Frasa Nama & Frasa Kerja

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

FRASA NAMA &

FRASA KERJA
Dibentang oleh: Michelle Ng Ke Jing
Jenis-jenis frasa

Frasa Nama

Frasa Kerja

Frasa Sendi Nama

Frasa Adjektif
2.1 KONSTITUEN FRASA NAMA

 Menurut Tatabahasa Dewan (2012), frasa ialah unit yang boleh


terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-
kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang
berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
 Frasa nama(FN) ialah binaan yang dari sudut nahu boleh
terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang
boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.
 Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua
konstituen utama, iaitu subjek dan predikat.
Frasa Nama dalam pola ayat dasar

(i) FN+FN
(Bapa
pemain bola
Dalam semua pola ayat tersebut, frasa nama
sepak) berfungsi sebagai subjek; frasa nama hanya berfungsi
sebagai predikat dalam pola FN+FN

(iv) FN+FS FN dalam (ii) FN+FK Subjek frasa nama Predikat frasa nama
(Ibu di pola ayat (Abang
pejabat) tidur) Bapa guru.
dasar
Bapa budak itu guru.

Bapa budak itu guru sekolah agama.


(iii) FN+FA Kelang bandar diraja.
(Ayah
tinggi)
Bandar Kelang bandar diraja.
Binaan Frasa Nama

 Menurut Nik Safiah Karim et. al. (2011), binaan frasa nama boleh terbentuk
daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan.
 Binaan FN boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan
 Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, terdapat dua jenis hubungan antara
perkataan-perkataan itu:
 i. Inti (isi penting) + Penerang
 ii. Inti + Inti - Satu perkataan menjadi inti bagi seluruh FN itu iaitu unsur yang
diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi
makna
- Perkataan atau perkataan-perkataan lain menjadi penerang
atau penerang-penerangnya iaitu unsur yang menerangkan
makna dalam inti itu.
- Contoh: m/s 32 perenggan 2 baris 3
1. Inti + Penerang
 (i) inti + penerang nama
 (ii) inti + penerang bukan nama
 Contoh: Binaan Frasa Nama Penerang Nama Inti Penerang

Inti + Penerang Penerang nama guru kaum Melayu Cina


keturunan
nama
Penerang nama air bunga mangga melur
jenis
Penerang nama tepi anak pantai kampung
tempat
Binaan Frasa Nama Penerang Kata Inti Penerang Kata
Kerja/Adjektif Kerja/Adjektif

Inti + Penerang mesin kamar basuh mandi

bukan nama tahun emas baharu palsu


2. Inti + Inti

 Contoh:

Inti Inti Makna yang


didukung
Tubuh Badan Dengan maksud
wang ringgit sama erti
Mangkuk Pinggan
Kerusi Meja Dengan maksud
ibu bapa lawan erti
datuk Nenek
SUSUNAN KONSTITUEN FRASA
NAMA BAHASA MELAYU
• Meliputi 3 aspek:
a) Hukum D-M
b) Kekecualian Hukum D-M
c) Bilangan dan panggilan
a) Hukum D-M
 Dikenali sebagai Hukum tatabahasa

 D = diterangkan dan M = menerangkan (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1998)

 Melalui peraturan ini, perkara yang menjadi fokus utama akan disebut terlebih dahulu manakala
unsur yang berfungsi menerangkan fokus utama akan hadir pada kedudukan kedua.

 Contohnya, perkataan kereta lembu. Unsur yang diterangkan ialah kereta kerana menjadi inti
atau fokus utama, manakala lembu hanyalah berfungsi menerangkan tentang kereta.

