Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 39

EDUP3013

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN


DI MALAYSIA

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
(METAFIZIK, EPISTEMOLOGI, AKSIOLOGI, LOGIK)

Am CABANG FALSAFAH Am

METAFIZIK/ONTOLOGI
LO

Realiti/kewujudan
G
IK
DE

EPISTEMOLOGI
D
UK

Teori Pengetahuan
TI

Perihal Mengetahui
F

AKSIOLOGI

IF
Nilai :

KT
Estetika

DU
Etika

IN
GIK
LO

Khusus

LOGIK
CABANG FALSAFAH

Metafizik/Ontologi : berkaitan dengan kajian tentang


realiti
 Tajuk Meta physica , dalam karya Aristotle
‘Prinsip Pertama’ bermaksud ‘Selepas Fizik’
membawa maksud perihal perkara yang keluar
daripada lingkungan fizik (realiti)
 Kajian terhadap sifat dan asal usul realiti :
Kajian Metafizik Aristotle (384-322 BC) terhadap
masalah-masalah seperti benda dan sebab
kejadian atau kewujudannya.
 Immanuel Kant (1724-1804) : Konsep metafizik
tentang persepsi terhadap ‘kebenaran’ sebenarnya
adalah hasil daripada struktur kognitif dalam minda
manusia.

 Cabang Falsafah Metafizik mengkaji realiti dengan


mempersoalkan :
 
Apakah erti alam semesta ?
Apakah erti kehidupan ?
Apakah erti pemikiran ?
Apakah erti demokrasi ?
dan sebagainya
 Berfokuskan kepada pemikiran tentang kewujudan
sesuatu
 Usaha mencari hakikat disebalik alam fizikal yang
nyata
 Keutamaan adalah kepada pemikiran yang logik,
sistematik dan saintifik
Aksiologi : berkaitan dengan kajian terhadap nilai
(Etika dan Estetika)

 Kajian Aksiologi mempersoalkan : 


- Apakah yang bernilai ?

Cabang Etika :
 
 Etika berasal daripada istilah Yunani ‘ethos’ yang
bermaksud adat resam dan kelakuan.
 Mengkaji nilai-nilai moral, prinsip moral dan tingkah
laku serta sifat murninya.
 Dikenali sebagai falsafah moral.
 Kelakuan etika biasanya dilihat sebagai
penyempurnaan kendiri melalui usaha mengejar
kebaikan, kewajiban terhadap orang lain,
masyarakat dan terhadap Tuhan.

 Disiplin dalam Etika terbahagi kepada Etika


Normatif dan Etika Metaetika :

 
Etika Normatif
Mengkaji dan mencadangkan prinsip-prinsip kelakuan
yang betul dan sesuai
 
Etika Metaetika
Mengkaji kegunaan dan konsep asas seperti betul
dan salah, baik dan jahat. Mempersoalkan perkara
seperti peranan etika dalam kehidupan, asas logikal
tentang sesuatu sistem dan kesahihannya.
Cabang Estetika :

 Estetika bermaksud persepsi deria

 Mengkaji nilai-nilai seperti keindahan, kecantikan


keseronokan dan seni.

 Estetika mempersoalkan “Apakah kecantikan ?”,


“Apakah nilai-nilai kecantikan ?” dan sebagainya.

 
 Immanuel Kant ;

penikmatan seni bukan semata-mata persepsi


kecantikan intrinsiknya sahaja tetapi ia sebagai
penglibatan penilaian yang subjektif.

 Sekarang seni dianggap sebagai refleksi


psikologikal, sosial dan politikal. Seni
digunakan untuk tujuan sosial, menyokong atau
melemahkan keadaan ekonomi.
 

 
Epistemologi : berkaitan dengan kajian tentang
ilmu pengetahuan

 Kajian Epistemologi mempersoalkan :


 
- Apakah erti ilmu ?
- Bagaimanakah kita memperoleh ilmu ?
- Bagaimanakah kita membuktikan kesahihan
ilmu itu ?
- Apakah perkaitan ilmu dengan
pembelajaran ?

