Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

OBLIGASI MEMBERIKAN

PERKHIDMATAN
BAB 6
OBLIGASI MEMBERIKAN PERKHIDMATAN

• Seseorang profesional wajib memberikan


perkhidmatan yang sama kepada semua tanpa
mengira agama, warna kulit, jantina, fahaman
politik dan status sosio ekonomi.
• Bagi memenuhi matlamat ini, 2 faktor perlu
diambil kira iaitu:
a) Kesamaan peluang
b) Ketidaksaman peluang
A) KESAMAAN PELUANG
• Profesional patut memberikan perkhidmatan kepada
semua orang dengan adil dan saksama kerana
1. kedudukan istimewa dalam masyarakat
2. kepakaran yang tidak dipunyai oleh orang lain
sudah sewajarnyalah tanggungjawab itu
dilaksanakannya dengan rela hati.
3. Proses pendidikan yang diterima oleh golongan
ini adalah hasil daripada bantuan kerajaan
(rakyat) sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Profesion menerima bantuan dalam
bentuk biasiswa, pinjaman dan kemudahan-
kemudahan lain.
A) KESAMAAN PELUANG
• Dari segi undang-undang, profesional
memiliki keistimewaan untuk
memonopoli perkhidmatannya. Hanya
profesional boleh menjadi pengamal
profesionnya. Oleh itu, faedah dan
keistimewaan yang dinikmati mereka
dikongsi dan diagih kepada masyarakat
melalui perkhidmatan yang diberikan.
Jangan iklankan perkhidmatan

• Untuk tujuan itu, profesion tidak digalakkan


mengiklankan perkhidmatan mereka kerana;
I. Mengelakkan klien daripada mengharapkan
sesuatu yang tidak realistik,
II. Menjaga kerahsiaan klien,
III. Mengelakkan profesional daripada mengambil
kesempatan
B) KETIDAKSAMAAN PELUANG
• Bagaimanapun, isu yang timbul ialah
ketidaksamaan peluang.

• Khidmat profesional dikenakan bayaran yang


secara relatifnya adalah mahal.

• Oleh kerana bayaran mahal, maka hal ini


menyebabkan hanya golongan yang
berkemampuan sahaja mendapat rawatan.
1) FAKTOR GEOGRAFI
• Lokasi – terbatas kerana tidak semua peranan
profesional diperlukan.
• Contoh : Jurutera tidak diperlukan dalam
pembinaan reban ayam.
2) FAKTOR EKONOMI
• Walaupun pada asasnya seseorang profesional perlu
memberikan persamaan peluang kepada semua, namun
khidmat profesional boleh dibatasi oleh faktor ekonomi.
Faktor ini merujuk kepada masalah-masalah seperti
monopoli, bayaran perkhidmatan, publisiti dan
pengkhususan kepakaran.

MONOPOLI

PENGKHUSUSAN BAYARAN
PEKERJAAN EKONOMI PERKHIDMATAN

PUBLISITI
A) MONOPOLI
• Satu amalan ketara dalam profesion perubatan dan
guaman. Undang-undang menghalang sesuatu
perkhidamatan diberikan oleh mereka yang bukan
profesional dalam bidang tertentu atas alasan tiada
kepakaran.

