TEORI VYGOTSKY - Na Anne

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

TEORI VYGOTSKY

ANDAIAN ASAS TEORI

• Orang dewasa mendidik kanak-kanak melalui kaedah formal dan informal.


• Setiap budaya mempunyai alat-alat dalam budaya untuk mendidik.
• Pemikiran dan bahasa saling mempengaruhi.
• Kanak-kanak atau individu memimpin diri melalui ‘self talk’ (inner speech).
• Kanak-kanak boleh melakukan perkara yang lebih sukar jika dibimbing.
• Tugas yang mencabar akan menggalakkan perkembangan minda.
• Bermain merupakan satu cara kanak-kanak untuk belajar.
TEORI PROKSIMITI VYGOTSKY
• Vygotsky menyatakan bahawa bahasa tutur dan pengaruh orang lain dalam dunia sosial
kanak-kanak merupakan pengaruh penting dalam perkembangan kognitif mereka.
• Kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum
mereka bergaul dengan masyarakat.
• Ibu bapa adalah orang pertama yang akan memberi mereka maklumat bahasa
pertuturan dan cara berinteraksi.
• Vygotsky menyatakan orang dewasa dan rakan sebaya menyalurkan ‘mental tools’ (dan
bahasa) kepada kanak-kanak atau pelajar semasa interaksi.
• Sumbangan yang utama teori ini ialah konsep zone of proximal development dan
scaffolding.
• Scaffolding pula ialah bantuan sementara orang dewasa kepada pelajar untuk membuat
sesuatu yang lebih sukar. Saat dan ketika dimana bantuan itu diberikan adalah dipanggil
zon perkembangan proksimal (zone of proximal development).
PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF

• Peringkat Individu
Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang
diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu.
• Peringkat sosial
Peringkat yang mana maklumat yang diperolehi hasil daripada interaksi
antara dua individu seperti ibu bapa, rakan-rakan, dan jiran.
FAKTOR PERKEMBANGAN KOGNITIF
Interaksi sosial
• Interaksi sosial ialah pemikiran kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain.
Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu
yang lebih berpengetahuan darinya.
Kemahiran berbahasa
• Kemahiran berbahasa pula adalah apabila kanak-kanak akan bergaul dengan masyarakat
menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi dalam interaksi- interaksi yang lain iaitu
mungkin semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan
datang.
• Kemahiran berbahasa pula meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
• Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.
• Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran
supaya berjalan dengan lancar dan berkesan.
• Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu
mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi.
Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan.
PENDEKATAN SOSIO-BUDAYA

• Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) Vygotsky telah memerhati dan mengkaji
peranan budaya dan komunikasi interpersonal kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
• Beliau berpendapat bahawa perkembangan pembelajaran berlaku dalam konteks sosial
iaitu melalui persekitaran dunia kanak-kanak yang dikelilingi dengan orang dewasa yang
berinteraksi dengan mereka sejak mereka dilahirkan.
• Melalui interaksi dengan orang dewasa di sekeliling mereka, kanak-kanak akan dapat
menguasai tabiat dan peraturan budaya, gaya bahasa, penulisan serta simbol-simbol
budaya. Interaksi ini mendorong perkembangan kognitif mereka dengan memberi makna
membina atau konstruk pengetahuan.
• Sebagai contoh, kanak-kanak berbangsa Melayu mendapat pengetahuan tentang cara
makan budaya Melayu dengan menggunakan tangan kerana mereka telah melihat
perlakuan itu digayakan oleh ahli keluarga mereka. Mereka akan memahami keadaan itu
dan menghormati budaya.
• Menurut Vygotsky lagi fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi ini dianggap sebagai alat-alat
kebudayaan (cultural tools) yang ditunjukkan oleh kanak-kanak menerusi aktiviti seperti berbicara,
berbahasa, dan menulis.
• Alat-alat kebudayaan ini diwarisi daripada ahli-ahli keluarga yang lebih tua di mana semua
pengalaman pembelajaran dibimbing.
• Pengalaman dengan orang lain yang diperolehi melalui aktiviti-aktivit ini secara beransur-ansur
menjadi semakin mendalam dan membentuk gambaran batin kanak-kanak mengenai dunia.
• Sebagai contoh, masyarakat Melayu amat mementingkan keharmonian kekeluarga di mana sikap
tolong-menolong dan saling hormat menghormati antara ahli keluarga muda dengan yang lebih
berumur ditonjolkan. Apabila kanak-kanak yang sedang membesar melihat bagaimana abangnya
memanggil adik bongsu kepada ibunya dengan gelaran Pak Usu. Kanak-kanak tersebut secara
tidak langsung memahami bahawa gelaran itu perlu dipanggil kepada adik bongsu ibunya akibat
daripada penonjolan budaya Melayu yang mementingkan sikap hormat-menghormati dengan ahli
keluarga yang lebih tua melalui panggilan yang betul.
ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

• Zon Kepentingan interaksi dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan


oleh Vygotsky dalam konsep Zon Perkembangan Proksimal.
• Zon perkembangan proksimal ini menerangkan mengenai bagaimana kemahiran-
kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan
danbimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.
• Zon perkembangan proksimal ini bertujuan untuk menolong kanak-kanak
berkembang dari tahap sosial kepada tahap peribadi.
• Terdapat dua tahap iaitu:
1. Tahap perkembangan sebenar: Penyelesaian masalah secara bersendirian oleh
kanak-kanak tanpa sebarangbantuan.
2. Tahap perkembangan potensi: Apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak
dengan bimbingan orang dewasa
• Zon perkembangan proksimal merujuk kepada jarak antara
perkembangan sebenar dan tahap perkembangan berpotensi,
ringkasnya boleh dikatakan rakan yang mempunyai lebih ilmu akan
berkongsi pengetahuan dengan murid yang berkenaan bertujuan
untuk merapatkan jurang antara apa yang dia ketahui dan apa yang
belum diketahui.
• Apabila ilmu itu telah meningkat, maka perubahan terhadap Zon
Perkembangan Proksimal telah berlaku dan bertambah luas. Bagi
menggalakkan Zon Perkembangan Proksimal dalam pembelajaran,
kita perlu menyediakan perancah (scaffolding)
BANTUAN PERANCAH (SCAFFOLDING)

• Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan dan berkait rapat dengan zon
perkembangan proksimal. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perencah untuk
mendapat konsep-konsep baru dan lebih sistematik.
• Scaffolding adalah memberikan kepada seorang anak sejumlah besar bantuan selama tahap-tahap awal
pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut serta memberikan kesempatan kepada anak untuk
mengambil alih tanggung jawab yang semakin besar segera setelah ia mampu mengerjakan sendiri. Bantuan
yang diberikan guru dapat berupa petunjuk, peringatan, dorongan, serta menguraikan masalah.
• Perkataan perancah adalah istilah baru yang diperkenalkan dalam bidang psikologi perkembangan kognitif oleh
Jerome Bruner. Ia merujuk kepada proses-proses yang digunakan oleh orang dewasa untuk membimbing anak-
anak melalui zon perkembangan proksimalnya. Vygotsky menjelaskan bagaimana kanak-kanak berkembang
dengan bimbingan daripada orang dewasa yang sudah Berjaya dalam bidang profesion mereka.
• Bantuan perancah yang diberikan kepada seseorang kanak-kanak sepanjang peringkat awal pembelajaran
adalah luas dan padat. Semakin kanak-kanak itu membesar, bantuan perancah dikurangkan untuk memberikan
kesempatan kepada kanak-kanak itu untuk mengambil alih tanggung jawap dan tugasan yang dia dapat
melakukannya dengan sendiri. Maka bantuan dan sokongan daripada ibu bapa kanak-kanak semakin lama
semakin dikurangkan.
• Semasa proses pengajaran berlaku, individu yang lebih berkemahiran (ibubapa, guru atau rakan
sebaya) akan mengubahsuai tahap bantuan/bimbingan yang diberikan mengikut keupayaan pelajar.
Apabila seseolang pelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru mungkin
akan memberi bimbingan penuh tetapi apabila pelajar sudah mula memahami, bimbingan yang
diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut (Santrock, 2007).
• Perbualan dan lnteraksi adalah alat yang penting semasa proses perancah (secaffolding). Perbualan
akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna
dengan bantuan
• Individu yang lebih mahir (Contoh: Guru). Menurut Vygotsky, selain daripada berkomunikasl dengan
orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanak-kanak juga
berkomunikasi dengan diri mereka sendiri. Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut
merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri. Bercakap sendiri ini cenderung berlaku pada
kanak-kanak berusia 3 – 7 tahun yang seterusnya akan berkembang di mana bercakap sendiri akan
bertukar menjadi komunikasi sendiri tanpa verbal.
• Akhirnya, ia berubah menjadi suara hati atau dorongan pemikiran apabila dewasa kelak. Vygotsky
percaya kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding
kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri. Apabila kanak-kanak bercakap sendiri mereka
menggunakan bahasa untuk mengawal tingkahlaku dan membimbing pemikiran mereka.
PERKEMBANGAN BAHASA

• Vygotsky percaya bahasa yang berkembang dari interaksi sosial, untuk


tujuan komunikasi. Vygotsky melihat bahasa sebagai alat utama
manusia, satu cara untuk berkomunikasi dengan dunia luar.
• Menurut Vygotsky (1962) bahasa memainkan peranan 2 kritikal dalam
perkembangan kognitif:
• Ini adalah cara utama di mana orang dewasa menghantar maklumat
kepada anak-anak.
• Bahasa itu sendiri menjadi alat yang sangat kuat berasaskan
penyesuaian intelek.
Peringkat perkembangan bahasa

1. Umur 0 hingga 2 tahun


• Bayi hanya boleh menangis semata-mata meluahkan perasaan dan kehendaknya.
• Umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula menyebut perkataan yang
bunyinya mambawa maksud tertentu. Seperti mama, baba, dan dada.
Perkembangan pada perigkat ini merupakan pering kat asas untuk bercakap ke
peringkat seterusnya.
• Latihan ini akan menolong mempercepatkan proses pembelajaran dengan
melengkapkan kemahiran asas yang perlu bagi mengawal mekanisme
percakapan yang lebih rumit.
• Usia 12 bulan hingga 18 bulan, pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat
menuturkan perkataan
2. Umur 2 hingga 3 tahun
• Pada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan penggunaan perkataan yang
kurang difahami. Ayat yang ringkas jarang digunakan akan bercerita tentang apa yang
dialaminya kepada orang dewasa. Pada masa inilah mereka belajar bercakap dan
orang dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi anak agar menggunakan ayat
yang betul dan baik.
• Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan memainkan
peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian,
penyesuaian dan reaksi sosial setiap kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya amat
nyata. Susunan bahasa masih belum sempurna.
• Umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan bahasa ,
perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada peringkat ini juga kanak-
kanak mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu.
• Pengaruh sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-
kanak yang bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf rendah. Ini
mungkin ibu bapanya yang menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan
masyarakat luas.
Umur 4 hingga 5 tahun
• Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan
kanak-kanak yang berumur 3 tahun.
• Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat.
• Cara mereka menjawab pertanyaan meleret dan pandai memberi komen
pada seseorang.
• Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan.
• Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi
kurang yakin pada diri sendiri.
• Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka dengan
masyarakat luar seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di luar.
Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. kanak-kanak
mula belajar membaca.

You might also like