Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

GPP1063 PENGANTAR

PENGAJIAN PROFESIONAL
PN. ANI SALWIAH BT ZAKARIA
Jabatn ilmu Pendidikan 2018
TAJUK 4
ASPIRASI DAN
KEPENTINGAN
PENDIDIKAN
ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN
Aspirasi sistem Pendidikan dan murid di Malaysia adalah
seperti berikut:
1. AKSES
2. KUALITI
3. EKUITI
4. PERPADUAN
5. KECEKAPAN
1. AKSES
• 100% enrolmen merentas semua peringkat Pendidikan
daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun
2020.
• Berasaskan Pendidikan Untuk Semua.
• Sekolah perlu memberi komitmen memastikan tidak ada
murid yang tercicir dan semua murid memenuhi standard
minimum :
• Lulus BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan
Islam/Moral pada akhir Tingkatan 5.
2. KUALITI
• Malaysia daripada kelompok 1/3 teratas dalam pentaksiran
antarabangsa seperti TIMSS (Trends in Mathematics and Science
Study) dan PISA (Programme for International Student
Assessment) dalam tempoh 15 tahun.
• Semua murid berpeluang memperoleh pendidikan berkualiti di
Malaysia dan setanding dengan sistem pendidikan berprestasi
tinggi yang lain.
• Penambahbaikan ini termasuk standard untuk bidang seperti
Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir
aras tinggi seperti aplikasi, penaakulan dan penyelesaian masalah.
3 . EKUITI
• Ekuiti bermaksud keadilan atau kesaksamaan.
• Menghapuskan jurang dan membuka peluang kepada
rakyat yang berbeza daripada segi keperluan bagi
mendapatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman
melalui pendidikan yang sama rata.
• Sistem Pendidikan Malaysia berhasrat merapatkan jurang
sosioekonomi antara bandar dengan luar bandar dan
gender dalam pencapaian murid menjelang tahun 2020.
- Sekolah perlu memastikan sistem pendidikan yang
dilaksanakan berada pada tahap yang terbaik kepada setiap
murid tanpa mengira etnik, tempat atau latar belakang
sosioekonomi.
- Sekolah perlu memberi peluang kepada setiap murid supaya
jurang yang ada dalam kalangan mereka dapat dirapatkan.
- Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid
yang mempunyai pelbagai latar belakang dan sosioekonomi di
sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama terhadap
kemudahan dalam menyokong pembelajaran dan
pembangunan sahsiah mereka.
- Program Pendidikan Khas, Kelas Rancangan Khas dan Program
Kawalan yang terdapat di sekolah perlulah di urus dengan
berkesan bagi membolehkan murid dibangunkan mengikut
kebolehan dan potensi masing-masing.
4 . PERPADUAN
• Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian
pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan
menghargai kepelbagaian.
• Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan perlu menjurus kepada
penerimaan nilai secara bersama tanpa prejudis
5. KECEKAPAN
- Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada.
Kerajaan menerusi bajet tahunan telah memperuntukkan
perbelanjaan besar kepada sektor pendidikan (19.1%), yang
secara jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap
pendidikan.
- Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga
pendidikan di sekolah untuk memastikan pulangan dalam bentuk
keberhasilan murid dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang
dibelanjakan.
- Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih
bertanggungjawab dan menggunakan sumber yang ada
secara cekap, berkesan dan memberi impak yang
maksimum.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like