• Ramai yang memerlukan khidmat perubatan dan menurut


prinsip ekonomi asas iaitu penawaran dan permintaan
menyebabkan orang ramai sukar mendapat perkhidmatan
ini. Dalam konteks Malaysia, ratio/ nisbah doktor-
penduduk amat tidak seimbang.
B) BAYARAN PERKHIDMATAN
• Profesional perunding mengenakan bayaran tertentu
terhadap kliennya atas perkhidamatan yang diberikan.
Isunya ialah amalan ini tidak memungkinkan persaingan
harga di kalangan profesion.
• Kadangkala seseorang profesional mengenakan bayaran
dengan sewenang-wenangnya dan tidak ada kawalan harga
perkhidmatan yang dibuat oleh pihak berkuasa.
• Bentuk-bentuk bayaran perkhidmatan yang menjadi amalan
hampir semua profesion ialah bayaran mengikut jadual,
bida kompetitif, bayaran agihan dan bayaran secara
kontinjensi.
• Bayaran secara kontinjen dibuat selepas sesuatu hasil kerja
atau tuntutan itu berjaya.
BAYARAN IKUT JADUAL
• BIJ bermaksud bayaran yang dibuat secara berperingkat-
peringkat.
• Tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya
kerja-kerja yang tidak sempurna (memuaskan) kerana bayaran
yang lebih rendah.
• Ini biasanya menjadi amalan di kalangan jurutera yang
menjalankan kerja pembinaan (kejuruteraan). Biasanya bayaran
yan dikenakan lebih rendah dan sentiasa mengekalkan mutu
kerja yang minimum di sepanjang perkhidmatan bertujuan
untuk mengekalkan kos yang rendah.
• Bayaran bentuk ini tidak memungkinkan persaingan. Akibatnya
profesional kurang berminat (berusaha) untuk
memperkenalkan teknik mengurangkan kos kepada kliennya.
BAYARAN IKUT JADUAL
• Kalau profesional berkenaan mengetahui memang
ada cara untuk mengurangkan kos, profesional
berkenaan tidak berminat untuk
mengurangkannya sebaliknya ini hanya akan
menambah keuntungan bagi dirinya sahaja.
• Bayaran dalam bentuk ini juga menafikan
kebebasan klien memilih antara perkhidmatan
sepenuhnya pada harga bayaran yang tinggi atau
perkhidmatan yang kurang pada kadar bayaran
yang lebih rendah.
BIDA KOMPETITIF
• Profesional bersaing untuk mendapatkan
perkhidmatan secara tender. Biasanya sesiapa yang
memberikan harga yang terendah akan berjaya.
• Dikhuatiri klien akan memilih perofesional
(jurutera) tertentu semata-mata berdasarkan
pengalaman, kepakaran atau reputasinya.
• Akibatnya perkhidmatan yang diberikan tidak
bermutu tetapi klien terpaksa membayar kos lebih
tinggi.
BAYARAN AGIHAN
• Maksud bayaran agihan ialah pembahagian bayaran antara
seorang profesional dengan profesional (orang) lain.
• Tujuannya adalah membolehkan klien menggunakan
perkhidmatan profesional yang pakar dengan bayaran yang
rendah.
• Dalam memberikan perkhidmatan untuk kerja-kerja tertentu yang
kompleks, biasanya profesional terpaksa merujuk (mengupah)
profesional atau orang lain.
• Dalam projek pembinaan misalnya seorang jurutera akan
memerlukan perkhidmatan arkitek dan peguam. Pastinya bayaran
yang akan dikenakan kepada klien termasuklah bayaran yang akan
diberikan terhadap profesional lain. Perkara ini memang tidak
disedari oleh sesetengah klien.
BAYARAN AGIHAN
• Beberapa kelemahan yang merugikan klien dari segi
bentuk bayaran ini adalah seperti berikut:
a) Profesional mengenakan bayaran yang tinggi untuk
menampung kos di samping mendapat keuntungan.
b) Profesional lain yang dirujuk tidak dibuat secara objektif selari
dengan kemahuan dan keperluan klien. Biasanya profesional
lain yang dirujuk adalah berdasarkan hubungan seperti kawan,
kenalan dan yang ada kepentingan bersama.
c) Tidak semestinya klien dirujuk kepada profesional yang benar-
benar berkelayakan dan berkepakaran.
d) Profesional pertama yang tidak pakar akan sentiasa merujuk
kepada profesional lain. Akibatnya klien terpaksa membayar
dua kali ganda atas perkhidmatan yang diberikan.
BAYARAN AGIHAN
• Satu isu lain ialah profesional mendapat komisen daripada
pembekal bahan-bahan yang digunakan. Di sini profesional
mendapat dua sumber bayaran perkhidmatan, iaitu bayaran
daripada klien dan bayaran komisen daripada pembekal.
• Seorang doktor misalnya mendapat habuan daripada
makmal yang dipilihnya untuk membuat sebarang uji kaji
atau analisis yang diperlukan.
• Jurutera juga biasanya mendapat komisen daripada pembekal
atas tempahan atau cadangan menggunakan produk mereka.
• Jarang sekali berlaku profesional akan mengurangkan bayaran
perkhidmatan kepada kliennya walaupun mereka
memperoleh pendapatan lebih daripada komisen tersebut.
Bayaran Bayaran
perkhidmatan komisen
daripada klien daripada klein

