Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PERKAITAN FALSAFAH

PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)


DENGAN MATLAMAT KURIKULUM
STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)
FARAH AIN NADRAH BINTI ANDROD
SITI HAJAR BINTI SUKIMAN
SITI AISYAH BINTI MAZLAN
JALIANAH BINTI LONG
JOYCE CYNTHIA YAP FRANKIE
MATLAMAT KSSR
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dahulunya disebut Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di
Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan
persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
 Matlamat KSSR: Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah
Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam
berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,
memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan
idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian
SARANAN DAN HARAPAN FPK TERHADAP
PEMBANGUNAN INSAN DI NEGARA KITA
 Saranan dan harapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap pembangunan insan di
negara kita.
 Falsafah Pendidikan kebangsaan idamkan suatu generasi yang mempunyai intelek,
rohani, emosi dan jasmani yang seimbang demi melahirkan insan yang
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri.
 Hal ini supaya rakyat Malaysia dapat memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
 Semua aspek ini diterapkan ke dalam diri setiap kanak-kanak melalui pendidikan di
sekolah yang berorientasi kurikulum pendidikan negara.
 Kurikulum ataupun sukatan-sukatan dalam KSSR adalah
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Contohnya:
 Menekankan objektif untuk melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi.
 Memenuhi keperluan diri, memperolehi ilmu, kemahiran, nilai,
idea serta perhubungan sosial dalam urusan harian.
PERKAITAN FPK DENGAN MATLAMAT KSSR DALAM
PELAKSANAAN P&P DAN BILIK DARJAH MENGIKUT
SUKATAN

 Penekanan aspek jasmani dalam pelajaran bahasa Melayu.


 Melahirkan murid yang cergas dan sihat.
 Guru lebih proaktif dalam menyelitkan elemen-elemen kesihatan
 Contoh:
- Mengajar tentang penjagaan kebersihan diri, amalan pemakanan
seimbang dan gaya hidup sihat.
- Melakukan aktiviti pergerakan fizikal seperti mengangkat tangan
 Unsur penekanan kepada pembangunan emosi murid-murid oleh dalam
pengajaran dan pembelajaran juga seperti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
 Guru biasanya akan menggunakan kaedah berkomunikasi untuk menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.
 Guru membiasakan murid bergaul dengan mengembangkan daya bahasa
berbahasa pelajar dengan bimbingan murid.
 Kemahiran komunikasi yang biasanya diterapkan oleh guru ialah pelajar dilatih
untuk bercakap di hadapan umum semasa membuat pembentangan untuk
meningkatkan kosa kata yang sopan dan teratur seterusnya meningkatkan
keyakinan pelajar.
Rumusan
 Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah masih berlandaskan
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan berdasarkan penggubalan
matlamatnya. Perubahan yang berlaku pada kurikulum baharu ini hanyalah
untuk memperkasakan lagi usaha-usaha untuk mencapai apa yang terkandung di
dalam FPK.

You might also like