 
 Penekanan kepada ilmu dan berteraskan kepada
kebenaran

 Persoalan yang difikir termasuk sifat serta proses


mental dan kognitif

 Memberi perhatian kepada sifat dan batasan ilmu


pengetahuan manusia.
 Epistemologi menurut mazhab Idealisme
menekankan penguasaan ilmu daripada
kesedaran kepada kefahaman.

 Ilmu diperoleh daripada pemikiran rasional dan


pengalaman yang subjektif.

 Mazhab Idealisme menolak konsep


pemerolehan ilmu itu melalui refleksi otak
manusia terhadap dunia.
 Epistemologi menurut mazhab Materialisme
menekankan pendekatan ilmu daripada
kefahaman kepada kesedaran.

 Ilmu sebagai suatu persepsi secara langsung


dan refleksi yang pasif.
 Teori Epistemologi Empirisisme dan
Rasionalisme mempunyai pengaruh kuat
terhadap pendidikan terkini.

- Menghuraikan falsafah secara sistematik


di dalam konteks revolusi Sains pada
abad ke-17.
 Immanuel Kant (1724-1804), ahli falsafah Jerman
menggabungkan fahaman empirisisme dan
rasionalisme dalam teori epistemologinya.

 Tanpa organ-organ deria manusia kita tidak dapat


mengenalpasti kesan dan kesedaran benda yang
wujud tetapi tanpa kefahaman kita tidak dapat
membentuk konsep daripadanya.
 Proses memperoleh ilmu mestilah
menggabungkan persepsi, imaginasi dan
kefahaman yang berinteraksi dengan proses
penaakulan.

Immanuel Kant menjelaskan proses ilmu :

 ruang dan masa telah sedia diberikan kepada


setiap individu sebagai intuisi tulen dalam priori.

Ia adalah perkara-perkara mutlak, bebas dan


berada sebelum kesan sensori berlaku.
 Pemikiran kategori-kategori merupakan kaedah
yang berstruktur untuk memperoleh hakikat
yang sebenar. Ia merupakan alat konseptual
yang asas untuk menjadikan dunia yang
bermakna.
Sumber Ilmu dan Matlamat Pendidikan
Islam, Barat dan Timur
Adalah aktiviti-aktiviti persekolahan yang berkaitan
dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran,
kerohanian dan jasmani manusia
AKTIVITI
PERSEKOLAHAN
Mempunyai objektif, perancangan rapi dan sistematik
untuk mendidik murid ke arah melahirkan modal insan
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, menguasai
kemahiran-kemahiran tertentu serta berupaya
menyesuaikan diri dalam masyarakat

Untuk
menyediakan seseorang individu yang boleh memainkan
peranan positif dan berkesan melalui sumbangannya
terhadap pembangunan masyarakat
KONSEP PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF
ISLAM
Al-Ghazali (1058-1111)
Proses yang merangkumi aspek latihan jasmani serta
pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-
menghormati

Mohammad Qutb
Proses membentuk manusia secara menyeluruh dan
seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah untuk
mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani
manusia ke tahap kesempurnaan
Amal Al-Shaibani
Pendidikan digunakan untuk melatih manusia membuat
persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat

Mohd Athiyah Al-Abrasyi


Proses membina tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi
dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
• Manusia sebagai khalifah.
• Manusia bertanggungjawab terhadap
tindakannya.

DASAR-DASAR PENDIDIKAN ISLAM:


(Hassan Langgulung, 1979):
1. Tauhid (keesaan kepada Tuhan)
2. Kepercayaan kepada rasul & nabi
3. Kepercayaan kepada wahyu tuhan.
4. Manusia semulajadinya tidak berdosa dan
mempunyai potensi yg tidak terbatas dlm
perkembangan moral dan kerohanian.

5. Setiap orang bert/jawab terhadap


tindakannya sendiri.

