

 Kajian tindakan mempunyai konsep dan teknik pendekatan yang tersendiri.


 Objektif utama kajian tindakan adalah untuk memperbaiki amalan
pengajaran guru dan pada masa yang sama menyelesaikan masalah
seharian yang dihadapi oleh guru dalam bilik darjah.
 Kajian ini akan membolehkan guru membentuk teori-teori peribadi yang
praktikal tentang suatu permasalahan pengajaran yang dihadapi.
KAJIAN TINDAKAN
 Bagi format atau reka bentuk kajian tindakan pula tidak ada
yang rigid tetapi boleh diubahsuai berdasarkan kepada situasi
sebenar dalam persekitaran bilik darjah.
 Bagaimanapun, empat unsur utama kajian tindakan mesti
ada, iaitu perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan
refleksi.
 Responden atau subjek kajian tindakan bukan sahaja pelajar
tetapi guru yang juga merupakan penyelidik. Melalui cara ini,
semua maklumat diperolehi secara langsung daripada
responden kajian. Penglibatan penyelidik, iaitu guru, dalam
kajian tindakan amat penting kerana melalui cara ini
penyelidik dapat mengubah amalan pengajarannya.
KESIMPULAN
 Reka bentuk kajian tindakan adalah mudah kerana kebanyakan daripada data yang
digunakan adalah bersifat kualitatif.
 Oleh itu, analisis data yang digunakan lebih kepada teknik deskriptif naratif. Antara teknik
analisis data yang digunakan adalah teknik trangulasi.
 Bagaimanapun dalam beberapa keadaan, data-data berbentuk kuantitatif ada juga
digunakan terutama apabila melibatkan markah-markah pelajar.
 Dalam hal ini, analisis biasa yang akan digunakan adalah dalam bentuk peratus,
kekerapan dan nilai mutlak sahaja.
 Perkara yang perlu dijelaskan di sini bahawa pelaporan hasil suatu kajian tindakan
haruslah dilakukan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami bukan sahaja
oleh guru itu sendiri tetapi juga oleh guru-guru yang lain.
 Laporan yang tidak berbentuk teknikal ini penting untuk memudahkan penyebaran dan
perkongsian idea dan maklumat di kalangan warga sekolah.

You might also like