Jurutera
(bayaran agihan)
BAYARAN CARA KONTINJENSI
• Bentuk bayaran ini selalunya menjadi amalan dalm
profesion guaman.
• Bayaran dibuat setelah hasil daripada kes tuntutan (ganti
rugi) di mahkamah diperoleh. Bayaran ini biasanya
melibatkan kes tuntutan ganti rugi dan kemalangan.
• Sesetengah pihak berpendapat bahawa cara ini dapat
mewujudkan peluang yang sama bagi mendapatkan
perkhidmatan. Golongan miskin (berpendapatan
rendah) misalnya, dikatakan mendapat faedah daripada
bentuk bayaran seperti ini.
BAYARAN CARA KONTINJENSI
• Misalnya, satu kes itu melibatkan tuntutan ganti rugi sebanyak
RM100,000 di mahkamah. Peguam yang dipilih akan
menjalankan tugas walaupun belum menerima sebarang
bayaran, tetapi perjanjian telah dibuat peguam tersebut akan
mengambil 33% daripada jumlah yang dituntut sebagai bayaran
perkhidmatannya. Setelah kes dimenangi, peguam akan
mengambil RM33,000 (33%) dan bakinya RM67,000 akan
menjadi milik kliennya.
• Persoalannya, kalau kes itu berjaya maka tidak akan
menimbulkan masalah, tetapi bagaimana kalau kes itu ditolak
atau kalah dalam perbicaraan? Siapa yang patut membayar?
BAYARAN CARA KONTINJENSI
• Di Malaysia, kerajaan menyediakan biro bantuan
guaman yang boleh memberikan perkhidmatan
percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan.
• Mengikut amalan biasa peratusan bayaran yang
diambil daripada tuntutan yang diperoleh adalah
antara 25% hingga 50%. Ini bergantung kepada
kerumitan kes yang dikendalikan.
• Kalau kes itu bernilai besar (berjuta-juta) dan mudah,
sudah tentu akan menguntungkan peguam terlibat
kerana kerja yang sedikit dan mudah tetapi
mendapat ganjaran yang besar.
BAYARAN CARA KONTINJENSI
• Dalam kes seperti ini, kalau klien memilih
bentuk bayaran lain seperti berdasarkan jam
atau hari kerja, bayaran adalah jauh lebih
murah.
• Berdasarkan alasan ini, di Britain amalan
bayaran secara kontijensi tidak dibenarkan
kerana cara ini lebih memihak kepada
profesional.
C) PUBLISITI
• Iklan boleh mengelirukan pengguna terutama bila profesion
sekadar memaparkan nama ijazahnya, nama universiti dan
kepakaran. Maklumat ini tidak menggambarkan kemahiran
dan kecekapannya. Orang awam yang kurang berpengetahuan
mendapati sukar memilih profesional yang benar-benar cekap
dan berpengalaman.

• Iklan juga boleh menjadikan klien mengharapkan sesuatu


yang tidak realistik. Contohnya, sekiranya doktor
mengiklankan dirinya boleh menyembuhkan penyakit barah,
jurutera menjanjikan bangunan yang tahan gegaran gempa
bumi dll.
• Apabila seseorang klien telah membayar
perkhidmatan dan harga yang tinggi tetapi harapan
yang dihajatkan tidak tercapai, ini menjadi amalan
yang tidak beretika.

• Iklan juga cuba menunjukkan keberkesanan


perkhidmatan dengan cara penyenaraian nama-nama
klien yang telah menerima perkhidmatan sebelum
itu. Di sini timbul masalah menyalahgunakan
maklumat dan juga tidak merahsiahkan identiti klien.
Ini adalah isu etika yang serius.
Contoh:
• Pusat perkhidmatan perubatan swasta yang mengeluarkan
senarai panel nama-nama kliennya.
• Amalan runding cara boleh menimbulkan isu etika yang serius
apabila seorang profesional mengadakan sesi runding cara
untuk mengikat bakal klien.
Contoh:
• Seseorang akauntant mempelawa bakal klien untuk makan
tengah hari bagi menerangkan perkhdimatan yang ditawarkan.
• Masalah etika dalam runding cara ialah mengambil
kesempatan daripada keadaan yang berlaku. Seseorang secara
terdesak dan terpaksa akan bersetuju menerima
perkhidmatannya tanpa pertimbangan sewajarnya atau
mencari alternatif lain.
D) PENGKHUSUAN KEPAKARAN
• Hal ini telah lama berlaku dalam profesion perubatan
dan mula menular ke profesion guaman dan
kejuruteraan. Antara masalah berbangkit ialah:
1. Terlalu ramai profesional bertumpu kepada sesuatu
bidang kepakaran mengakibatkan sesetengah bidang
lain menghadapi kekurangan pakar.
2. Semakin kurang yang menjadi pengamal umum.
3. Kos perkhidmatan meningkat kerana klien terpaksa
membayar kos perkhidmatan dan kepakaran.
KLIEN TANPA ETIKA
• Sementara terdapat profesional yang beretika
dan cuba melaksanakan kerjanya secara
amanah dan beretika, terdapat juga klien yang
tidak beretika yang sama ada boleh menipu,
terperangkap dalam satu masalah etika yang
serius.
• Contohnya ini dapat diperhatikan pada
seorang klien yang berurusan dengan seorang
akauntan/pengaudit.
• Pernah berlaku satu kes, seorang klien menyerahkan
penyata syarikatnya yang di dalamnya terkandung
butiran-butiran yang palsu. Oleh kerana hubungan
profesional-klien dalam kes ini telah terbina sekian
lama, profesional tersebut (akauntan/pengaudit) tidak
mengesyaki apa-apa dan menerima penyata itu
sebagai dokumen yang benar. Setelah pengauditan
lebih teliti dibuat didapati terdapat pemalsuan fakta
dalam penyata tersebut.

• Ini adalah contoh bagaimana seorang klien boleh


dilihat sebagai tidak beretika.

You might also like