 Contoh lain:

i. Gadis (diterangkan) Melayu (Penerang)

ii. Pemain (diterangkan) bola (penerang)

iii. Guru (diterangkan) wanita (penerang)

iv. Sos cili (bukan cili sos)


b) Kekecualian Hukum D-M

 Merupakan penerang mendahului unsur yang diterangkan boleh berlaku akibat


kebiasaan dalam penggunaan terutama pada mana-mana jawatan.
 Contoh:

i. Perdana (Penerang-M) Menteri (Diterangkan-D)


ii. Ibu (M) Pejabat (D)
iii. Naib (M) Presiden (D)
iv. Ketua (M) Hakim (D)
 Selain nama-nama jawatan, kekecualian Hukum D-M dapat ditunjukkan dalam
gelaran dan penjodoh bilangan seperti Haji (M) Ahmad Shahir (D) dan lima ekor (M)
ayam (D).
c) Bilangan dan Panggilan

 Kata nama orang dan haiwan, nama panggilan atau gelaran boleh mendahului inti
sebagai penerang

Frasa Nama
Bilangan Penjodoh Bilangan Inti
dua orang calon
sekawan - burung

Frasa Nama
Panggilan Inti
Puan Juriah
Si Belang
FRASA KERJA
Binaan Frasa Kerja

 Menurut Abdullah Hassan et. al. (2006), frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya.
 Binaan frasa kerja terbahagi kepada dua, iaitu frasa kerja yang tidak mengandungi objek
dan frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja.
 Frasa kerja yang tidak mengandungi objek tidak memerlukan kata nama sebagai
penyambung untuk melengkapkannya. Maksudnya frasa kerja tanpa objek boleh berdiri
sendiri dalam sesuatu binaan predikat. Kata kerja ini ialah kata kerja tak transitif.
 Contohnya FN+FK – Salmah menangis.
 Frasa kerja yang mengandungi objek pula merupakan kata nama selepas kata kerja untuk
melengkapkan frasa. Kata kerja ini ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek yang
terdiri daripada kata nama.
 Contohnya FN+FK – Salmi mencuci lantai dengan sabun.
Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
Binaan Frasa Kerja dengan Objek
- Kata kerja yang terdapat dalam binaan - Kata kerja Transitif
frasa kerja tanpa objek ini ialah kata
kerja tak transitif berlengkap dan tanpa - Kata kerja ini mesti diikuti oleh frasa
pelengkap.
nama sebagai objek atau penyambut
untuk melengkapkan kata kerja
- Pelengkap digunakan untuk
tersebut.
menyempurnakan maksud ayat tersebut - Contoh
dan boleh terdiri daripada kata nama,
kata adjektif dan frasa sendi nama. Subjek K.K.transitif Objek
Salina mengelap tingkap
Ali menghiris bawang
Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
 Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan dengan lebih lanjut
tentang penggunaan kata kerja dalam ayat.
 Unsur keterangan hadir sesudah kata kerja untuk ayat susunan biasa, manakala bagi kata kerja
transitif, unsur keterangan hadir selepas objek.
1. Dari segi struktur binaan, UK terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif dan frasa nama.
Contoh: Sungai Linggi mengalir dengan tenangnya.
2. Dari segi makna, frasa keterangan terbahagi kepada 8,
Keterangan tempat atau arah (kata sendi nama digunakan) – contoh: Ibu berasal dari Pulau Pinang.
Keterangan waktu (kata sendi nama digunakan) – contoh: Mesyuarat itu tamat pada jam 2 petang.
Keterangan cara (terdiri drpd dua bentuk iaitu kata adjektif dan frasa sendi nama, mengandungi kata
sendi nama dengan diikuti oleh kata adjektif yang menerima kata pembeda -nya)
– contoh: Ahmad berjalan dengan pantasnya.
Frasa Kerja dengan Bantu

Kata bantu Kata bantu


m/s 48-50 aspek ragam
- Pasangan kata
bantu aspek dan
ragam yang boleh Memerihalkan Memerihalkan
hadir dan tak perbuatan masa perasaan ketika
boleh hadir lampau, kini atau melakukan
- Kata bantu masa hadapan. perbuatan.
aspek+kata bantu
ragam atau
sebaliknya. Contoh: telah, Contoh: hendak,
sudah, sedang, mahu, harus,
masih, akan dan mesti, boleh dan
belum. dapat.
Frasa Kerja dengan ayat komplemen

 Merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang
dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat.
 Dalam binaan predikat, frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata
hubung seperti bahawa, demi, supaya, semoga, dan untuk.
 Contoh:

a) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen


- Puan Manisah menjelaskan bahawa kemalangan itu berpunca daripada kecuaian
pemandu kereta.
b) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen
- Penduduk kampung percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan.
TERIMA KASIH!

You might also like