6. Kehidupan sesudah mati.

7. Persamaan dan Persaudaraan sejagat antara


semua umat Islam.
MATLAMAT PEND. ISLAM
• Untuk mewujudkan perkembangan
yang seimbang dalam diri individu
dengan nilai-nilai keislaman.
• Keadaan keseimbangan ini dapat
diwujudkan dgn akal fikiran.

Individu beriman, berpengetahuan,


berakhlak tinggi, beramal soleh.
Masyarakat harmoni,
menghormati,bekerjasama
RUMUSAN KONSEP
PENDIDIKAN
DARI PERSPEKTIF ISLAM
“ Proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu
pengetahuan di bawah Al-Quran yang menjadi teras
pendidikan. Pendidikan boleh memainkan peranan ke
arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal,
intelek dan rohani manusia ”
KONSEP PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF
BARAT
Plato (427-347)
Proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.
Tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral
kewarganegaraan yang baik, setia serta patuh kepada undang-
undang negara
Aristotle (384-322)

Pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal.


Tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara
segala peluang untuk mencapai kebahagiaan hidupnya. Proses
pendidikan dapat melatih warganegara mematuhi peraturan
dan bertingkahlaku baik, cekap mengurus pentadbiran serta
berupaya mempertahankan kedaulatan negara
Froebel (1782-1852)
Pendidikan bertujuan mencapai kehidupan yang lurus, suci dan
mulia

Maria Montessori (1870-1952)


Proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani,
rohani dan sosial kanak-kanak

John Dewey (1859-1952)


Proses perkembangan individu yang merupakan usaha
mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi
pengetahuan semula jadi yang ada padanya supaya dapat
hidup dengan lebih berguna dan selamat.
KONSEP PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF
TIMUR
Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah)
Proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik,
sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti
sikap merendah diri, sabar, menghormati orang tua dan
sebagainya
Confucius (551-479)
Proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia
dan ia boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang
bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana,
menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih
muda, taat kepada pemerintah serta cintakan negara
Rabindranath Tagore (1861-1941)

Proses untuk melahirkan manusia yang berfikiran


sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan
seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan
penuh bermakna. Pendidikan adalah proses yang hidup,
dinamik serta realistik dan tidak terikat pada buku malah
harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan
manusia.
Seseorang yang berpendidikan adalah seorang yang
berfikiran cerdas, saintifik, bersih, berani, bebas,
nasionalis, cekap memberi perkhidmatan kepada
masyarakat dan negara, serta berpandangan
internasionalisme positif
Sharifah Alwiyah Alsagoff
 Pendidikan ialah proses latihan
 Proses perkembangan fizikal, intelek, sosial dan
emosi seseorang individu
 Proses indoktrinasi
 Proses kemajuan diri individu secara berterusan
 Aktiviti bersepadu untuk mencapai matlamat
memperoleh kemahiran, pengetahuan dan
sikap
 Suatu disiplin, seni dan sains
RUMUSAN KONSEP, MATLAMAT DAN
OBJEKTIF PENDIDIKAN

“ Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang


berusaha untuk mengembangkan fizikal (jasmani), intelek,
rohani, sosial dan emosi seseorang individu serta
menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan
pengalaman mereka supaya dapat memberi faedah dan
kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan
mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bagi
faedah diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negaranya

 Pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang
mempunyai objektif, rancangan dan organisasi
untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan
menguasai kemahiran tertentu untuk
menyesuaikan diri dalam masyarakat.

 Menyediakan individu yang boleh memainkan


peranan positif dan berkesan dalam masyarakat.
 Pendidikan merupakan agen untuk menyebar dan
mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan
kemajuan dan perkembangan semasa.

 Pendidikan sebagai suatu proses untuk


mengembangkan fizikal, rohani, intelek, sosial dan
emosi seseorang individu serta menambahkan
kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan
pengalaman mereka supaya dapat memberi
kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam
kehidupannya, membantu dan mendorongnya
bertindak dengan cara yang rasional bagi faedah
diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.
SEKIAN

You might also like